Sunday, 26 May 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Merah (Malacca Style)

Bahan-bahan:
~ 1 biji bawang besar (kalau nak guna bawang merah, 5 biji ya) - blender
~ 2 ulas bawang putih - blender
~ 1 inci halia - blender
~ 1 inci lengkuas - blender
~ 5 batang cili api - blender
~ 1 batang serai (kecil halus) - blender
~ 1 sudu serbuk buah keras (dalam sebiji buah keras kalau nak blender)
~ 1 setengah sudu besar cili boh (guna cili kering pun boleh, dalam 5-7 batang)
~ 50ml air asam jawa pekat (dalam 5 biji asam jawa)
~1/2 inci belacan dilumat dalam air
~ 400ml air tapis
~ 2-3 ekor ikan, kita guna ikan merah. Ikan pari pun best
~ 3 sudu cukup rasa (atau dua cubit ajinomoto dan 3 cubit garam secukup rasa)
~ sehelai daun kunyit dan secekak daun kesum

Bahan hiasan
~ 3 batang bendi
~ 5 tangkai daun kesum
~ 1 biji terung
~ tomato

Cara-caranya:
1. Siat semua kulit bahan blender tadi ni dan potong halus sebab nak blend.

2. Standby barang ni sekali

3. Masukkan semua bahan yang nak blend ke dalam blender. Tuang 100ml air belacan

4. Masukkan 1 setengah sudu cili boh. Ape lagi, kita blend sampai lumat lah

5. Panaskan minyak, masukkan bahan dalam blender tadi. Tumis ala kadar dalam 2 minit.

6. Baki air (300ml) tadi digunakan untuk mencuci blender. Airnya dituang ke dalam periuk kita tadi.

7. Masukkan air asam jawa pula

8. Masukkan serbuk buah keras dan 3 sudu cukup rasa. Biarkan didih dengan api sederhana selama 3 minit.

9. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan ikan. Kita didihkan ikan selama 8 minit. Bergantung jenis ikan, kalau ikan merah ni, 8 minit. Ikan pari tengok isi, isi tebal dalam 8 minit juga.

10. Dah siap dan boleh hidang untuk makan tengah hari atau tengah malam buta pun boleh
-serve hot-
SELAMAT MENCUBA..

Resepi Nasi Lemak Manchester City

Bahan-bahan:
Resipi Nasi Lemak Kukus:
~ 2 cawan beras
~ 3 cawan santan atau alternatifnya susu
~ 1 camca kecil cukup rasa (atau satu sudu kecil garam dan secubit ajinomoto)
~ Hirisan sebiji bawang putih
~ Hirisan 1cm halia
~ 1 sudu makan halba

Resipi Sambal Nasi Lemak:
~ 2 sudu Cili boh (guna cili kering pun boleh, 5 batang) -blender
~ Sebiji bawang besar -blender
~ Sebiji bawang merah -blender
~ Dua biji bawang putih -blender
~ suku cawan air tapis -blender
~ 1 keping asam keping
~ 1 sudu cukup rasa
~ 1-2 senduk ikan bilis
~ 4 ketul ayam
~ 3 biji cili padi
~ 2 senduk minyak zaitun untuk menggoreng (minyak sawit pun best apa)

Hiasan:
~ Telur goreng
~ Kubis
~ Mentimun
dan apa sahaja yang boleh muat perut

Cara-cara Memasak Sambal Nasi Lemak:
1. Bawang putih, bawang besar dan bawang merah dihiris dulu.

2. Masukkan cili boh (atau lada kering) dan juga bawang-bawang tadi di dalam pengisar (blender)

3. Masukkan air tapis suku cawan. Lepas tu kisar sampai lumat. Siap..

4. Masukkan minyak zaitun dalam kuali, goreng ikan bilis kita sekejap. Kalau nak guna minyak sawit, pastikan guna yang second hand (minyak baki goreng cokodok/ikan/ayam) punya sebab kalau kita goreng ikan bilis ni, nak kena guna api besar. Kalau minyak baru, gerenti hangit. 

5. Lepas tu masukkan hirisan ayam. Goreng dalam 5 minit atau sampai ikan bilis keemasan

6. Tuangkan sambal blender kita tadi. Kacau sekejap

7. Masukkan asam keping. Kacau sekejap

8. Secukup rasa sesudu kecil (atau secubit garam dan secubit ajinomoto). Kacau sekejap

9. Masukkan cili api. Kacau sambal sehingga naik bau atau sehingga naik minyak lebih kurang 5 minit, atau sehingga kering (kalau suka sambal kering)

Resipi Nasi Lemak Kukus

1. Sediakan bahan-bahannya

2. Bersihkan beras, kemudian tuangkan santan

3. Masukkan daun pandan
4. Masukkan halba

6. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan bawang

7. Perasakan dengan garam. Kukus dalam 1/3 jam dengan air yang mendidih atau masak nasi seperti biasa dengan dapur elektrik atau dapur arang kayu.

Cadangan hiasan. 
SELAMAT MENCUBA
Nampak simple tapi best, sebabnya inilah kombinasi sambal yang kita mahukan. Bukan main campak je :p

ResipiMasakanKini - Tempe Goreng

Bahan-bahan:
3 keping tempe yang besar
2 ulas bawang putih dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng.

Cara menyediakan:
1. Tempe dipotong memanjang dan dibelah dua setiap potongan. Kemudian digaulkan dengan bawang putih, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, ketumbar, garam dan sedikit air. Perap selama 1/2-1 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan dihidangkan.

Saturday, 25 May 2013

Resepi Bayam Goreng Basah

Bahan-bahan
~ Seikat bayam
~ Sejemput ikan bilis halus
~ 2 ulas Bawang putih
~ 1 ulas bawang merah
~ 2 biji cili api
~ sesudu Sos Tiram
~ sesudu secukup rasa (atau garam secubit, ajinomoto secubit)
~ 1/4 gelas air tapis

Cara-cara

1. Potong dadu bawang dan kerat cili padi

2. Bersihkan ikan bilis
3. Tumis bawang dan cili

4. Lepas tu goreng ikan bilis dengan api sederhana

5. Bila ikan bilis dah warna emas sikit, masukkan sos tiram

6. Masukkan sayur bayam kita

7. Tuang air

8. Alih sikit bayam, masukkan cukup rasa (atau garam secubit, ajinomoto secubit)

9. Gaul sayur kita macam ni..

10. Hidang panas bersama masak lemak cili api. Best!
SELAMAT MENCUBA


Resepi Nangka Goreng Ceria (Cheer Jack fruit Fried)

Nangka yang dibeli di supermarket mungkin sedap sebab manis-manis. Tapi masalahnya lepas 2-3 hari dalam peti ais, jadi masam sebab nanka tu terlampau masak. Selamatkan nangkamu itu....

Bahan-bahan:
~ Beberapa isi nangka tanpa biji
~ 5-7 sudu besar Air tapis
~ 5 sudu besar Tepung gandum
~ Secubit garam
~ Sesudu besar gula

Cara-cara
1. Bancuh tepung, gula, garam dengan air, jangan terlampau cair ya sayang..
Lepas tu golekkan nangka kita yang hampir nak masam tu. Tapi kalau tak ada nangka masam, nangka manis pun boleh

2. Goreng deep fry sampai keemasan

3. Nah selesai sudah. Tak lama, dalam 10 minit dah boleh melantak. Best kalau dihidang bila dah kurang panas, sebab nanti meletup lidah.
SELAMAT MENCUBA

Resepi Ikan Celup Tepung Roti (Breadcrumb Fried Fish)

Bahan-bahan:
~ 5 sudu breadcrumbs (atau boleh guna serbuk roti kering)
~ 5 sudu tepung gandum
~ Sebiji telur ayam
~ Ikan apa-apa je, ikan merah ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan selar ke, ikan tuna ke. Kalau guna ikan tuna, boleh jadi fish n chips la pula
~ Serbuk lada putih @ serbuk lada hitam
~ Serbuk jintan manis
~ Minyak untuk menggoreng
~ Beberapa cubit garam

Cara-cara:

1. pecahkan telur dan pukul telur kita

2. Dalam pinggan yang lain, masukkan tepung gandum dan renjis serbuk lada putih/hitam lebih kurang 1 sudu besar

3. Dalam pinggan berasingan, masukkan serbuk roti/breadcrumbs dan gaul bersama sesudu besar jintan putih
4. Inilah ikan kitanya

5. Langkah pertama golekkan ikan dalam tepung

6. Langkah kedua, golekkan ikan yang dah bertepung tu ke dalam telur

7. Langkah ketiga, golekkan ikan yang sudah bersalut tepung tadi ke dalam breadcrumbs/serbuk roti

8. Goreng deep fry

9. Renjis garam pada ikan kita.

10. Ini hasil ikan selar tadi.
SELAMAT MENCUBA.. bestnya makan begitu sahaja atau makan dengan nasi atau dengan chips