Tuesday, 26 November 2013

Resipi Mee Goreng Sempoi

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Goreng Sempoi. Resipi Mee Goreng Sempoi ni adalah antara menu lazat minum petang. Cubalah resipi masakan ini..  

Bahan-bahan:
400gm mee kuning
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb kicap
1 biji telur

Fish kek
1 cawan udang kertas - bersih dan toskan

Taugeh
Daun kucai
Daun sup untuk hiasan
Minyak

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Kacau seketika.
2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
3. Masukkan udang, fish kek dan pecahkan telur, masukkan mee dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan kacau seketika sebelum diangkat. Siap.

No comments:

Post a Comment