Tips nak tengok hujan meteor si tahi bintang :
- Sabar.
- Tengok dekat kawasan tanah lapang untuk view paling cantik. Atau tengok dari pantai dan bangunan tinggi pun syok jugak.
- Waktu puncak untuk tengok hujan meteor ialah mulai 12 tengah malam dan ke atas sampailah ke awal pagi sebelum Subuh.
- Cuaca juga mesti mau baik, kalau hujan memang kirim salam. Engko tengok hujan meteor tu dalam mimpi jelah. Tsk
- Kawasan rumah hang mesti tak ada banyak lampu-lampu atau cahaya terang-terangan.
Hujan meteor yang gila cantik tu berlaku cuma dalam beberapa minit menurut sumber. Yang selebihnya jutaan bintang-bintang bertaburan dan bersepahan di dada langit. Tapi tak macam bintang biasa. Ah tak retilah nak explain. Peh peh ni rasa macam nak bentang tilam pelok bantal selimut tidur luar rumah ni. Hikhik. - Umat Islam dilarang sama sekali feeling-feeling nak wish-wish sambil tutup mata macam dalam movie omputeh. Berdosa tahu?
- Kalau ada rezeki engkorang dapat tengok live dengan dua biji mata jangan lupa ucap puji-pujian kepada Allah semesta Alam. Kalau tak kerana kuasa Allah, celah mana kita nak tengok ?
- Ambil gambar sampai mampuih bateri kamera hang. Kalau hang guna kamera canggih macam DSLR guna long exposure blablabla. Yang guna kamera biasa gunalah setting Fireworks, begitulah jugak engkorang yang ambik gambar guna kamera handphone. Cis, kena tukar tajuk tips fotografi hujan meteor lah gini.
- Hujan meteor kat Malaysia masa tahun 2009 gue tak dapat tengok, harap-harap ini tahun ada lah rezeki gue. Amin.
No comments:
Post a Comment