Wednesday, 2 May 2012

10 Fakta menarik mengenai pembinaan kapal Titanic 2

Salam semua


Semalam aku update entri kapal Titanic vs kapal kertas(klik). Lalu ada kawan blogger kita memberitahu kapal Titanic ke dua akan dibina. Seriuskah? macam mana aku boleh tak tahu ni hadoiii. Oleh kerana aku over eksaited, maka aku terus menggoogle kesahihan berita tersebut. Walaupun mesti korang ada yang dah  tahu, tapi tak mengapa aku tetap nak kongsi jugak dengan mereka yang belum tahu, kehkeh.





encik Korn, eden dah letak gamba Jack & Rose ni =D
  1. Rancangan untuk membina kapal Titanic versi 2 ini didedahkan oleh individu paling kaya-raya dari Australia bernama Clive Palmer.

  2. Pengumuman tentang rancangan ini dibuat beberapa minggu selepas ulangtahun 100 tahun tragedi kapal mewah Titanic yang karam melanggar bongkah ais 15 April 1912.

  3. Kapal tersebut akan dibina di China.

  4. Titanic 2 bakal berlayar buat kali pertama pada tahun 2016 dari England ke New York.

  5. Syarikat China iaitu CSC Jinling Shipyard bertanggungjawab membina Titanic 2 yang mengekalkan rupa bentuk asal Titanic.

  6. Kapal Titanic 2 itu dilengkapi dengan 840 buah bilik dan 9 geladak.

  7. Titanic 2 dilengkapi dengan teknologi abad 21 , sistem keselamatan dan sistem pengemudian baru.

  8. Tentera laut China akan mengiringi Titanic 2 sepanjang perjalanan ke New York.

  9. Pembinaan Titanic 2 ialah untuk memperingati semangat pekerja lelaki dan wanita kapal asal Titanic.

  10. Pasti ramai umat manusia teruja nak menaiki kapal mewah yang penuh sejarah ini.

Aku dah ubahsuai berita asal mengikut cita rasa sendiri. Harap maklum.  sumber




p/s:  Kenapa aku terbayangkan sejarah yang sama berulang kembali ?
Kuasa Allah tiada siapa mampu menolaknya. Semoga semuanya baik-baik saja =)

*nyah kau, pergilah di kau wahai fikiran negatif.  

No comments:

Post a Comment