Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Resipi Laksa Johor Lazat

ResipiMasakanKini berkongsi resipi yang cukup popular di Johor iaitu Resipi Laksa Johor. Hidangan lazat ini cukup sinonim untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit
60 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
Spaghetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
Kerisik
Santan kelapa
Garam secukup rasa

Bahan dikisar: 
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci Lengkuas
3 batang serai
300 gm udang kering
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar)

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan bawang merah, putih, lengkuas dan serai hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing, kemudian masukkan udang kerin dan ikan kurau kering. Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan bila kuah dah mendidih, masukkan kerisik.
3. Biar kuah masak agak lama sikit agar rasanya sebati.
4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk ulam:
Taugeh
Daun kesom
Daun selasih

Sambal belacan:
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
Limau kasturi

Tuesday, 21 May 2013

ResipiMaskanKIni - Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
400 gm daging cincang halus
1 tin cendawan butang potong 2
1 biji carrot potong dadu
2 biji putik jagung potong kecil
2 biji tomato potong dadu
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar potong dadu
1 ulas bawang putih cincang halus
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.

Sunday, 11 December 2011

spaghetti pasta carbonara cheesy creamy

Tak semestinye memasak kene ade semua bahan nak sedap kan. kadang-kadang boleh gune bahan lain untuk sedapkan masakan.. resepi yang ade tak semestinye perlu complete.kene pandai tengok mane yang perlu mane yang tak.. mostly yang extra accesories tu susah nak dapat macam daun rosemarie, oregano..jarang ade kat kedai runcit biasa..so, aku buat resepi yang mudah je ni tapi rase ni sangat marvellous la.. tengok presentation agak kurang sikit la.. tapi rase sangat sedap hokeh!

Ni Pasta Vegeroni spirals

Ni pulak spagetti angel hair

Ni bahan-bahan yang aku gunekan.. sesuai untuk orang-orang bujang je la..dan untuk save budget jugak Cost under RM40
Bahan-bahan:
Spaghetti/pasta [Ape ape jenis pun boleh]
1 biji Bawang besar bombay [warne soft yellow tu..ape ntah name die]
2 Ulas bawang putih
Meatball
Black Pepper powder
Cheese[tak kesah ape2 jenis pun boleh]
Susu [creamy]
Cheese &Herbs prego sauce
carbonara sauce prego
minyak zaitun[minyak masak pun boleh]
garam

cara-cara:
Rebus spaghetti/pasta.Setelah masak toskan dan letak dalam bekas.
potong halus bawang putih
potong dadu bawang besar
Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak
Tumiskan bawang putih yang dipotong halus sampai naik bau
Masukkan cheese and herbs sauce dan juga carbonara sauce prego
Masukkan meatball
Setelah meatball hampir masak,masukkan susu mengikut citarasa sebab ade yang suke creamy ade yang suke light creamy kan..
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
Masukkan  beberapa keping cheese..jangan abeskan semua
last sekali masukkan black pepper dan garam.Rase dulu sebelum letak garam sebab tak letak garam pun takpe dah ade rase tapi ade orang suke masak macam rase masin sikit kan..

Sebelum tuangkan sauce dalam bekas spaghetti/pasta tadi..letak beberapa keping cheese dulu.Tuangkan sauce di atas cheese tu..tutup bekas dan biarkan seketika.Kemudian boleh lah bersantap ramai-ramai.btw,boleh tambah sosej,daging ayam dan lainlain kalau nak.bawang besar tu tumis sekali dengan bawang putih pun takpe kalau tak suke bawang.Tapi nak bawang tu macam rangup sikit fiza letak kemudian..ermm..semua main campak campak je dah siap..simple je kan?
"Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera"

spaghetti mudah

Bahan untuk kuah spagheti ;

Of course la TOMATO PUREE.
Daging lembu / ayam yang dicincang. 500gram cukup la .
Carrot yang dipotong dadu . Ikot suke nak banyak mana.
Tomato yang juga dipotong dadu. Pun ikut suka. Tapi kalau masa nak beli tomato, ambik tomato yang keras bile kite picit. Bile masak tak la hancur .
3 sudu Cili kering yang dah di blender.
Bawang besar. Kalau rajin potong dadu . Tapi saya cincang je.
Kalau nak masuk capsicum pun boleh . Saya suka bau dia . Harumm . :)

Bahan untuk rebus pasta :

Air rebusan secukupnya .
1 atau 2 sudu garam.
3 , 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun

Memasak Kuah Spagheti :
Tumis bawang besar dan daging cincang sehingga bawang garing.
Masukkan tomato puree dan tambah air 1 setengah tin.
Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
Tumis cili sehingga garing dan campurkan dengan 2 sudu sos tiram. Campurkan dalam kuah .
Tambah garam secukup rasa.

Merebus pasta :
Air rebusan secukupnya bermaksud mampu menutupi keseluruhan pasta.
Didihkan air rebusan yang sudah bercampur garam dan minyak dahulu .
Masukkan pasta setelah mendidih dan tutup periuk rebusan.
Tunggu selama sepuluh minit.
Toskan dan hidangkan
Selalunya saya rebus pasta dalam rice cooker . Tutupkan .

Cara lainnya :
Didihkan air rebusan bercampur garam.
Masukkan pasta dan tutup periuk rebusan.
Tunggu sehingga sepuluh minit.
Toskan .
Gaulkan dengan minyak masak atau minyak zaitun.

Saturday, 2 October 2010

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:
200 gm spaghetti yg telah dicelur
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar
3-4 ekor isi kepah
1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau
1 sudu teh oregano flakes
Daun parsley (dicincang)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang, hingga hampir kuning.
2. Masukkan udang, isi kepah dan pati ayam, sehingga udang kemerahan. Masukkan pula capsicum.
3. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Masukkan garam secukup rasa, oregano dan daun parsley.

Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-Bahan:
Sebungkus pasta
Sesudu butter
Air
½botol (250ml) susu segar
1 cawan krim
4 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bwg putih (kisar)
1 botol sos carbonara
200 gram button mushrooms
Lauk pauk ( sotong, udang dan lala)
Garam dan gula secukup rasa.
Secubit black pepper kasar

Cara menyediakan:
1. Rebus pasta dengan butter dan sedikit garam sehingga lembut. toskan.
2. Tumis bawang yg telah dikisar. Masukkan susu cair dan biar mendidih seketika.
3. Masukkan sos carbonara dan black pepper. Pastu masukkan lauk pauk, mushroom dan bahan perasa( garam dan gula)

Tuesday, 7 September 2010

Resepi Spaghetti Meat Ball

Bahan-bahan:
500 gram spaghetti
500 gram meat ball
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris
2-3 helai bay leaf
1/2 sudu teh Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan

Cara menyediakan:
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam dan sedikit minyak. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala sehingga pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Untuk Kuah:
1. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga naik bau.
2. Masukkan meat ball dan semua bahan2 spt tomato puri, celeri, cendawan, carrot dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
3. Masukkan mixed herba, garam dan gula secukup rasa.
4. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
5. Untuk hidangan dengan parutan keju parmesan.

Friday, 27 August 2010

Spaghetti Lala Bercili dan Resepi Spaghetti Daging Tomato

Resepi Spaghetti Daging Tomato

Bahan-Bahan:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa


Cara:

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.

Panaskan periuk dan cairkan mentega.
Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.
Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati.
Masukkan tomato puri dan kacau rata.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.
Biar hingga mendidih.
Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Spaghetti Lala Bercili

Bahan-bahan:

250 gram Spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada bungkusan
1 kg lala
10 tangkai cili api – hiris nipis
180 gram susu sejat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 cawan daun selasih Thai
4 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan lala ke dalam kuali dan tutup. Panaskan hingga masak.
Setelah masak, alihkan lala ke dalam mangkuk, asing dan simpan patinya.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan bawang putih dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Masukkan pati lala dan susu sejat. Kacau dan didihkan perlahan-lahan.
Masukkan lala, daun selasih, garam dan serbuk lada secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
Masukkan spaghetti dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, 24 August 2010

SPEGHETI BOLOGNESE

BAHAN-BAHANNYA

(untuk hidangan 10 orang)
2 paket spageti
1 botol napoletana atau sos bolognese
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ kilogram daging dipotong kiub kecil (boleh guna daging kisar sedia ada)
½ kilogram isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili kisar
4 susu besar minyak masak
Sedikit air
Garam dan sedikit perasa



CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Rebus spageti bersama sedikit minyak masak (lebih baik guna minyak zaitun) mengikut jangka masa disyurkan pada paket spageti. Kemudian toskan spageti.
2.Cuci semua bahan mentah seperti daging, ayam dan cendawan kemudian tos bahan itu.
3.Panaskan minyak masak (minyak zaitun), masukkan cili dan tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan semua bahan mentah yang sudah ditos ke dalam kuali.
4.Tumis semua bahan itu bersama cili yang sudah dimasak berserta sedikit air sehingga bahan tadi masak. Kemudian masukkan sos napoletana atau sos bolognese ke dalam kuali, kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.
5.Tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian.
NOTA:CADANGAN UNTUK HIASAN
Letakkan spageti yang sudah direbus ke dalam pinggan. Curahkan sos yang dimasak tadi ke atas spageti. Hias dengan daun pudina.Sos juga boleh diletakkan secara berasingan jika waktu makan tidak teratur. Begitu juga dengan daging serta isi ayam, letak mengikut kehendak masing-masing.