Showing posts with label Doodle berquote. Show all posts
Showing posts with label Doodle berquote. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

My Doodle 14 # Doa Menghadapi Dugaan Hidup



Assalamuailaikum w.b.t dan salam sejahtera semua :) 


Rindunya si kacak dan si comel :')







Notis penting : Saya akan kembali aktif berblog. Tak lama lagi. Terima kasih kepada yang masih setia di blog ini. Give me some strength and support , ya ? :)


Friday, 8 June 2012

My Doodle 13 # Doodle Pelajar Uitm , Selamat tinggal blog

Salam si kacak dan si cantik.


Blog diupdate dengan super duper laju , gua capek banget dong.




  • Gua baru sampai di rumah(Johor) pukul 8.45 malam lebih kurang dari Sungai Petani Kedah.  Bagi mereka yang tak tahu menahu, selasa yang lepas wa pergi kenduri kahwin sepupu.

  • Sebelum entri ini ditaip wa baru siap kemas-kemas apa yang patut sebab esok pagi nak balik Melaka sudah. Gua sangat sedih, serius.

  • Minta ampun dan maaf bagi mereka yang tinggal jejak, komen2 di entri doodle pengantin, dan followers sebab buat masa ini wa memang kekurangan masa.

  • Oleh sebab sepanjang cuti wa menggunakan khidmat wifi di rumah, maka mr.broadband tidak berbayar lagi. Untuk aktif semula berblog dan sebagainya wa tak berapa pasti bila wa dapat pergi membayar bil broadband tersebut.

  • Oleh itu, selagi wa tak dapat bayar mr.broadband selagi itu segala macam social networking akan tergendala. Ada paham?

  • Disebabkan cuaca yang tidak menentu, wa diserang demam sekali lagi. Sekarang ni hingus asyik nak meleleh, sila bayangkan waima kalian tengah makan sambil membaca entri wa ini.

  • Wa sudah lupa sama ada rumah sewa yang bakal didiami untuk sem terakhir ini ada wifi atau tidak. Kalau ada, bolehlah kita beramah-tamah di awal-awal sem yang tak begitu sibuk.

  • Wa sangat tak bersedia nak naik sem baru dan sekaligus sem terakhir. Sebab apa? Sebab wa teramat sibuk akhir-akhir cuti ditambah dengan dugaan lagi. haduih.. Sadis.

  • Tolong jagakan blog wa yang tercinta ini. Wa akan merindui kalian, sila jaga diri yep. Kepala wa sangat berat, bye.



p/s:  Tahniah kepada pelajar baru Uitm seMalaysia. Kemasukan pelajar Uitm bertambah lagi tahun ini berjumlah 250,000 orang. 

Wednesday, 30 May 2012

My Doodle 12 # Doodle Pengantin Perempuan

Salam semua :)




      Cis, belajar pun tak habis lagi ada hati nak cakap isu suami isteri. Sekarang ni musim orang kahwin, sana-sini mendirikan masjid. Alhamdulillah syukur. Selamat Pengantin Baru wahai pengantin-pengantin. Untuk Mr H(klik) pun aku doakan yang baik-baik untuk kau dan isteri. *bunyi cengkerik


-----------------------


Sambil mengaler doodle ni, sempat lagi wa berangan tengah dok tunggu Prince Charming naik kereta kuda yang berhias indah datang melamar wa dengan penuh malu-malu.kahkah. Oh ye, doodle ni aku buat dengan penuh rasa kasih sayang sebab :
  • Itulah warna impian di hari bahagia.

  • Itulah lebih kurang design baju di hari impian. Simple saja sudah. Sarat marat bukan minat wa.

  • Wa terbayang-bayang je macam mana reaksi muka wa masa sang suami kena goncang tangan masa akad nikah. (Kes otak dan emosi dipengaruhi selepas tengok sepupu akad nikah depan mata) 



  P/s 1: Aku sedang menunggu kau dengan penuh sabar wahai pilihan Allah. Suatu hari nanti untuk kita saling melengkapi , mudah-mudahan, amin:)


P/s 2: Berdebar-debar jugak nak menerima kad jemputan Mr.H.








Sunday, 27 May 2012

My Doodle 11 # Beautiful dan entri rojak buah

Salam semua pembaca gua yang kacak lagi comel :)
saya sudah kembali, sila tepuk tangan *kepukpukpuk (sound effect tepuk tangan)






Isi-isi penting yang wa nak bagitahu dan kalian harus tahu:
  1. Ampun maaf diucapkan sebab dua hari blog terbengkalai, tiada entri terbaru segar dari lubang hidung. tiada aktiviti blog berjalan, bermesra-mesraan,haloo sana sini, kanda dinda sayam dan seangkatan dengannya.

  2. Entri terakhir ialah entri friendship dan belajar bahasa mandarin mudah lagi pantas (klik cepat) memberitahu aku sibuk 1 hari itu kan?

  3. Malangnya kesibukan aku berlanjutan sampai ke malam ini ( Ahad;11:00pm).

  4. Wa sungguh penat, ada sesiapa nak tolong picit-picitkan lalu melegakan ketegangan urat saraf wa tak ? Ok permintaan tak dilayan, sobsobs.

  5. Wa akan terus sibuk sepanjang minggu ini. Serius. Wa ada nak terbang ke Kedah untuk kenduri kahwin sepupu. 

  6. Dan insyaallah, 9 Jun 2012, pelajar Diploma Uitm akan mula berangkat pulang ke kampus halaman masing-masing. Iya, aku juga tidak terkecuali walaupun jeritan batinku meronta-ronta,menggeleng kepala tanda tidak setuju. 

  7. Jadi wa memang tak ada banyak masa di blog seperti sebelum-sebelum ini apatah lagi bila wa dah naik sem baru nanti. Jadi awal-awal wa mintak ampun.

  8. Masa dah makin suntuk, jadual pulak sibuk ke sana-sini. Belum sedia nak balik Melaka. Oh gua tertekan saat ini.

  9. Nak pergi serang blog kau orang, sila tunggu mafia macho ini datang bersama senyuman gigi cap Kodomolion.

  10. Kalau blog terabai, sila jangan lupakan wa dan blog wa ini. Wa mohon dengan mata sparkling. Wa pasti merindui kalian, kalian saja tak merindui wa kan..sadis.

p/s:  Emosi tidak tentu hala. Sekian, terima kasih.




Thursday, 24 May 2012

My Doodle 10 # Doodle Friendship & Belajar Bahasa Mandarin

Salam semua :)




Belajar Bahasa Mandarin dengan mudah dan pantas 


kawan = pengyou
kawan lelaki = nan pengyou
kawan perempuan = nu pengyou
comel = ke ai
cantik = piaoliang
sangat= hen
terima kasih = xiexie
sama-sama = bu keqi
sudah lama tak berjumpa = hao jiu bu jian 
jumpa lagi/ bye2 = zai jian


p/s:  Jintian wu yue er shi wu hao , wo hen mang. Dui bu qi. ( Hari ini 25/5 saya sangat sibuk, minta maaf )


Wednesday, 23 May 2012

My Doodle 9 # Spontaneous Thursday- Perihal jodoh

Salam pembacaku yang kacak dan comel




Semoga aku mendapat jodoh yang benar-benar terbaik nanti.
Selagi belum ku dengar lafaz; Aku terima nikahnya ...  aku masih tidak tahu siapa sebenarnya yang telah Kau pilihkan untukku. 




p/s:  Sungguh, aku takut dikecewakan dan mengecewakan.

Tuesday, 22 May 2012

My Doodle 8 # Realiti hidup seorang pelajar dan tips menghafal nota



Salam pembaca yang kacak lagi comel. 










   Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan diri ini kembali sihat. Alhamdulillah, demam dah kebah cuma kepala je masih berat. Lagi berat dari berat seekor gajah dalam shampoo Carrie Junior. Haha. Ok fokus-fokus, berbalik kepada tajuk entri. Kau orang hafal lagu kan? Semua jenis lagu tanya je tajuk apa nak; Aku anak kampung, What makes you beautiful, Untuk dia, A thousand years dan seangkatan dengannya semua ingat, hafal lirik sebutir-sebutir. Menyanyi sepenuh jiwa dan raga, rasa dah hebat sangat kan almaklumlah dah hafal.  Tapi situasi negatif berlaku bila sampai masa nak test nak exam, nota-nota semua kau tak boleh ingat. Semua hilang dalam sekelip mata. Masa tu lah kau nak gelabah tahi itik kan. Har har har. Haa  oleh itu, untuk tidak menyebabkan kau orang lagho di blog ini, maka aku nak bagi tips sikitlah. Kau jangan baca je, lepastu tak buat. Itu pembaziran nama dia.





Tips mengingati nota menjelang musim peperiksaan istimewa dari Sis92







  1. Sediakan beberapa buah buku kosong untuk buat peta minda bagi setiap subjek. 

  2. Pastikan peta minda tidak serabut. Adalah digalakkan guna pen berwarna-warni supaya jiwa ceria untuk membaca beliau. Pelangi gitu. Tapi janganlah teruk beno warna-warni tu sampai tambah serabut kepala hotak.

  3. Tolong highlight yang no 3 ni yep. Baca, fahamkan, dan tulis semula di dalam buku/kertas. Diulangi baca, fahamkan dan tulis semula di dalam buku/kertas. Tulis semula berulang-ulang kali sampai penuh buku. Kau faham tak ni, tulis balik, tulis! *sila baca dengan nada tegas* Trust me baby, you will remember your note.



Ok dah dapat kan. Aku tak nafikan memang bagi mereka yang tidak minat membaca dan menghafal, memang payah sikit untuk ingat nota-nota tu semua.  Tapi please please please, korang cuba praktikkan tips yang aku bagi ni. Percayalah idea dan jawapan akan datang mencurah-curah ke ladang gandum. Over tak?  Harap dapat membantu korang yang tersayam. Sekian, terima kasih.



p/s: Otak aku lebih kepada hafal-hafal dan membaca, aku merayu jangan bagi aku soalan matematik. Tsk :'(







Monday, 21 May 2012

My Doodle 7 # Sakit itu ujian Allah :)



Salam pembaca yang kacak lagi comel




Allah itu baik kan? 
Walaupun bila kita sakit, kita merungut macam-macam potpetpotpet, tapi Allah sebenarnya bagi pengampunan pada dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Maka, sila bersyukur. 


Tips menjaga orang sakit


Perasaan orang yang sakit kebiasaannya sedikit sensitif, jadi orang sekeliling tidak digalakkan membuat para pesakit merasa touching, nonono. Adalah digalakkan mendoakan pesakit cepat sembuh, beri kata-kata semangat dan hiburkan pesakit dengan lawak jenaka yang sederhana. Ok tak guna membebel panjang berjela, kekanda, adinda, sayang-sayang gua yang kacak dan comel, doakan wa sembuh daripada demam. Terima kasih :)


Friday, 18 May 2012

My Doodle 6 # Cerita Doodleku Dating :)

Salam pembaca gua yang kiut miut :)


Mempersembahkan cerita doodle berdating *tepuk tangan sikit.


Dupdap dupdap..oh kanda, tak sabar adinda mahu menatap wajahmu, awww.




-------------------
30 minit kemudian
-------------------




Oh kanda, kau kat mana lah ni woiii !! Cair dah mekap gua grrrr!!


------------------
30 minit kemudian
------------------




Oh sampai hatimu kanda, sentap !! Selamat tinggal, gua cari lain. Haha.




Moral of story : 
Kanda, sila jangan memperlakukan adindamu sedemikian rupa. Terseksa zahir batin beliau.
Dinda, sila maintainkan kecomelanmu walau hatimu cedera parah.


Tamat :)
 Wa baru buat fanpage sila-silah like. Cerita tiada kena mengena dengan penulis.Sekian, terima kasih.




Thursday, 17 May 2012

My Doodle 5 # Kejayaan :)

Salam pembaca setia :)





Melukis doodle sambil mata kuyu-kuyu inilah hasilnya.


   Bukan mudah menggapai bintang di angkasa oo yeah.. eh ternyanyi lagu Akademi Fantasia pulak. Nak mencapai kejayaan bukan mudah. Ada je cabaran, duri ranjau onak berliku. Betul tak?  Tak macam korek hidung. Korek hidung sangat senang, hanya masukkan jari pilihan lepastu kau kasi pusing  360 darjah. Aku pernah nampak orang korek hidung cover dengan buku, kahkahkah.


   Ok berbalik pada topik kejayaan.  Laluannya sedikit sukar bagi orang-orang sederhana. Jangan cakap diri kau tu buduh, Tuhan bagi semua sama rata. Cuma perangai malas itu saja yang menjadi udang di sebalik batu. Tapi ingat jangan sesekali berputus asa. Cepat sangat mengalah lagi-lagi bila rasa diri tak mampu nak lakukan itu. Oh gua tersentap sendiri nampaknya. Sekian, terima kasih.




p/s: Mari memotivasikan diri bersama cikgu Kaunseling Sis92 yang tidak bertauliah. 




Fan Page BLOG SIS92



Salam si kacak dan si comel :)











Lurus ke titik, wa dengan berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan semua pembaca wa yang tersayang untuk menyukai fanpage wa di Facebook.  Siapa tak like, wa merajuk 5 minit. Ok tipu. 













Sebab musabah mewujudkan fanpage :







  1. Menyebarkan kewujudan blog wa yang tersayang.

  2. Tambah channel wa nak ping entri.

  3. Bermesra-mesraan dengan pembaca perempuan.

  4. Bermanja-manjaan dengan pembaca lelaki.

  5. Menyayangi pembaca lelaki dan perempuan.

  6. Korang tambah sendiri.

  7. Sekian terima kasih.



p/s: Terima kasih juta-juta kepada semua pembaca yang menyokong wa dalam aktiviti mendoodle :)


Wednesday, 16 May 2012

My Doodle 4 # Happy Blogging Alynn :)

Salam semua pembaca yang tersayang :)





maaf atas kegigilan jari :)




   Doodle ini gua buat istimewa untuk Cik Alynn.  Mula-mula gua tak yakin jugak nak buatkan, tapi akhirnya tersiap juga, kehkeh. Mintak ampun sangat-sangat kalau mata nampak ada kekurangan di situ.  Kali ni gua wa pilih kata-kata hikmat Happy Blogging.  Berbloglah secara sihat. Sad blogging are not allowed, kahkah.


   Kepada blogger yang lain, terima kasih atas sokongan, kasih sayang dan puji-pujian.  Tanpa kalian siapalah diri ini, sobsob. Wa bukanlah blogger popular, masuk majalah, masuk televisyen, photoshoot sana-sini. Wa hanya ada sebuah blog dan wa sangat menghargai semua pembacanya :)


P/s:  Dengar lagu Semua isi hatimu aje gua rasa nak melalak, mencikkk tahu. Sekian terima kasih.

Monday, 14 May 2012

My Doodle 2 # Menjadi diri sendiri :)

Salam semua :)


Tips untuk kelihatan cantik/kacak 


" Jangan pernah memaksa diri berubah menjadi 'orang lain' kerana ingin nampak lebih sempurna.  
Jadilah diri sendiri. Itu akan membuatkan diri kamu lebih yakin plus super duper cantik/kacak "






Saturday, 12 May 2012

My Doodle 1 # Kecantikan :)

Salam semua :)





Kaler hentam keromo.


Yabedabeduh.  
Setelah aku mecapai tahap keyakinan yang tinggi, maka akhirnya aku uploadkan jua doodle berquote pertamaku. Kebanyakan doodle yang terperuk di dalam folder masih tidak berwarna, dek kerana kerajinan aku malam tadi akhirnya ceria sikitlah doodle aku ni har har har.  Aku bukanlah pro mendoodle , oleh itu sebarang kekurangan adalah kelemahan pemilik doodle itu sendiri. Kalau comel sangat nanti, para-para pendoodle tercabar pula muhahaha :D


Ok, wa nak ucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia datang ke blog terutamanya yang sentiasa beri sokongan tatkala mood berblog aku dilambung ombak rindu. Sobsobs terharu tau tak. Jangan risau, saya masih belum hilang pertimbangan diri. Peluk cium dari tuan blog.Jumpa lagi :)




p/s:  Jangan salah gunakan kecantikan serta kekacakan yang ada pada dirimu.