Friday, 23 August 2013

Manusia, Syukur, Sempat


Assalamuailaikum :)















Itu hari , maksud aku beberapa minggu lepas. Aku mimpi diri sendiri mati. Mati = meninggal dunia. Dan ada jugak orang-orang yang aku kenal pun sama mati macam aku. Tiba-tiba aku jaga dah, rupanya bukan aku yang mati. Tapi orang lain yang mati, aku hidup lagi. Pastu, eh terjaga lagi sekali, yeah ini kes umpama mimpi dalam mimpi. Bukak mata. Ya Allah, peluh jantan semua meleleh keluar walaupun aku perempuan tulen. Muka basah pasal rupanya memang aku menangis betul- betul macam dalam mimpi. Bila tengok depan cermin, sah mata memang merah lagi sebab menangis. Itu memang mimpi paling menakutkan dan menginsafkan sepanjang 21 tahun hidup, of course lah! Alhamdulillah syukur sebab mimpi tu bukan kenyataan, syukur sebab aku belum mati lagi , kalau tak ?








Aku. Selalu fikir mati. Selalu fikir hari-hari terakhir aku. Engkorang fikir tak? Kita. Semua orang memang ada fikir mati. Sakit kat hospital dua tiga hari je dah give up, mulalah rasa Malaikat mundar-mandir datang nak cabut nyawa dah. Tapi kita dah sedia ke belum? Tak sedia kan ? Amboi tanya pasal mati pakat ramai-ramai semua tak sedia eh, tanya pasal kahwin laju engko planning kan. Huhu. Kita tak sedia langsung nak mati,tapi kita selalu buat macam tak ada apa sampai tinggal 5 minit terakhir. Haa masa tu baru reti tercungap-cungap itu pun kalau sempat. Walaupun orang hari-hari dok bercakap pung-pang pung-pang " .... mati ialah perkara yang pasti bagi setiap manusia ... Semewah-mewah kereta merah Ferrari kita naik sekarang, kereta terakhir kita naik ialah van jenazah kaler putih ... " . Sebab apa ek ? Sebab kita semua rasa kita sempat. Tapi sebenarnya, sempat ke ?








Manusia bernyawa pinjam





Apa yang kau sempat ucap?


Apa yang kau sempat buat ?


Apa yang kau sempat elak?





Kalau hari ini hari terakhir?





Dengan


Harapan, nak bikin senyum hati mak ayah


Dengan


Harapan, nak dapat rezeki murah hidup pun senang


Dengan


Harapan, nak sihat tubuh nak hadap dunia


Dengan


Harapan, nak langsai hutang nak buang dendam


Dengan


Harapan, nak dapat kemaafan dan percuma bagi maaf


Dengan 


Harapan, dapat gembira peluk kawan-kawan


Dengan


Harapan, nak suami berhati nak isteri mithali


Dengan


Harapan, nak ada anak-anak 1 big happy family


Dengan 


Harapan, masa uzur nanti bukan dalam rumah orang tua


Dengan 


Harapan, Tuhan ampunkan dosa dan diterima masuk syurga






Harapan, nak itu harapan nak ini.


Sebelum aku mati





Entahkan sempat


Entahkan tidak





23 Ogos 2013








Salam takziah untuk mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas masuk dalam gaung,di  lokasi Km 3.5 Genting Highlands menuju Kuala Lumpur.



Craving for motivation & vacation :(















No comments:

Post a Comment