Showing posts with label Lauk Ayam. Show all posts
Showing posts with label Lauk Ayam. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Resipi Puyuh Masak Pedas Ceria

Bahan-bahannya
4 ekor burung puyuh
2 sudu serbuk kunyit
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji cili api
1 tangkai cili merah
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 cawan air tapis
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
1. Peram burung puyuh dengan serbuk kumyit dan 1 sudu besar garam. Kemudian goreng rendam (deep fry)

2. Di periuk berasingan, tumis cili merah, cili padi, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat.

3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.

4. Tuangkan satu cawan air, tunggu hingga mendidih.

5. Akhir sekali masukkan kicap manis sesudu. Kacau dan tutup api.

6. Kemudian tuangkan sos ke atas burung puyuh yang telah digoreng tadi.
SELAMAT MENCUBA

Friday, 15 November 2013

Resipi Ayam Katok Mok Ju

Resipi Ayam Katok Mok Ju ialah resipi ayam yang diketuk dan untuk diratah begitu sahaja. Makan dengan nasi pun best juga. Resipi ini datang dari terengganu dan bukan jelmaan resipi Ayam Uncle Bob malah lebih baik dari resipinya. Jom cuba!!!

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam
2 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan garam
1 biji telur ayam
pengetuk (kita guna lesung je)

Cara Menyediakannya:
1. Sediakan ayam. Ketuk ayam terlebih dahulu terutama sekali yang ada tulang seperti paha, kepak, dada. Kemudian taburkan serbuk lada hitam

2. Taburkan garam dan tepung gandum. Gaul sebati. Peram 10 minit.

3. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan gaul ayam tadi

4. Goreng tenggelam minyak (deep fry). Nak hasil goreng yang padu, tutuplah kuali.

5. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dan ketuk sekali lagi.

6. Siap dihidang bersama sambal belacan Mok Ju Ceria. Boleh dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, 29 September 2013

Resipi Ayam Goreng Ceria

Mencari resipi ayam goreng KFC mungkin susah, tetapi ceria resipi sedia membantu dengan Resipi Ayam Goreng Ceria. Jom jenguk kemudian boleh cilok untuk berniaga.

Bahan-bahannya.
1/2 kg daging ayam (peha, kepak, dada, tungking dan hati pedal semua boleh)
1 sudu kecil thymes
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu kecil paprika (atau serbuk lada)
1/2 cawan tepung gandum
sebiji telur

Cara menyediakannya:
1. Peramkan ayam dengan rempah ratus selama 5 minit.

2. Kemudian tabur tepung

3. Gaulkan dengan telur. Kemudian goreng tenggelam (deep fry).

4. Inilah hasilnya. Sedap tau, rugi tak cuba
SELAMAT MENCUBA

Friday, 2 August 2013

Resipi Ayam Masak Afrika Ceria

Bahan-bahannya:
Bahan peram
separuh ekor ayam
1/2 serbuk lada hitam
perahan jus lemon
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan goreng
rempah empat sekawan
5 batang cili api
3 biji bawang merah dimayang
3 biji bawang putih dimayang
10 biji lada hitam
1 inci halia dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
daun bawang
perahan jus lemon

Cara membuatnya:
1. Peramkan ayam dalam sejam

2. Sediakan bahan-bahan ini

3. Tumis rempah empat sekawan kemudian bila naik bau, masukkan bawang, halia, cili dan lada hitam

4. Masukkan ayam dan goreng

5. Dalam 5 minit, masukkan baki air peram ayam tadi. Terus goreng sampai ayam masak.

6. Masukkan daun bawang dan Perahkan jus lemon

7. Siap untuk dimakan
SELAMAT MENCUBA

Monday, 24 June 2013

Ayam Percik Merah Ceria

Bahan-bahannya:
Untuk peram ayam
6 ketul ayam (berapa ketul pun ikut suka tapi resepi ni bukan untuk lebih seekor ayam)
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar

Untuk kuah percik
-kisar-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar (atau 15 batang cili kering)
1/2 cawan air

-masak-
1 cawan santan pekat + 1 cawan air
1 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis, saya tak tambah)
1 keping asam gelugur (asam keping)
2 cm belacan
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
1. tumbuk bawang putih, bawang merah dan serai. Lumur pada ayam

2. Masukkan jintan putih dan serbuk ketumbar dan gaul. Peram dalam 20 minit

3. Ini barang untuk dikisar, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai

4. Masukkan cili kering atau cili kisar 3 sudu

5. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau

6. Masukkan asam gelugur dan tumis sehingga air kering dan kuah kental

7. Masukkan santan. Kita guna ayam brand yang warna biru, guna cuma 200ml je pastu bancuh dengan 100ml air

8. Masukkan 2 cm belacan

9. Masukkan garam, ajonomoto dan gula (opsyenal, kita tak bubuh sebab tak suka manis sangat)

10. Biarkan didih selama 20 minit dengan api kecil sehingga pecah minyak. Kacau setiap 5 minit, maknanya ada 4 kali kacau

11. Sementara tu goreng ayam yang telah diperam tadi dengan api kecil. Kalau tak nak goreng, bakar pun boleh :)

12. Disebabkan kita goreng, maka kita kena sejatkan ayam tu dengan tisu sampai minyak kering

13. Dah siap. Tuangkan kuah ke atas ayam tadi
SELAMAT MENCUBA

Saturday, 22 June 2013

Ayam Masak Kunyit

Bahan-bahannya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 cawan air tapis
6 ketul ayam
2 sudu kecil serbuk jintan putih
ajinomoto dan garam (atau cukup rasa)
minyak untuk menggoreng dan menumis
cili hijau untuk hiasan

Cara memasaknya:
1. Kisar bawang, lengkuas, halia, lengkuas dan kunyit dengan 1 cawan air tapis

2. Taburkan dan ratakan serbuk jintan putih bersama sesudu garam

3. Deep fry ayam kita sampai warna keemasan

4. Panaskan minyak dengan suhu sederhana dan tumis barang yang dikisar

5. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Kita masuk cukup rasa 2 sudu kecil

6. Apabila kuah dah kental, Masukkan ayam goreng

7. Taburkan lada hijau sebagai hiasan. Harumnya.... best!
SELAMAT MENCUBA


Wednesday, 19 June 2013

Resepi Rendang Ayam Kampung Ceria

Resepi Rendang Ayam Kampung dengan resepi kerisek kelapa, semuanya 'from scratch', tapi kalau malas boleh guna rempah segera je dan kerisek segera. Tapi posyen adabi dan baba mesti tak sama dengan kemahuan kita. Kerisek pun tak macam yang kita nak. Jadi... jom kita try buat macam nak menyambut hari raya zaman dulu. Best juga sesekali sekala.
Ayam yang disarankan ialah ayam kampung dan ayam hutan. Ini kerana, ia mempunyai isi yang liat, sesuai dengan tempoh masakan yang mencecah 30 minit.

Bahan-bahannya:

Resepi Kerisik Kelapa
dua genggam kelapa parut
kuali, blender dan lesung
Cara menyediakannya:
1. Goreng tanpa minyak kelapa parut

2. Sampailah coklat rata

3. Keluarkan dari kuali dan kisar dengan blender

4. Tumbuk dengan lesung sampai keluar minyak

5. Inilah kerisek kelapa original yang sebenar yang asli lagi puri, tak terjual di mana-mana pun, kena buat sendiri.

Resepi Rendang Ayam Kampung
1/2 ekor ayam kampung
4 sudu kerisek
2 keping asam gelugur
1 keping nisse (gula melaka)
rempah tumis 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
1 cawan santan pekat
2 batang serai dititik

Bahan Dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 tangkai cili padi
3 batang serai
2 biji buah keras
sehelai daun kunyit
2 helai daun limau purut
15 tangkai cili kering siap di rebus

Cara Memasaknya
1. Ini bahan untuk dikisar (bawang, lengkuas, cili padi, daun kunyit, daun limau purut dan serai)
 kita tak kisar cili kering sekali. Kisar asing-asing. Yang gambar asam keping tu, tak dikisar, entah macam mana boleh termasuk dalam gambar ni :p

2. Inilah bahannya, ayam kampung, bahan dikisar, cili kering dikisar, santan pekat secawan, kerisek, serai dititik, asam gelugur, nisse (gula melaka) dan garam serta ajinomoto secukup rasa.

3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana, masukkan rempah 4 sekawan. Jangan panas sangat api, nanti terpercik minyak kat perut

4. Masukkan bahan yang telah dikisar, gaul rata.

5. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sampai rata

6. Kemudian masukkan ayam. Kalau nak masukkan daging, jadilah rendang daging. Gaul sampai sebati

7. Masukkan serai yang dititik, gaul sebati

8. Masukkan nisse dan asam gelugur. Gaul sampai mendidih dan diyakini nissen hancur sepenuhnya. Nampak seakan-akan dah pecah minyak sikit

9. Tuang santan pekat. Santan cair tak mau ya.. Biarkan didih

10. Masukkan kerisek 4 sudu. Kacau sampai sebati

11. Masukkan ajinomoto dan garam. Kita guna dua sudu kecil 'cukup rasa' dan 1 sudu kecil garam. Masak sehingga 30 minit. Kalau guna ayam bandar, tak boleh masak lama, nanti ayam rapuh, 15 minit dah ok.

12. Inilah rendang ayam kampung ceria. Sedapnya..

Makan malam bersama lontong, resepi tengah hari tadi Kuah Lodeh (http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuah-lodeh-nasi-himpit-lontong.html) dan resepi sarapan pagi nasi kapit kuah kacang (http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuah-kacang-dan-sambal-kelapa.html). Macam hari raya la pula :)

SELAMAT MENCUBA