Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

Resipi Laksa Sarawak

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Laksa Sarawak. Resipi Laksa Sarawak adalah antara hidangan yang cukup lazat dan popular dikalangan masyarakat Sarawak. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 35 minit   

60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang 



Bahan untuk kuah:
2 liter santan (2 biji kelapa)
4 liter air
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
50 gm udang kecil (rendam dan kisar)
10 biji tauhu fuk (tauhu goreng)

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 biji buah keras
3 batang serai
10 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 sudu kecil
Serbuk kayu manis

Bahan hiasan:
Taugeh
Cili merah (hiris)

Sedikit bijan (sangai)
Limau kasturi (belah dua)
Udang direbus
Sedikit hirisan telur dadar

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan air, ayam dan udang.
4. Tuangkan santan, kacau perlahan.
5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa.
6. Masukkan tauhu fuk dan biarkan masak seketika dan angkat.
7. Hidangkan bersama mihun dan bahan hiasan lain.

Wednesday, 21 August 2013

Resipi Laksam Terengganu

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di Terengganu iaitu Resipi Laksam Terengganu. Hidangan yang lazat ini agak renyah skit untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit 
 
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-5 orang 

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan..kembung (bakar dan ambil isi)
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 bunga kantan
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
Garam dan gula secukupnya

Ulam-ulaman [dihiris halus]
Taugeh buangkan akar
Kobis

Daun kesum
Timun

Sambal [ditumbuk saperti sambal belacan]
Cili api
Cili merah
Belacan
Air limau kasturi

Bahan penting.
Laksanya... 

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan masakkan perlahan-lahan sampai mendidih.
2. Kemudian rasakan masinnya.
3. Hidangkan bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi.

Saturday, 17 August 2013

Resipi Laksa Nyonya Melaka

ResipiMasakanKini berkongsi resipi yang cukup popular di Malaka iaitu Resipi Laksa Nyonya Melaka. Hidangan lazat ini boleh disaji untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan:
20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang 


Bahan-Bahan A:200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

Bahan Lain:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar
1 paket fish ball
5 tahu kering (dipotong 2)
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
 
Cara Menyediakan:
1. Kisar semua bahan A dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah dihidangkan dengan pilihan mi atau pun mihun.

Wednesday, 24 July 2013

Resipi Asam Laksa Penang

Bahan-bahan:
1 paket besar laksa beras (yang licin)

Bahan-bahan kuah:
1 kg ikan kembung atau ikan sardin
10 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
3 cm belacan penang
4 ulas asam keping
1/2 cawan air asam jawa
1/2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam:
2 biji cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
Nenas dipotong kecil-kecil
1 batang timun yang dihiris panjang-panjang
4-5 helai daun salad yang dihiris
Sedikit daun pudina
petis udang

Cara menyediakan:
1. Ikan direbus bersama bawang putih dan sedikit garam.
2. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar. Tulang dan kepala ikan turut dikisar. Digaul dengan air dan kemudian ditapis ke dalam ramuan
3. Blend@kisar bawang merah, cili kering yang dah direbus dan belacan.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar, kemudian masukkan air dari tulang dan kepala ikan yang dah dikisar.
5. Masukkan juga semua air rebusan ikan, daun kesum dan bunga kantan... Kacau perlahan-lahan.
6. Masak hingga mendidih, masukkan asam keping dan air asam jawa.
7. Masukkan isi ikan, garam dan gula secukup rasa.

Thursday, 18 April 2013

ResipiMasakanKini - Laksa Johor

Bahan-bahan:
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk ulam:
Taugeh
Daun kesom & daun selasih

Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
Limau kasturi

Thursday, 15 December 2011

ResipiMasakanKini - Laksa Penang

Bahan kuah laksa
1. 1 kg ikan kembung
2. 3-4 ulas asam keping
3. 1/2 labu bawang besar
4. 7-10 ulas bawang merah
5. 5-6 ulas bawang putih
6. 10-12 sudu makan cili giling
7. 1/2 cawan air asam jawa dan 2-3 asam keping
8. 3 cm belacan
9. Segenggam daun kesum
10. 1 batang bunga kantan
11. Garam secukup rasa

Bahan ulam
1, 1 biji cili merah - dihiris
2. 1 biji cili hijau - dihiris
3. 1/2 labu bawang besar - dihiris
4. 5-6 biji cili padi - dihiris
5. 1/2 biji nanas - dihiris
6. 1 batang timun - dihiris memanjang
7. 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
8. 4-5 helai daun salad - dihiris
9. Sedikit daun pudina
10. Petis udang@otak udang

Cara menyediakan:
1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam, kemudian direbus sampai masak dan ditoskan.
2. "Kuah laksa" Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam, kemudian asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar, kemudian campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi, kemudian panaskan periuk.
5. Masukkan cili giling dan belacan, lalu masukkan air asam jawa.
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, kacau perlahan-lahan. Masak hingga mendidih dan rasa secukup rasa.
7. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman