Friday, 2 August 2013

Resipi Muffin Ceria

Bahan-bahannya
130 gram tepung gandum halus
65 gram gula halus
3 gram serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk penaik
30.5 gram serbuk kelapa kering
21 gram kismis
2 cubit hirisan kulit lemon
2 biji telur ayam
30ml air sejuk (cold water)
renjisan jus lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 titik vanila
21 biji chocolate chips

Cara menyediakannya
1. Timbang 8 sudu gula halus dan tepung gandum (130 gram), beratnya jadi 200 gram. Kemudian masukkan secubit kecil garam dan sesudu kecil serbuk penaik

2. Masukkan pula 30.5gram serbuk kelapa kering

3. Kemudian 21 gram kismis

4. Hirisan kulit lemon sehingga dapat dua cubit

5. Pukul dua biji telur sehingga kembang

6. Masukkan hirisan kulit lemon dalam adunan

7. Tuangkan telur

8. Masukkan mixer untuk mengadun adunan, dengan kelajuan nombor dua selama 4 minit.

9. Tuang air sejuk (cold water) 30 ml.

10. Perasakan dengan jus lemon

11. Sesudu kecil serbuk kayu manis

12. setitik vanilla. Kemudian tukar kelajuan nombor 5 dan kacau selama 4 minit lagi.

13. Tuangkan adunan dalam bekas. Kalau nak comel, lapik dengan muffin paper cup

14. Hiasi dengan chocolate chips

15. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit, suhu 190'C

16. Agak-agak dia jadi macam ni ke tak. Kalau naik macam ni, kira jadilah

17. Adunan ini lebih kurang 6-7 biji muffin ceria. Kalau kecik cups, lebih banyak muffin.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Beledo Ros Afrika (Agar-Agar Ceria)

Resipi Beledo Ros Afrika (Agar-Agar Ceria) adalah bersempena dengan warnanya yang coklat kegelapan tetapi manis dan sedap, disukai kanak-kanak :)

Bahan-bahannya:
7 gram agar-agar
800ml air tapis
7 sudu besar serbuk koko hot chocolate
1 atau 2 biji telur
acuan agar-agar

Cara membuatnya:
1. Bila agar-agar 7 gram maka airnya mesti 800ml

2. Sediakan air tapis 800ml. Bila sebut air tapis ni, mestilah air yang guna penapis tak kira jenama apa pun, tak pun guna air duit syiling yang tekan-tekan tu kat depan kedai hehehe..

3. Lepas tu rebus sampai mendidih agar-agar tu, bla mendidih, kacau (angkat dan tuang airnya) sampai agar-agar larut

4. Kemudan masukkan serbuk hot chocolate. Kacau perlahan

5. Pecahkan dan Masukkan telur perlahan-lahan dan kacau

6. Tuangkan dalam acuan jeli. Dapat lebih kurang 13 acuan.
Anak kita suka sangat bledo ros afrika ni
SELAMAT MENCUBA

Resipi Ikan Masak Stim Ceria

Bahan-bahannya:
peram ikan
5 ekor ikan kecil atau seekor ikan besar
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan (guna budu pun boleh)
1 sudu cuka buah

kukus ikan
semangkuk nenas dihiris dadu
sebiji tomato dihiris dadu
1 biji bawang besar
2 batang serai dititik
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili api
setangkai daun sup dan daun bawang
setangkai daun kesing (daun ketumbar)
2 biji jeruk buah salak dipotong dadu (tak ada pun tak apa)
1/2 cawan air jeruk salak (guna cuka buah pun boleh kalau tak ada jeruk salak. 2 sudu cuka dan air)
1 sudu gula
ajinomoto dan garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:
1. Sediakan bahan-bahan kukus ikan ini

2. Sementara itu peramkan ikan dahulu selama 30 minit. Kita peram 2 jam.

3. Lepas itu kombinasi setengah bahan kukus dengan ikan

4. Terlangkup dengan aluminium foil dan tuang baki bahan kukus itu tadi.

5. Tuangkan air jeruk buah salak setengah cawan

6. Kukus ikan. Kita guna aluminium foil, kalau sesiapa ada pengukus sendiri, gunalah. Kita pun kukus guna pemanggang je ni. Kukus dalam 20 minit dengan api besar.
Maaf terlupa nak tangkap gambar masa lauk dihidangkan sebab tak sabar berbuka puasa hehehe..
SELAMAT MENCUBA

Resipi Daging BBQ Ceria

Bahan-bahannya:
1 atau 2 hirisan daging lembu/rusa/kerbau/ atau apa sahaja
1 sudu thymes herb
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu jintan manis
1 sudu kicap manis
1 sudu cuka buah
1 sudu minyak zaitun
1 sudu madu

Cara membuatnya:
1. Hiris daging leper. Taburkan atas bawah, thymes

2. Dan juga madu, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan jintan manis

3. Salut dengan minyak zaitun

4. Kicap manis

5. dan juga cuka buah, kita guna cuka kurma

6. Peram selama 3 jam atau lagi lama lagi best

7. Bakar ayam dalam oven atau guna pemanggang. Siap sudah dan boleh makan dengan roti, nasi atau dimakan begitu sahaja
SELAMAT MENCUBA

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Kerabu Rumpai Laut Kelantan

ResipiMasakanKini berkongsi resipi kerabu rumpai laut Kelantan. Pada pengemar masakan Kelantan mesti biasa merasa menu ini. Selamat mencuba..

Bahan-bahan:
Semangkuk rumpai laut  
Ikan sardin direbus 4 ekor (ditumbuk) 
Bawang merah 8 biji (ditumbuk) 
Bawang putih 3 ulas (ditumbuk) 
Lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk) 
Cili padi dihiris secukup pedas 
Sebiji bawang besar dihiris 
Kelapa 1 biji (separuh di ambil santan nya) (separuh lagi di buat kerisik. jangan tumbuk sampai pecah minyak) 
7 biji limau kasturi diambil jus nya 

Cara menyediakan: 
1. Rebus rumpai laut sekejap sahaja dan diketepikan  
2. Bahan yang ditumbuk tadi disatukan kedalam mangkuk 
3. Masukan santan, kerisik, lada dan bawang yang dihiris tadi kedalam mangkuk. 
4. Masukan garam, ajinomoto, gula secukup rasa dan masukan jus limau 
5. Semua bahan-bahan tadi disatukan dan digaul sehingga rata 
6. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 1 August 2013

Resipi Acar Perut Ceria

Tips rebus perut: Pastikan air rebusan di tukar dua kali, lebih lagi elok. Jangan guna air rebusan pertama untuk tujuan stok. Untuk lebih cepat masak, letak sudu ke dalam periuk semasa merebus. Jika tidak mahu berlemak, buang lemak perut.

Bahan-bahannya:
1 kg perut lembu/kerbau/seladang/selembu/kambing/rusa/ atau apa sahaja perut yang diimpikan :)
4 tangkai cili api dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris halus
2 cm belacan
1/2 biji lemon
2 sudu cuka buah
2 sudu gula
5 sudu air pekatan asam jawa
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:
1. Rebus perut dengan menyalin air sebanyak sekurang-kurangnya dua kali. Rebusan pertama dalam 15 minit. Rebusan kedua 20 minit.

2. Setelah itu sejat perut terlebih dahulu. Buang air rebusan.

3. Sediakan bahan seperti belacan, bawang besar, air asam jawa, setengah biji lemon dan cili api.

4. Campurkan dan gaulkan perut bersama bawang, belacan dan cili api. Gaulkan.

5. Percikkan dengan jus lemon dan gaulkan adunan

6. Hiris kecil lemon dan campurkan dalam perut tadi. Gaul rata

7. Masukkan air asam jawa dan gaulkan.

8. Masukkan gula. Gaulkan

9. Masukkan garam secukup rasa. Gaulkan

10. Masukkan cuka buah dan gaulkan.

11. Dah siap. Boleh makan gitu aje atau makan dengan nasi ke
SELAMAT MENCUBA


Apa itu aplikasi Path dan fungsinya ?


Assalamualaikum w. 





Hai. Sekarang dah juta orang runsing dengan apps terbaru nama dia Path. Apakah itu apps Path dan fungsi dia pulak apekebenda ea? Apehal tiba-tiba Path jadi trending dan memblurkan sekalian manusia di muka bumi ini? Apehal tiba-tiba semua kawan-kawan ada upload gambar berbackground cantik-cantik pastu di tengah-tengahnya ada lobang bulat dengan caption berbunyik " Find Me on Path" ? Apehal tiba-tiba gue dan kawan-kawan dapat noti mesej dalam Twitter ajak join Path bersama mereka. Apehal ni hah? *nada tak puas hati* Hahaha. 










Apehal nama kau Path hah?





Baiklah, sekarang anda tak perlu rasa blur lagi. Mari kita cerita sikit sebenarnya Path itu jenis apps yang macam mana . Secara ringkasnya berdasarkan kaji selidik gua melalui uncle Google, Path sebenarnya ialah apps untuk smartphone canggih engkau orang sebagai social networking kita lah sesama keluarga tercinta, sanak saudara, pakwe dan makwe yang dirindu setengah mati sangat tu , kawan-kawan ajak bergosip, jiran sebelah rumah, cikgu sejarah sekolah, dan lain-lain ( sila lah tambah sendiri tak lebih 10 perkataan).Path ni macam gabungan social networking yang famous amous yakni Facebook, Twitter, Foursquare, Tumblr dan Instagram dan Blog jugak! 





Yabedabedu! Dah setel hal pengenalan si Path. Ok sekarang gua terajin nak kasi tahu apakah ciri-ciri yang best pada Path ni, ohsem sangat ke, berbaloi ke nak didownload lalu diinstall dalam smartphone korang ? Tadaaa ! Inilah dia ciri dan fungsi yang ada dalam Path. Tadi cakap terajin kan, di sebaliknya gua juga termalas. Sebab itu lah gua main copy paste. Hikhik.





★
Pemesejan - hantar mesej kepada rakan anda dengan segera menggunakan teks,
stiker, suara, lokasi, media dan banyak lagi. 

★ The Shop - tambahkan keseronokan dengan
penapis premium untuk gambar dan stiker buatan tangan untuk pemesejan.*

★ Tangkap gambar dan gunakan Path yang
eksklusif, penapis dan ciri-ciri mengedit yang direka khas.*

★ Catatkan pemikiran anda, bila anda tidur
atau jaga, serta daftar masuk ke tempat-tempat bersama rakan anda. 

★ Kongsi muzik yang sedang anda dengar,
filem yang sedang anda tonton dan buku yang sedang anda baca. 

★ Berinteraksi dengan catatan rakan anda:
Senyum, ketawa, berkerut, atau raikan saat mereka. 

★ Catat silang saat terpilih di dalam
Facebook, Twitter, Tumblr dan Foursquare. 


★ Import foto, status dan daftar masuk anda
daripada Instagram, Facebook, dan Foursquare.




























Ok semoga dah selesai dah segala kekusutan pasal apps Path ni hah. Eh kita perati je tau awak ni Path tetiba nak trending, buat cuak je tahu? Hah apa tunggu lagi, cepatle download dan coba try test. Jangan risau di akhir entri ini tidak lah aku akan mengeluarkan ayat-ayat seperti ini "So, don't forget to find me on Path". Hihi. Kalau tak paham  dengan entri ni boleh terus pergi website Path untuk maklumat lanjut. Kalau korang ada info tambahan pasal si Path silalah sharing is caring. Jangan lupa tengok entri lain yang baru pasal trend warna 2013 Klik . Sekian, terima kasih. Bai :)