Salam semua dan salam sejahtera :)
Alhamdulillah, aku dah kembali berblogging. Tajuk entri paling panjang setakat ini aku rasa. BeautifulNara. Aku amat yakin lagi pasti kalian pasti suka baca BeautifulNara, paling-paling tak pun mesti pernah like punyalah kan. Sila mengaku kalau tidak aku cepuk punggung hang laju-laju har har har . Ni aku ada printscreen komen yang membuatkan aku tersedak minum Milo. Serius aku tak tipu. (sambil angkat tangan macam tengah baca ikrar sekolah).
sila ketawa macam ahli sihir |
Perangai tukang komen di BeautifulNara yang serius menjengkelkan
- Guna kalimah-kalimah seperti Ya Allah, Subhanallah dan seangkatan dengannya sambil mengutuk artis dan pengkomen lain. ini paling biadap.
- Mengutuk bermati-matian bila artis buat tak senonoh tapi sambil tu mencarut habis-habisan.
- Konon-konon jadi ustaz dan ustazah cakap pasal aurat bagai, kalau benar-benar alim dan menjaga pandangan, pasti anda tidak akan pergi pun ke blog hiburan yang sudah pasti penuh cabarankan?
- Menggunakan nama samaran artis dan ditambah dengan perkataan yang kurang baik. Contohnya : Ayah mertua Rita Rudaini masuk hospital memang hot, nenek dia hot. # nama pengkomen di Bn memang macam-macam versi.
- Bergaduh sesama sendiri. Macamlah abang nara dengan retis2 tu semua ambil peduli har har har.
- Guna perkataan lucah sesuka hati.
- Berebut-rebut nak jadi pengkomen pertama, lalu terjadi perli-memerli, kutuk-mengutuk dan sebagainya.
Ok, secara kesimpulannya lu orang baca BN lepastu dah dapat berita yang dikehendaki, lu orang blah lah. Korang mengutuk, mencaci, mengumpat dan bermacam lagi tu bukan dapat hadiah dari abangnara pun, dapat tambah dosa lagi ada. Oh mungkin pada mereka ni komen sambil mengumpat itu cool. -,-
Paling senang, tak payah jejak kat BN lagi bagus, tak adalah sesi menambah dosa har har har.
p/s: Sebelum buat apa-apa terutamanya di laman sosial, fikir dulu. Kelak membawa padah kepada diri sendiri, Sebelum nak mengutuk orang sana-sini cermin dulu diri sendiri, ada faham?
No comments:
Post a Comment