Thursday 7 November 2013

Resipi Sup Kambing Ceria

Sup Kambing ceria rasa arab, sungguh lazat berbanding masak sup cara melayu. Jadi apakah rempahnya? Ingat satu je, kombinasi rempah laham mandi iaitu:

Bahan-bahannya:
1 inci halia
4 biji buah pelaga
6 biji cengkih
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 helai daun salam (Bay Leave)

kemudian barulah tambahan berikut
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 batang kayu manis
1 biji buah keras
2 biji bawang merah
1 kg daging kambing

Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan herba, atau tumbuk, Kita tumbuk je

2. Di dalam minyak zaitun yang hangat dalam periuk, tumis semua bahan herba sekejap. Kemudian masukkan daging kambing.

3. Diikuti dengan air tapis. Rebus sehingga 45 minit.

4. Kemudian masukkan sayur campur (cendawan, tomato ceri, lada benggala). Ini pilihan ya, kalau nak dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi laham mandi, jangan letak sayur-sayuran ini.

5. Boleh dimakan selalu atau dijadikan sup untuk dimakan bersama laham mandi.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment