Tuesday, 22 May 2012

My Doodle 8 # Realiti hidup seorang pelajar dan tips menghafal nota



Salam pembaca yang kacak lagi comel. 










   Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan diri ini kembali sihat. Alhamdulillah, demam dah kebah cuma kepala je masih berat. Lagi berat dari berat seekor gajah dalam shampoo Carrie Junior. Haha. Ok fokus-fokus, berbalik kepada tajuk entri. Kau orang hafal lagu kan? Semua jenis lagu tanya je tajuk apa nak; Aku anak kampung, What makes you beautiful, Untuk dia, A thousand years dan seangkatan dengannya semua ingat, hafal lirik sebutir-sebutir. Menyanyi sepenuh jiwa dan raga, rasa dah hebat sangat kan almaklumlah dah hafal.  Tapi situasi negatif berlaku bila sampai masa nak test nak exam, nota-nota semua kau tak boleh ingat. Semua hilang dalam sekelip mata. Masa tu lah kau nak gelabah tahi itik kan. Har har har. Haa  oleh itu, untuk tidak menyebabkan kau orang lagho di blog ini, maka aku nak bagi tips sikitlah. Kau jangan baca je, lepastu tak buat. Itu pembaziran nama dia.





Tips mengingati nota menjelang musim peperiksaan istimewa dari Sis92







  1. Sediakan beberapa buah buku kosong untuk buat peta minda bagi setiap subjek. 

  2. Pastikan peta minda tidak serabut. Adalah digalakkan guna pen berwarna-warni supaya jiwa ceria untuk membaca beliau. Pelangi gitu. Tapi janganlah teruk beno warna-warni tu sampai tambah serabut kepala hotak.

  3. Tolong highlight yang no 3 ni yep. Baca, fahamkan, dan tulis semula di dalam buku/kertas. Diulangi baca, fahamkan dan tulis semula di dalam buku/kertas. Tulis semula berulang-ulang kali sampai penuh buku. Kau faham tak ni, tulis balik, tulis! *sila baca dengan nada tegas* Trust me baby, you will remember your note.



Ok dah dapat kan. Aku tak nafikan memang bagi mereka yang tidak minat membaca dan menghafal, memang payah sikit untuk ingat nota-nota tu semua.  Tapi please please please, korang cuba praktikkan tips yang aku bagi ni. Percayalah idea dan jawapan akan datang mencurah-curah ke ladang gandum. Over tak?  Harap dapat membantu korang yang tersayam. Sekian, terima kasih.



p/s: Otak aku lebih kepada hafal-hafal dan membaca, aku merayu jangan bagi aku soalan matematik. Tsk :'(







No comments:

Post a Comment