Saturday 3 August 2013

Resipi Biskut Coklat Chips Ceria

Resipi Biskut Coklat Chips Ceria ini merupakan resipi dari negeri The Red Warrior dan sudah tentunya dengan rupanya yang agak hodoh ini, membuatkan ramai tidak terpikat kepadanya kecuali yang sudah tahu akan kelazatan cookies ini, pasti sukar dilepaskan. Tidak ada dijual di kedai, kena buat sendiri ya. Inilah resipinya bagi 50 biji cookies.

Bahan-bahannya:
200 gram mentega/marjerin
200 gram gula merah/perang
1 biji telur ayam
2 titik esen vanila
400 gram tepung gandum
4 gram serbuk penaik (dua sudu kecil)
1 sudu kecil garam
56 gram coklat chips
45 gram kismis
65 gram walnut

Cara membuatnya:
1. Sediakan mentega/marjerin dan cairkan guna kuali/pan.

2. Sediakan gula perang/gula merah. Boleh dapati di tesco, kalau nak gelap guna yang india

3. Masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan dalam bowl dan kacau dengan mixer. Masukkan gula merah/perang. Mix sampai sebati dengan kelajuan nombor 2 selama 5 minit.

4. Lajukan kelajuan kepada nombor 5 dan masukkan telur ayam sebiji.

5. Kemudian masukkan esen vanila. Tunggu mixer berputar selama 3 minit
  
6. Sediakan tepung gandum

7. Kemudian campurkan terus serbuk penaik ke dalam tepung gandum

8. Dalam bekas berasingan, masukkan garam.

9. Ayak teoung gandum tadi ke dalam bekas tersebut

10. Dengan penuh keyakinan, campurkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan yang kita putar tadi. Kacau dan gaul dengan apa sahaja kecuali tangan :)

11. Sediakan walnut yang telah dipotong kecil

12. Kemudian coklat chips

13. Kemudian kismis ruqyah, kalau mahal sangat kismis ruqyah, beli kismis murah lepas tu baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 qul, tiuplah fuuuuhhhh...

14. Tuangkan walnut ke dalam doh

15. Kemudian tuangkan coklat chips

16. Kemudian tuangkan kismis. Gaul hingga rata dan sebati

17. Untuk membuat cookies sebanyak 50 biji, doh dibulatkan seberat 20 gram setiap satu.

18. Letak di tapak tangan dan penyekkan macam ini

19. Susun di loyang. Sementara itu panaskan ketuhar dengan suhu 190'C selama 10 minit. Bila ketuhar dah panas 10 minit, barulah masukkan loyang.

20. Baunya mengancam, rasanya unik dan menarik.. tidak dijual di kedai, tanpa pewarna dan pengawet.
Anak-anak suka, mertua pun suka, menantu pun suka, semua suka
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment