Saturday, 31 August 2013

Resipi Masak Lemak Udang Cili Api

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Masak Lemak Udang Cili Api. Resipi Masak Lemak Udang Cili Api ni adalah antara hidangan yang sedap makanan menu tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 25 minit   
45 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

 
Bahan-bahan:
20 ekor Udang
15 tangkai cili api di kisar 
Serbuk kunyit 
1 batang serai dititik
2 biji kentang potong 4
1 kotak santan kecil (200 ml)
1 helai daun kunyit 

Asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Kisar cili api bersama-sama dengan serbuk kunyit. 

2. Lepas tu masukkan cili api dan kunyit yang telah dikisar itu bersama-sama serai  dan kentang ke dalam periuk  dan panaskan di atas api yg sederhana sehingga kentang separuh empuk. 
3. Lepas kentang dah separuh empuk, masukkan santan. Perlahankan api, kacau selalu.
4. Last sekali masukkan udang dan juga asam keping. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga udang dan kentang betul-betul masak, masukkan daun kunyit, kacau-kacau dan boleh lah tutup api.

Tip Elak Pedih Mata Semasa Kupas/Kopek/Potong Bawang

ResipiMasakanKini berkongsi Tip Elak Pedih Mata Semasa Kupas/Kopek/Potong Bawang | Tip elak mata pedih semasa kupas/kopek/potong bawang.

Lepas ni jangan ada alasan tak nak potong bawang lagi ye rakan-rakan sekalian..

1. Rendam bawang dalam air sebelum mengupas .

2. Kunyah chewing gum masa kupas tu.

3. Cucuk 1 bawang kat ujung pisau yang nak guna untuk potong bawang tu. Jangan la besau sangat nanti berat pulak kan.

4. Simpan bawang dalam peti ais beberapa jam sebelum nak kupas.

5. Pasang lilin semasa mengupas. gas yang terhasil akan di bakar oleh haba lilin tersebut.


Selamat mencuba!

Resipi Putu Perak

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Putu Perak. Resipi Putu Perak ni adalah antara kuih tradisional yang mungkin generasi muda tidak tahu. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 45 minit   
70 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
200g beras
5 camca besar tepung beras
2 camca besar tepung pulut
4 camca besar air
Gula secukupnya
1/2 kelapa putih + sedikit garam

Kain putih segi empat (lembap) untuk mengalas

Cara menyediakan:
1) Rendam beras 3 jam dan kisar
2) Gaul beras bersama tepung beras
3) Renjiskan sedikit air kedalam campuan tepung dan kukus selama 45 minit
4) Angkat dan biarkan semalaman ataupun selama 10 jam
5) Gaul bahan tadi bersama tepung pulut sehingga sebati dan kisar halus
6) Campur gula kedalam adunan secukupnya
7) Tabur sedikit adunan kedalam acuan biar separuh acuan sehaja
8) Masukkan sedikit kelapa kemudian tepung kedalam acuan
10) Alas kain lembap pada acuan dan kukus sehingga masak

Friday, 30 August 2013

Resipi Asam Pedas Tulang Kambing

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Asam Pedas Tulang Kambing. Resipi Asam Pedas Tulang Kambing ni adalah antara menu yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit   
60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang 
 


 Bahan-bahan:
1 kg tulang kambing
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kerisik

Bahan dikisar:
Cili kering 10 tangkai
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan

Bahan diketuk:
3 batang serai
1 inci lengkuas

Cara menyediakan:
1. Rebus tulang sehingga empuk dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan-bahan B sehingga halus.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar, bahan diketuk dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati, masukkan air asam jawa dan semangkuk air, garam dan kerisik. Angkat setelah mendidih.

Thursday, 29 August 2013

Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang. Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit   
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan sembilang sederhana besar
1 cawan air asam jawa
1 genggam daun kesom
1 cawan cili kisar
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam dan gula
8 biji bawang merah (ditumbuk)
1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 camca teh halba (ditumbuk)
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

Cara menyediakan:
1. Ikan sembilang, dikerat-kerat, cuci dan perap dengan garam dan air limau nipis 10 - 15 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, halia dan lengkuas dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Tuangkan air (anggaran 700ml) dan biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesom, kacau rata. Tambah air asam jawa, perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar mendidih perlahan 3 - 4 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Wednesday, 28 August 2013

Resipi Nasi Lemak Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Nasi Lemak Sedap. Resipi Nasi Lemak Sedap ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit   
60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 


Bahan-bahan: 
2 cawan beras basmathi
1 cawan santan dan 1 1/4 cawan air

1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia 

Garam secukup rasa
 

Bahan-bahan untuk sambal:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering dikisar halus
3 labu bawang besar juga dikisar halus
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar dimayang kasar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit belacan


Cara menyediakan sambal:
5) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan. 
6) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan. 
7) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik. 
8) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. 
9) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap. 
10) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera. 

Cara menyediakan nasi lemak: 1) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
2) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. 
3) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. 
4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring.

Resipi Daging Masak Jintan/Ungkep

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Daging Masak Jintan/Ungkep. Resipi Daging Masak Jintan/Ungkep ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat jawa. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit   

60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 8-10 orang


Bahan-bahan:
1 kg daging, dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan dikisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara menyediakan:
1. Masukkan daging dalam kuali.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.

Tuesday, 27 August 2013

Resipi Kambing Bakar/Golek

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kambing Bakar/Golek. Resipi Kambing Bakar/Golek ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular untuk majlis keramaian. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit   

70 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:
2 kg kambing (lamb shoulder)
60 gm serbuk ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
50 gm serbuk jintan manis
40 gm serbuk lada hitam kasar
100 gm yoghurt
2 sudu makan madu
1 biji lemon
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
100gm bawang merah
60gm bawang putih
60gm halia
4 batang serai

Bahan-bahan untuk sos:
250gm krim masam
80gm daun pudina dikisar
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan-bahan bersama kambing dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam atau sebaik-baiknya semalaman.
2. Kemudian bakar sehingga kambing masak.

Monday, 26 August 2013

Resipi Sup Pembakar Lemak

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Sup Pembakar Lemak. Sup Pembakar Lemak ini sangat sesuai untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan dengan lebih efektif.  Selamat mencuba..

Bahan-bahan:
3-6 Bawang besar bombay

10 Biji tomato segar
1 Carrot
1 Celery
1 Bunga Kobis
2 Biji lada capsicium hijau
Air


Cara menyediakan:
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

P/S: Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.
 

Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. 


Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.

Sunday, 25 August 2013

Resipi Kuih Lompat Tikam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuih Lompat Tikam. Kuih Lompat Tikam ni adalah antara kuih tradisional yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 35 minit   

60 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang

 

Bahan-bahan:
3 kampit kecil tepung beras
5 cawan air
3 cawan santan
3 keping manisan (gula) kelapa
1 cawan gula
3 helai daun pandan
1 sudu garam
1 sudu kapur makan

Cara menyediakan:
1. Campurkan tepung beras, air biasa, air daun pandan dan kapur ke dalam kuali dan kacau atau adun sehingga sebati.
2. Panaskan adunan di atas api yang sederhana dan kacau sehingga masak. Angkat adunan dan sejukkan ke dalam loyang.
3. Masukkan santan, tepung beras dan sedikit air di dalam bekas yang berasingan dan sejukkan.

Resipi Kuih Akok Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuih Akok Sedap. Kuih Akok ni adalah antara kuih tradisional yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya di pantai timur seperti Kelantan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 35 minit   

60 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang



Bahan-bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa

Cara menyediakan:
1. Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja.
2. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul.
3. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah atau pon boleh dibakar dalam oven.

Saturday, 24 August 2013

Resipi Kuih Talam Ubi

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuih Talam Ubi. Kuih Talam Ubi ni adalah antara hidangan kuih loyang yang cukup lazat dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 20 minit   

45 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang

Bahan-bahan:
2 ketul ubi kayu (sederhana besar)
1 biji kelapa parut (jadikan 3 cawan santan)
1 cawan gula merah
4 camca besar tepung gandum
½ cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1. Ubi kayu dibersihkan dan diparut. Setelah itu, perahkan airnya dan gaulkan dengan dua cawan santan.
2. Masukkan gula, gula merah dan sedikit garam dan kacau hingga larut. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuslah hingga masak.
3. Sementara itu, bancuh tepung gandum dengan baki santan dan sedikit garam. Apabila ubi tadi telah masak, tuang bancuhan santan ke atasnya dan kukus lagi hingga masak.
4. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.

Friday, 23 August 2013

Resipi Kerabu Rebung Kerisik

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kerabu Rebung Kerisik. Hidangan yang lazat ini cukup mudah untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit  
35 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4-6 orang

 
Bahan-bahan:
300 gm rebung (hiris dan celur)
250 gm udang (rebus dan tos)
6 tangkai cili padi (hiris)
8 ulas bawang merah (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
150 gm kerisik
2 batang serai (hiris)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 cawan santan pekat
2 helai limau purut (hiris halus)
80 gm daun ketumbar (hiris kasar) 
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan.
2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Manusia, Syukur, Sempat


Assalamuailaikum :)















Itu hari , maksud aku beberapa minggu lepas. Aku mimpi diri sendiri mati. Mati = meninggal dunia. Dan ada jugak orang-orang yang aku kenal pun sama mati macam aku. Tiba-tiba aku jaga dah, rupanya bukan aku yang mati. Tapi orang lain yang mati, aku hidup lagi. Pastu, eh terjaga lagi sekali, yeah ini kes umpama mimpi dalam mimpi. Bukak mata. Ya Allah, peluh jantan semua meleleh keluar walaupun aku perempuan tulen. Muka basah pasal rupanya memang aku menangis betul- betul macam dalam mimpi. Bila tengok depan cermin, sah mata memang merah lagi sebab menangis. Itu memang mimpi paling menakutkan dan menginsafkan sepanjang 21 tahun hidup, of course lah! Alhamdulillah syukur sebab mimpi tu bukan kenyataan, syukur sebab aku belum mati lagi , kalau tak ?








Aku. Selalu fikir mati. Selalu fikir hari-hari terakhir aku. Engkorang fikir tak? Kita. Semua orang memang ada fikir mati. Sakit kat hospital dua tiga hari je dah give up, mulalah rasa Malaikat mundar-mandir datang nak cabut nyawa dah. Tapi kita dah sedia ke belum? Tak sedia kan ? Amboi tanya pasal mati pakat ramai-ramai semua tak sedia eh, tanya pasal kahwin laju engko planning kan. Huhu. Kita tak sedia langsung nak mati,tapi kita selalu buat macam tak ada apa sampai tinggal 5 minit terakhir. Haa masa tu baru reti tercungap-cungap itu pun kalau sempat. Walaupun orang hari-hari dok bercakap pung-pang pung-pang " .... mati ialah perkara yang pasti bagi setiap manusia ... Semewah-mewah kereta merah Ferrari kita naik sekarang, kereta terakhir kita naik ialah van jenazah kaler putih ... " . Sebab apa ek ? Sebab kita semua rasa kita sempat. Tapi sebenarnya, sempat ke ?








Manusia bernyawa pinjam





Apa yang kau sempat ucap?


Apa yang kau sempat buat ?


Apa yang kau sempat elak?





Kalau hari ini hari terakhir?





Dengan


Harapan, nak bikin senyum hati mak ayah


Dengan


Harapan, nak dapat rezeki murah hidup pun senang


Dengan


Harapan, nak sihat tubuh nak hadap dunia


Dengan


Harapan, nak langsai hutang nak buang dendam


Dengan


Harapan, nak dapat kemaafan dan percuma bagi maaf


Dengan 


Harapan, dapat gembira peluk kawan-kawan


Dengan


Harapan, nak suami berhati nak isteri mithali


Dengan


Harapan, nak ada anak-anak 1 big happy family


Dengan 


Harapan, masa uzur nanti bukan dalam rumah orang tua


Dengan 


Harapan, Tuhan ampunkan dosa dan diterima masuk syurga






Harapan, nak itu harapan nak ini.


Sebelum aku mati





Entahkan sempat


Entahkan tidak





23 Ogos 2013








Salam takziah untuk mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas masuk dalam gaung,di  lokasi Km 3.5 Genting Highlands menuju Kuala Lumpur.



Craving for motivation & vacation :(















Thursday, 22 August 2013

Resipi Puding Cendol

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Puding Cendol. Hidangan yang lazat ini cukup mudah untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit  

35 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:
1/2 paket agar-agar (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi, tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, 21 August 2013

Resipi Laksam Terengganu

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di Terengganu iaitu Resipi Laksam Terengganu. Hidangan yang lazat ini agak renyah skit untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit 
 
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-5 orang 

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan..kembung (bakar dan ambil isi)
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 bunga kantan
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
Garam dan gula secukupnya

Ulam-ulaman [dihiris halus]
Taugeh buangkan akar
Kobis

Daun kesum
Timun

Sambal [ditumbuk saperti sambal belacan]
Cili api
Cili merah
Belacan
Air limau kasturi

Bahan penting.
Laksanya... 

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan masakkan perlahan-lahan sampai mendidih.
2. Kemudian rasakan masinnya.
3. Hidangkan bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi.

Resipi Pasta Spaghetti Goreng Dengan Asparagus

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Pasta Spaghetti Goreng Dengan Asparagus. Hidangan yang lazat ini cukup mudah untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit  

35Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4-5 orang   



Bahan-Bahan:
250 gm asparagus
200 gm pasta spaghetti (rebus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
100 gm mushroom sauce

30 gm daun selasih (cincang)
Garam secukup rasa
Secubit oregano kering
Secubit serbuk black pepper kasar

Cara Menyediakan:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan mushroom sauce, daun selasih, black papper dan oregano. Tumis dan kacau rata.
3. Masukkan asparagus dan masak dengan rata.
4. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata.
5. Bila dihidangkan taburlah sedikit parmesan cheese.

Tuesday, 20 August 2013

Resipi Ayam Masak Hitam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Masak Hitam. Hidangan yang lazat ini cukup mudah untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit  

35Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4-5 orang  


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 labu bawang besar, dicincang
10 ulas bawang merah, dihiris
3 sudu besar cili kisar
Kicap masin dan kicap manis

Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1) Ayam dilumur kunyit dan garam dan digoreng sehingga masak.
2) Goreng bawang sehingga kekuningan dan kemudian dikisar dengan sedikit air.
3) Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi.
     Masukkan bawang yang dikisar tadi dan sedikit air dan masak sebentar atas api sederhana.
4) Masukkan ayam tadi dan juga kicap (banyak) sehingga kuah bertukar kepada warna hitam.
5) Goreng sebentar (5 minit), angkat dan terus dihidangkan.

Monday, 19 August 2013

Resipi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di kalangan masyarakat kampung iaitu Resipi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi. 

Hidangan lazat ini boleh disaji untuk hidangan makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini..


Bahan-bahan:
1 kg pucuk ubi
3 batang serai (ketuk)
3 sudu tempoyak
2 helai daun kunyit dipotong kecil2 

1 liter air
5 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
10 tangkai cili api 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
3 cm halia
2 cm kunyit hidup


Cara Menyediakan:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata.

Sunday, 18 August 2013

Resipi Masakan Nasi Ayam Hakka

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di kalangan masyarakat cina iaitu Resipi Nasi Ayam Hakka. 

Hidangan lazat ini boleh disaji untuk hidangan makanan tengahari atau pon majlis keramaian. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang   


Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian 
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
Garam secukup rasa
Sedikit lada putih

Cara menyediakan:
• Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
• Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
• Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
• Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
• Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
• Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
• Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Resipi Daging Masak Kerutuk

ResipiMasakanKini berkongsi resipi Resipi Daging Masak Kerutuk. Hidangan lazat ini cukup sinonim untuk majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 60 minit  

80 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 8-10 orang 

Bahan-bahan:
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 sudu makan kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 sudu makan rempah kerutub
2 sudu makan gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 sudu makan minyak
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara Menyediakan:

1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam, perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.

Saturday, 17 August 2013

Resipi Laksa Nyonya Melaka

ResipiMasakanKini berkongsi resipi yang cukup popular di Malaka iaitu Resipi Laksa Nyonya Melaka. Hidangan lazat ini boleh disaji untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan:
20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang 


Bahan-Bahan A:200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

Bahan Lain:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar
1 paket fish ball
5 tahu kering (dipotong 2)
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
 
Cara Menyediakan:
1. Kisar semua bahan A dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah dihidangkan dengan pilihan mi atau pun mihun.

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Kari Kepala Ikan Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kari Kepala Ikan sedap, menggunakan ikan merah boleh jugak diganti dengan ikan jenahak. Hidangan ini akan bertambah lazat jika dihidang bersama potongan cili hijau, bawang dan kicap manis. 

Pada yang nak menjaga kesihatan, bolehlah gantikan santan dengan susu segar/susu cair. Menu yang lazat ini sesuai untuk hidangan tengah hari.

Penyediaan : 20 Minit | Memasak: 20 Minit
40 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 ekor kepala ikan merah atau jenahak dalam 700gm.
Bahan untuk dikisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan untuk di tumis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Air asam jawa
  • 5-6 buah pelaga
  • Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain
  • 2 cawan santan cair (santan boleh diganti dengan susu cair)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4 
  • 4 tauhu kering di potong 2 
  • 5 batang bendi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa, bendi dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan potongan cili hijau, bawang dan kicap manis

Friday, 16 August 2013

Resipi Laksa Johor Lazat

ResipiMasakanKini berkongsi resipi yang cukup popular di Johor iaitu Resipi Laksa Johor. Hidangan lazat ini cukup sinonim untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit
60 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
Spaghetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
Kerisik
Santan kelapa
Garam secukup rasa

Bahan dikisar: 
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci Lengkuas
3 batang serai
300 gm udang kering
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar)

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan bawang merah, putih, lengkuas dan serai hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing, kemudian masukkan udang kerin dan ikan kurau kering. Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan bila kuah dah mendidih, masukkan kerisik.
3. Biar kuah masak agak lama sikit agar rasanya sebati.
4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk ulam:
Taugeh
Daun kesom
Daun selasih

Sambal belacan:
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
Limau kasturi