Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Tuesday, 14 January 2014

Resipi Goreng Pisang Tanduk Ceria

Kalau nak buat bancuhan tepung goreng pisang sendiri, nisbah tepung gandum dengan tepung beras sama ada 1:2 atau 1:3. Dalam resipi ini, saya guna nisbah 1:2. Jom cuba

Bahan-bahannya:
6-7 batang pisang tanduk
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
3 sudu makan tepung gandum
6 sudu makan tepung beras (bukan pulut ya)
1/2 cawan air tapis
1 biji telur ayam
secubit serbuk kunyit (pilihan anda)

Kaedah penghasilannya:
1. Gaulkan semua bahan di atas, pukul sampai sebati

2. Masukkan pisang yang telah dihiris

3. Goreng pisang dengan cara tenggelam atau separuh tenggelam

4. Angakt setelah keemasan.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, 15 December 2013

Resipi Lempeng Nyiur Ceria

Resipi Lempeng Nyiur Ceria atau juga dikenali dengan nama lempeng kelapa ceria, merupakan makanan tradisi pantai timur semenanjung Malaysia. Ia turut dijual di kedai makan sebagai sarapan pagi terutama sekali di sekitar Kuala Terengganu dan juga kawasan Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. Jom tinjau resipinya. Resipi ini untuk 1-3 keping lempeng nyiur.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 biji kelapa muda parut atau 3/4 cawan kelapa muda parut
secubit garam
1 cawan air kelapa muda
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan gula

Kaedah menyediakannya:
1. Tepung gandum digaul bersama serbuk penaik.

2. Kemudian tuangkan kelapa muda parut. Nisbah dia  dengan tepung gandum ialah 1:1 
Biasanya kedai tak guna nisbah ini, kadang-kala guna 3-5 cawan tepung dengan 1 cawan kelapa muda parut.

3. Kemudian tuangkan air kelapa muda, taburkan garam dan gula.
Jika tidak ada air kelapa, memadai dengan air tapis.

4. Panaskan kuali, kemudian tuang adunan ke atasnya dan biarkan masak dengan api sederhana selama 10-15 minit bergantung kepada ketebalan.

5. Dah siap, sedap dimakan dengan sambal ikan bilis atau kari.
SELAMAT MENCUBA

Monday, 9 December 2013

Resipi Apam Balik Mini Ceria

Bahan-bahannya:

1 biji telur ayam
250 gram tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh yis
1 cawan susu sejat/susu segar

Bahan hiasan
Gula
Kacang tumbuk
jagung manis dalam tin

Kaedah menyediakannya:
1. Pukul telur sampai kembang

2. Tuangkan susu. Kacaukan ia

3. Masukkan tepung gandum yang telah digaul bersama soda bikarbonat, yis dan tepung penaik. Gaul sampai adunan sebati

4. Minyakkan kuali, panaskan kuali dengan api sederhana kecil, tuangkan sesenduk adunan tepung

5. Apabila tepung mula berbintik/berlubang, taburkan serbuk kacang, gula dan jagung manis

6. Lipat apam balik, dan siap untuk dimakan waktu pagi atau petang.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, 5 December 2013

Resipi Karipap Kentang Ceria

Bahan-bahannya:
Bahan doh
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak panas
2 cawan tepung gandum
1 sudu garam

Bahan inti
3 biji kentang dipotong dadu
1 batang ubi keledek
1 biji bawang besar
1 paket rempah kari (kalau boleh kari ketam/udang)
segenggam udang kering dan ikan bilis ditumbuk bersama
garam secukup rasa

Kaedah menyediakannya:
1. Tuangkan minyak panas ke dalam tepung gandum

2. Relaikan tepung gandum, agar tekturnya hancur. Kemudian taburkan garam. Uli doh

3. Doh siap diuli digentel bulat dan diperam sementara waktu

4. Sementara itu, tumis bawang, udang kering dan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama. Kacau sampai naik bau

5. Masukkan keledek dan kentang. Gaul sebati

6. Tuangkan kari yang telah dilarutkan dengan 1/2 cawan air. Kacau sampai kentang menjadi masak.
Perasakan dengan garam dan ajinomoto serta sedikit gula.

7. Seterusnya, uli doh dan masukkan ke atas terap karipap

8. Apabila siap semuanya, boleh goreng rendam (deep fry)

9. Dah siap, lazatnya dimakan panas-panas.
Kaedah yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan karipap sardin atau karipap serunding. Cuma inti sahaja berbeza.
SELAMAT MENCUBA

Friday, 15 November 2013

Resipi Kuih Tepung Bunga Ceria

Resipi Kuih Tepung Bunga Ceria yang didatangkan khas dari Terengganu, kuih tradisional turun temurun yang dipecahkan rahsianya untuk dicuba oleh semua mahu pun untuk dibuat jual. Tak perlu minta izin kalau hendak buat berniaga ya :)

Bahan-bahannya:
250 gram tepung pulut
150ml santan
secubit garam
1 biji telur ayam
2 sudu makan gula

Cara menyediakannya:
1. Sediakan bahan-bahannya

2. Taburkan garam di atas tepung pulut dan gaulkan

3. Tuangkan santan dengan penuh keyakinan

4. Uli tepung sehingga jadi begini, tak keras dan tidak pula melekit

5. Bentukkan begini atau bentuk leper pun tak apa, saje je tekan tengah tu

6. Celup dengan telur yang telah dipukul

7. Goreng sehingga keemasan

8. Taburkan gula dan siap untuk mencekik.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, 26 October 2013

Resipi Jemput Pisang Ceria (Cekodok Pisang Ceria)

Resipi Jemput Pisang Ceria sangat montel dan comel, jemput pisang adalah makanan masyarakat pantai timur dan dipercayai berasal dari negeri cik siti wan kembang the red warrior. Di Johor, ia disebut cekodok. Jadi sempena kemenangan Kelantan ke atas ATM pada separuh akhir Piala Malaysia, dapat idea untuk sambut kemenangan ini dengan makanan tradisional kelantan ini.

Bahan-bahannya:
5 biji pisang masak (ikutlah pisang apa, kalau alah dengan pisang emas, jangan guna pisang emas)
250 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 sudu kecil serbuk penaik
1/3 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
150 ml air tapis

Cara membuatnya:
1. Hancurkan isi pisang

2. Sediakan bahan wajib ini iaitu soda, serbuk penaik dan tepung gandum. Kalau tak ada soda dan serbuk penaik, jemput pisang/cekodok tak berapa comel.

3. Kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.

4. Masukkan sebutir telur ayam dan gaul laju-laju. Tak perlu guna mixer pun.

5. Panaskan minyak dan celupkan sesudu makan penuh adunan ke dalam kuali minyak panas.

6. Inilah hasilnya jemput pisang ceria. Cekodok ini boleh dibuat sarapan atau minum petang.
SELAMAT MENCUBA


Friday, 25 October 2013

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria)

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria) resipi yang didatangkan khas dari Kampung Laut, Tumpat Kelantan untuk dicuba oleh sekalian manusia di muka bumi ini. Manis dan enak!
Ada lagi tak kurma/tamar di dalam peti ais/gerobok? Check semula dan jom try resipi ini.

Bahan-bahannya:
8 butir kurma
150 gram tepung gandum
100ml air tapis
Sesudu marjerin

Cara menyediakannya:

1. Beberapa biji kurma di buang bijinya dan dihancurkan/disiat isinya

2. Masukkan tepung dan air tapis. Gaul rata sampai sebati

3. Panaskan minyak masak, masukkan sesudu marjerin ke dalam minyak panas. Kemudian masukkan adunan tepung tadi untuk menggoreng

4. Inilah rupa jemput tamar ceria yang lazat dan manis. 
SELAMAT MENCUBA

Thursday, 10 October 2013

Resipi Cendawan Goreng Ceria

Cendawan goreng ceria, satu resipi yang amat digemari kanak-kanak dan warga emas. Mesti cuba tau!
Bahan-bahannya:
200 gram Cendawan
1 sudu mentega atau marjerin
100 gram tepung gandum
1 biji telur
100ml air
secubut garam
satu sudu kecil serbuk lada hitam (opsyenal)

Cara membuatnya:
1. Pukul telur

2. Masukkan mentega/marjerin kemudian pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum

4. Kemudian celup cendawan

5. Ini pilihan, taburkan lada hitam

6. Goreng sehingga kekuningan.

7. Hidang bersama sos atau dimakan begitu sahaja
SELAMAT MENCUBA


Saturday, 25 May 2013

Resepi Nangka Goreng Ceria (Cheer Jack fruit Fried)

Nangka yang dibeli di supermarket mungkin sedap sebab manis-manis. Tapi masalahnya lepas 2-3 hari dalam peti ais, jadi masam sebab nanka tu terlampau masak. Selamatkan nangkamu itu....

Bahan-bahan:
~ Beberapa isi nangka tanpa biji
~ 5-7 sudu besar Air tapis
~ 5 sudu besar Tepung gandum
~ Secubit garam
~ Sesudu besar gula

Cara-cara
1. Bancuh tepung, gula, garam dengan air, jangan terlampau cair ya sayang..
Lepas tu golekkan nangka kita yang hampir nak masam tu. Tapi kalau tak ada nangka masam, nangka manis pun boleh

2. Goreng deep fry sampai keemasan

3. Nah selesai sudah. Tak lama, dalam 10 minit dah boleh melantak. Best kalau dihidang bila dah kurang panas, sebab nanti meletup lidah.
SELAMAT MENCUBA