Sunday, 27 May 2012

My Doodle 11 # Beautiful dan entri rojak buah

Salam semua pembaca gua yang kacak lagi comel :)
saya sudah kembali, sila tepuk tangan *kepukpukpuk (sound effect tepuk tangan)






Isi-isi penting yang wa nak bagitahu dan kalian harus tahu:
  1. Ampun maaf diucapkan sebab dua hari blog terbengkalai, tiada entri terbaru segar dari lubang hidung. tiada aktiviti blog berjalan, bermesra-mesraan,haloo sana sini, kanda dinda sayam dan seangkatan dengannya.

  2. Entri terakhir ialah entri friendship dan belajar bahasa mandarin mudah lagi pantas (klik cepat) memberitahu aku sibuk 1 hari itu kan?

  3. Malangnya kesibukan aku berlanjutan sampai ke malam ini ( Ahad;11:00pm).

  4. Wa sungguh penat, ada sesiapa nak tolong picit-picitkan lalu melegakan ketegangan urat saraf wa tak ? Ok permintaan tak dilayan, sobsobs.

  5. Wa akan terus sibuk sepanjang minggu ini. Serius. Wa ada nak terbang ke Kedah untuk kenduri kahwin sepupu. 

  6. Dan insyaallah, 9 Jun 2012, pelajar Diploma Uitm akan mula berangkat pulang ke kampus halaman masing-masing. Iya, aku juga tidak terkecuali walaupun jeritan batinku meronta-ronta,menggeleng kepala tanda tidak setuju. 

  7. Jadi wa memang tak ada banyak masa di blog seperti sebelum-sebelum ini apatah lagi bila wa dah naik sem baru nanti. Jadi awal-awal wa mintak ampun.

  8. Masa dah makin suntuk, jadual pulak sibuk ke sana-sini. Belum sedia nak balik Melaka. Oh gua tertekan saat ini.

  9. Nak pergi serang blog kau orang, sila tunggu mafia macho ini datang bersama senyuman gigi cap Kodomolion.

  10. Kalau blog terabai, sila jangan lupakan wa dan blog wa ini. Wa mohon dengan mata sparkling. Wa pasti merindui kalian, kalian saja tak merindui wa kan..sadis.

p/s:  Emosi tidak tentu hala. Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment