Showing posts with label doodle couple. Show all posts
Showing posts with label doodle couple. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

My Doodle 12 # Doodle Pengantin Perempuan

Salam semua :)




      Cis, belajar pun tak habis lagi ada hati nak cakap isu suami isteri. Sekarang ni musim orang kahwin, sana-sini mendirikan masjid. Alhamdulillah syukur. Selamat Pengantin Baru wahai pengantin-pengantin. Untuk Mr H(klik) pun aku doakan yang baik-baik untuk kau dan isteri. *bunyi cengkerik


-----------------------


Sambil mengaler doodle ni, sempat lagi wa berangan tengah dok tunggu Prince Charming naik kereta kuda yang berhias indah datang melamar wa dengan penuh malu-malu.kahkah. Oh ye, doodle ni aku buat dengan penuh rasa kasih sayang sebab :
  • Itulah warna impian di hari bahagia.

  • Itulah lebih kurang design baju di hari impian. Simple saja sudah. Sarat marat bukan minat wa.

  • Wa terbayang-bayang je macam mana reaksi muka wa masa sang suami kena goncang tangan masa akad nikah. (Kes otak dan emosi dipengaruhi selepas tengok sepupu akad nikah depan mata) 



  P/s 1: Aku sedang menunggu kau dengan penuh sabar wahai pilihan Allah. Suatu hari nanti untuk kita saling melengkapi , mudah-mudahan, amin:)


P/s 2: Berdebar-debar jugak nak menerima kad jemputan Mr.H.








Wednesday, 23 May 2012

My Doodle 9 # Spontaneous Thursday- Perihal jodoh

Salam pembacaku yang kacak dan comel




Semoga aku mendapat jodoh yang benar-benar terbaik nanti.
Selagi belum ku dengar lafaz; Aku terima nikahnya ...  aku masih tidak tahu siapa sebenarnya yang telah Kau pilihkan untukku. 




p/s:  Sungguh, aku takut dikecewakan dan mengecewakan.

Friday, 18 May 2012

My Doodle 6 # Cerita Doodleku Dating :)

Salam pembaca gua yang kiut miut :)


Mempersembahkan cerita doodle berdating *tepuk tangan sikit.


Dupdap dupdap..oh kanda, tak sabar adinda mahu menatap wajahmu, awww.




-------------------
30 minit kemudian
-------------------




Oh kanda, kau kat mana lah ni woiii !! Cair dah mekap gua grrrr!!


------------------
30 minit kemudian
------------------




Oh sampai hatimu kanda, sentap !! Selamat tinggal, gua cari lain. Haha.




Moral of story : 
Kanda, sila jangan memperlakukan adindamu sedemikian rupa. Terseksa zahir batin beliau.
Dinda, sila maintainkan kecomelanmu walau hatimu cedera parah.


Tamat :)
 Wa baru buat fanpage sila-silah like. Cerita tiada kena mengena dengan penulis.Sekian, terima kasih.