Saturday, 16 March 2013
Resepi laici kang rumpai laut
1 tin laici
Sepeket biji selasih ( direndam)
7-10 biji kembang semangkuk (direndam biar kembang)
20gram rumpai laut kering (basuh bersih & rendam selama 3 jam) 1/2 cawan gula melaka (dimasak & biarkan sejuk seketika)
Cincau dipotong dadu
Cara cara:
Potong rumpai laut yg telah direndam
Tuangkan gula melaka yg telah sejuk ke dlm jug bsama sedikit air laici ( dlm tin)
Tambah sedikit air masak jika perlu ( ikut kesesuaian kemanisan) Masukkan semua bahan2 yg lain
Kacau & tambahkan ais.
Siap utk diminum....bagus utk kulit kerana rumpai laut mengandungi kolagen.
Juga baik utk menyejukkan badan.
Selamat mencuba!
anda mungkin nak cuba Resepi Kerabu Rumpai Laut (Resepi Kolagen), klik di http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/03/kerabu-rumpai-laut-resepi-kolagen.html
Resepi Kerabu Rumpai Laut (Resepi Kolagen)
Rumpai laut sangat glemer, tapi nak buat masker macam geli je. Jadi jom kita buat kerabu. Rumpai laut ada tiga gred, gred A kaler putih, gred AAA kaler purple dan gred AAAA kaler hijau. Gred 4A tu kurang hanyir.
KERABU RUMPAI LAUT
Penyediaan;
Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)
Cara-cara
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.
ULAM RUMPAI LAUT
Rumpai laut juga sedap dimakan dengan budu pecah dengan lada dan hirisan serai.
atau juga cicah dengan air asam jawa berlada
Selamat mencuba

Ikan talapia masak tu'op (resepi banjar)
2ekor ikan talapia hitam
-bersihkan dan potong dua
2batang serai dititik
-susun dlm periuk bersama ikan
Bahan bumbu:-
2 sudu besar kelapa parut
2 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
2 biji cili padi (kalau suka pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Setengah cawan air asam jawa
3 cawan air
cara-cara
-kisar semua bahan bumbu sampai halus, kemudian tuangkan kuah atas ikan
-tutup periuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 10minit(hingga ikan masak)
-sedia dihidang bersama nasi dan ikan goreng
Asam pedas tempoyak ikan merah
resepi sedikit ringkas
Bahan2;-
Seekor Ikan merah yg telah di potong
(Bersihkan )-gaul dgn asam jawa skit..passtu perap sjap kmudia bersikan)
Sebiji bwg besar hiris
3 senduk Cili kering yg telah dikisar bersama bwg merah bwg putih n halia(nak lgi pedas blih tambah )
Daun kesum ,.. Daun limau purut
3 bji Tomato dibelah
Air perahan jus asam jawa
Sesenduk tempoyak
Sesudu besar serbuk Kari
Gula garam seckup rasa
Cara2;
Tumis cili kisar hingga pecah Minyak masukkan serbuk kari bwg hiris Dan kacau
masukkan daun kesum n dn limau purut
Masukkan jus asam jawa kacau
masukan tempoyak dan semangkuk dua air kacau (tambah air jika nk kuah byk)
masukkan ikan kacau perlahan
masukan juga tomato sebati kan rasa gulai ,..
Bila sudah mndidih ttup API
Kek Lumut
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum + 1 cawan horlicks + 1/2 cawan nestum kisar (optional, suka hati)
3.4 cawan gula
250 gram butter
4 biji telur gred A
1 sb Pandan Paste
4 sb Serikaya
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum + 1 cawan horlicks + 1/2 cawan nestum kisar (optional, suka hati)
3.4 cawan gula
250 gram butter
4 biji telur gred A
1 sb Pandan Paste
4 sb Serikaya
1/4 cawan susu pekat
cara-cara
pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang
Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan
masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste dan pukul setiap campuran.
Masukkan tepung campuran horlicks
Tuangkan ke dalam tin atau loyang yang di lapik dan di gris
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 2 jam dengan api sederhana. 1 jam pun ok, janji masak

Brownies Coklat Cheese Nutella
Resepi Brownies :
1 cawan mentega
2 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan cocoa powder
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 cawan tepung
1 cawan roasted badam / hazelnut
Resepi Cheesecake:
125g Cream cheese
60 g mentega
1/2 cwn gula halus
1 biji telur
1 cawan tepung
1camca jus lemon
1/4 cawan susu segar
Topping:
1 cawan roasted badam / hazelnut
1 botol kecil nutella
coklat cair
cara (brownies):
pukul mentega + gula hingga kembang, masukkan telur, garam + baking powder, pukul rata, masukkn cocoa dan tepung, gaul rata, masukkan badam gaul kejap2 je pakai spatula
griskan loyang 8x8, alas kertas dan bakar 40 minit, 180 darjah celcius/ shgga masak
cara (cheesecake):
pukul Cream cheese + butter + gula halus.... sehingga kembang.. kemudian telur satu persatu.... masukkan tepung + jus lemon dan susu segar.......
guna kaedah double boil utk bakar,loyang 8x8, suhu 160 darjah celcius, smpai masak (cucuk lidi x lekat kat lidi)
++ bakar cheesecake & brownies berasingan
Penyediaan:
-lepas sejuk keluarkan brownies & cheesecake dari loyang.. sapu nutella atas brownies, letakkan lapisan cheesecake atasnya, sapukan lagi nutella atas cheesecake, tabur kacang & coklat chip, lukiskan lagi dengan coklat cair melintang2 utk hiasan...
Selamat mencube..!

BAWAL KUKUS LEMON
Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan bawal,siakap@kerapu saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan,dan lumurkan dengan sedikit minyak bijan,garam dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan ke dalam air periuk kukusan tadi.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan sehingga masak.
6. masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos air kukusan dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)