Salam semua :)
Pertama sekali, tuan blog memohon ampun dan maaf di atas kejarangan mengupdate entri terbaru buat semua. Entah mengapa, entah bagaimana, mood berblog mula terumbang-ambing bagai dilambung ombak rindu , kahkahkah. Tuan blog minta maaf sangat ye kalau lambat balas jejak kalian. Insyaallah akan dibalas secepat mungkin ok :)
Apa itu sebak ?
Maksud sebak menurut pandangan tuan blog ialah :
"Perasaan hati yang amat sensitif. Dada terasa berat dan padat. Ia boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor emosi tertentu seperti mengalami kekecewaan kerana Fasha Sandha dah selamat jadi isteri Jejai, menonton video trending kekejaman ibu terhadap anaknya yang kecil, membaca berita orang tua digigit anjing sehingga meninggal dunia, dan sebagainya. Lalu perasaan sebak tadi membuatkan mata mula kemerah-merahan dan air mata pun mula bertakung. Tidak sampai beberapa minit sahaja, air mata yang bertakung tadi hanya menunggu masa untuk jatuh berlinangan. Akhir sekali jantung berdegup dengan sangat pantas dan air mata itu jatuh tanpa segan silu. Jikalau mood touching berlebih-lebihan, maka boleh berlaku menangis hingga teresak-esak. Kebiasaannya tempoh masa menangis hasil kesebakan tidak begitu lama, tetapi ia bergantung juga dengan mood individu tersebut. Bahkan seringkali terjadi sebak di tengah malam akhirnya menangis sehingga tertidur".
Oh ini sangat sadis ye para pembaca.
p/s: Adakah entri ini berkaitan dengan keadaan tuan blog sekarang? Tanya sendiri, jawab sendiri. :')
No comments:
Post a Comment