Kuih Puteri Mandi | Makanan Tradisional Terengganu
Bahan-bahan:
- 1 paket tepung pulut
- 2 1/2 cawan air
- sedikit pewarna
Inti:
- 1 biji kelapa muda - diparut
- Gula melaka secukupnya
- daun pandan
- Air secukupnya
Cara Membuat:
- Masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .Masukkan pewarna mengikut citarasa sendiri. Biasa diguna hijau la. yang biru xder.
- Didihkan setengah periuk air.
- Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat sehingga habis.
- Apabila masak adunan akan timbul. Angkat mana2 adunan yang timbul tu dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
- Untuk Intinya pula, masak air, kemudian masukkan gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
- Masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
- Puteri-puteri tadi bolehlah dicampak ke dalam inti tadi. Gaul hingga rata.
- Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.
No comments:
Post a Comment