Thursday 14 November 2013

Resipi Katok Serai Ceria (Singgang Sotong)

Singgang sotong (Bahasa Terengganu) atau di dalam bahasa Kelantan ia dikenali sebagai katok serai, merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur. Mudah sahaja resipinya, jom cuba

Bahan-bahannya:
250 gram Sotong (lebih pun tak apa)
2 batang Serai diketuk
3 biji Bawang merah
3 biji cili api
3 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Serbuk lada hitam
2 batang Cili Merah
1 inci halia
1 liter air tapis

Cara menyediakannya
1. Sediakan semua bahan di atas. bawang dan halia dihiris, serai diketuk, Cili merah tak perlu ketuk/hiris

2. Rebus semua bahan yang telah dihiris/diketuk sehingga mendidih.

3. Masukkan lada hitam dan juga sotong yang telah dibersihkan. Rebus sehingga mendidih dan masak dalam 10 minit api sederhana

4. Siap untuk dimakan bersama nasi putih beras wangi.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment