Friday 2 August 2013

Sup Sayur Pantai Timur Ceria

Sup Sayur Pantai Timur Ceria ini adalah tinggalan British di Pantai Timur negeri cik siti wan kembang. Jom kita cuba.
Bahan-bahannya:
Sebiji lobak merah dihiris nipis
1/2 biji kubis bunga
200ml stok ayam (1 biji kiub ayam)
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu tepung jagung + 5 sudu air tapis dibancuh
1/2 sudu oregano
1/2 sudu thymes
1/2 sudu lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Rebus lobak merah, kubis bunga, air stok ayam, bawang putih dan lada hitam di dalam air stok ayam

2. Tuangkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah

3. Kemudian blend bahan tersebut dengan blender. Kita guna hand blender.

4. Bila dah hampir lumat, masukkan thymes dan oregano

5. Siap dihidangkan semasa panas. Anak-anak pasti suka, tak percaya, cubalah!!
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment