Showing posts with label doodle pelajar perempuan. Show all posts
Showing posts with label doodle pelajar perempuan. Show all posts

Friday, 8 June 2012

My Doodle 13 # Doodle Pelajar Uitm , Selamat tinggal blog

Salam si kacak dan si cantik.


Blog diupdate dengan super duper laju , gua capek banget dong.




  • Gua baru sampai di rumah(Johor) pukul 8.45 malam lebih kurang dari Sungai Petani Kedah.  Bagi mereka yang tak tahu menahu, selasa yang lepas wa pergi kenduri kahwin sepupu.

  • Sebelum entri ini ditaip wa baru siap kemas-kemas apa yang patut sebab esok pagi nak balik Melaka sudah. Gua sangat sedih, serius.

  • Minta ampun dan maaf bagi mereka yang tinggal jejak, komen2 di entri doodle pengantin, dan followers sebab buat masa ini wa memang kekurangan masa.

  • Oleh sebab sepanjang cuti wa menggunakan khidmat wifi di rumah, maka mr.broadband tidak berbayar lagi. Untuk aktif semula berblog dan sebagainya wa tak berapa pasti bila wa dapat pergi membayar bil broadband tersebut.

  • Oleh itu, selagi wa tak dapat bayar mr.broadband selagi itu segala macam social networking akan tergendala. Ada paham?

  • Disebabkan cuaca yang tidak menentu, wa diserang demam sekali lagi. Sekarang ni hingus asyik nak meleleh, sila bayangkan waima kalian tengah makan sambil membaca entri wa ini.

  • Wa sudah lupa sama ada rumah sewa yang bakal didiami untuk sem terakhir ini ada wifi atau tidak. Kalau ada, bolehlah kita beramah-tamah di awal-awal sem yang tak begitu sibuk.

  • Wa sangat tak bersedia nak naik sem baru dan sekaligus sem terakhir. Sebab apa? Sebab wa teramat sibuk akhir-akhir cuti ditambah dengan dugaan lagi. haduih.. Sadis.

  • Tolong jagakan blog wa yang tercinta ini. Wa akan merindui kalian, sila jaga diri yep. Kepala wa sangat berat, bye.



p/s:  Tahniah kepada pelajar baru Uitm seMalaysia. Kemasukan pelajar Uitm bertambah lagi tahun ini berjumlah 250,000 orang. 

Tuesday, 22 May 2012

My Doodle 8 # Realiti hidup seorang pelajar dan tips menghafal nota



Salam pembaca yang kacak lagi comel. 










   Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan diri ini kembali sihat. Alhamdulillah, demam dah kebah cuma kepala je masih berat. Lagi berat dari berat seekor gajah dalam shampoo Carrie Junior. Haha. Ok fokus-fokus, berbalik kepada tajuk entri. Kau orang hafal lagu kan? Semua jenis lagu tanya je tajuk apa nak; Aku anak kampung, What makes you beautiful, Untuk dia, A thousand years dan seangkatan dengannya semua ingat, hafal lirik sebutir-sebutir. Menyanyi sepenuh jiwa dan raga, rasa dah hebat sangat kan almaklumlah dah hafal.  Tapi situasi negatif berlaku bila sampai masa nak test nak exam, nota-nota semua kau tak boleh ingat. Semua hilang dalam sekelip mata. Masa tu lah kau nak gelabah tahi itik kan. Har har har. Haa  oleh itu, untuk tidak menyebabkan kau orang lagho di blog ini, maka aku nak bagi tips sikitlah. Kau jangan baca je, lepastu tak buat. Itu pembaziran nama dia.





Tips mengingati nota menjelang musim peperiksaan istimewa dari Sis92







  1. Sediakan beberapa buah buku kosong untuk buat peta minda bagi setiap subjek. 

  2. Pastikan peta minda tidak serabut. Adalah digalakkan guna pen berwarna-warni supaya jiwa ceria untuk membaca beliau. Pelangi gitu. Tapi janganlah teruk beno warna-warni tu sampai tambah serabut kepala hotak.

  3. Tolong highlight yang no 3 ni yep. Baca, fahamkan, dan tulis semula di dalam buku/kertas. Diulangi baca, fahamkan dan tulis semula di dalam buku/kertas. Tulis semula berulang-ulang kali sampai penuh buku. Kau faham tak ni, tulis balik, tulis! *sila baca dengan nada tegas* Trust me baby, you will remember your note.



Ok dah dapat kan. Aku tak nafikan memang bagi mereka yang tidak minat membaca dan menghafal, memang payah sikit untuk ingat nota-nota tu semua.  Tapi please please please, korang cuba praktikkan tips yang aku bagi ni. Percayalah idea dan jawapan akan datang mencurah-curah ke ladang gandum. Over tak?  Harap dapat membantu korang yang tersayam. Sekian, terima kasih.



p/s: Otak aku lebih kepada hafal-hafal dan membaca, aku merayu jangan bagi aku soalan matematik. Tsk :'(







Friday, 18 May 2012

My Doodle 6 # Cerita Doodleku Dating :)

Salam pembaca gua yang kiut miut :)


Mempersembahkan cerita doodle berdating *tepuk tangan sikit.


Dupdap dupdap..oh kanda, tak sabar adinda mahu menatap wajahmu, awww.




-------------------
30 minit kemudian
-------------------




Oh kanda, kau kat mana lah ni woiii !! Cair dah mekap gua grrrr!!


------------------
30 minit kemudian
------------------




Oh sampai hatimu kanda, sentap !! Selamat tinggal, gua cari lain. Haha.




Moral of story : 
Kanda, sila jangan memperlakukan adindamu sedemikian rupa. Terseksa zahir batin beliau.
Dinda, sila maintainkan kecomelanmu walau hatimu cedera parah.


Tamat :)
 Wa baru buat fanpage sila-silah like. Cerita tiada kena mengena dengan penulis.Sekian, terima kasih.




Thursday, 17 May 2012

My Doodle 5 # Kejayaan :)

Salam pembaca setia :)





Melukis doodle sambil mata kuyu-kuyu inilah hasilnya.


   Bukan mudah menggapai bintang di angkasa oo yeah.. eh ternyanyi lagu Akademi Fantasia pulak. Nak mencapai kejayaan bukan mudah. Ada je cabaran, duri ranjau onak berliku. Betul tak?  Tak macam korek hidung. Korek hidung sangat senang, hanya masukkan jari pilihan lepastu kau kasi pusing  360 darjah. Aku pernah nampak orang korek hidung cover dengan buku, kahkahkah.


   Ok berbalik pada topik kejayaan.  Laluannya sedikit sukar bagi orang-orang sederhana. Jangan cakap diri kau tu buduh, Tuhan bagi semua sama rata. Cuma perangai malas itu saja yang menjadi udang di sebalik batu. Tapi ingat jangan sesekali berputus asa. Cepat sangat mengalah lagi-lagi bila rasa diri tak mampu nak lakukan itu. Oh gua tersentap sendiri nampaknya. Sekian, terima kasih.




p/s: Mari memotivasikan diri bersama cikgu Kaunseling Sis92 yang tidak bertauliah.