Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Resipi Air Soya Ceria

Resipi Air Soya Ceria Buatan Rumah (Homemade Soy) semudah ABC. Lagi sedap berbanding dibeli di kedai, fresh tanpa pengawet. Lebih sedap dari produk ESP Shaklee. Kemanisan mengikut citarasa sendiri. Ingat rahsia nenek moyang, 100 gram kacang soya mampu menghasilkan 1 liter air yang sedap. Bayangkan kalau nak berniaga, mereka mesti bubuh air 2 liter atau lebih bagi setiap 100 gram. Jom cuba..

Bahan-bahannya:
200 gram kacang soya
2 liter air suam
50 gram gula
100 ml air gula melaka (dihasilkan dari 2 kerek manisan)

Cara menyediakannya:
1. Rendam kacang soya semalaman atau paling cepat 4 jam.

2. Kacang soya akan membengkak. Buang kulit (kalau rajin) dan salin air hingga kacang soya bersih.

3. Masukkan kesemua kacang soya dalam pengisar

4. Kisar semua 200 gram kacang soya dengan 500ml air suam.

5. Tuang dalam periuk panas. Baki 1.5 liter dituang dalam bekas pengisar untuk menadahkan baki sisa soya dan tuangkan ke dalam periuk tadi.

6. Jika hampir mendidih, tuangkan gula

7. Kemudian tuangkan air manisan. Ini pilihan tau, kalau tak bubuh pun tak apa, tapi gula kasi lebih sikitlah. Bila mendidih, angkat dan sejukkan.

8. Cara sejuk pantas ialah, dengan merendamkan periuk ke dalam basin yang berisi air sejuk. Pusingkan periuk selama 5 minit. Salin air lagi dan pusingkan periuk 5 minit.

9. Tuang air kacang soya pada kain kasa/kain kapas. Ini kaedah penapis gaya nenek moyang.

10. Ini baki kacang soya. Kalau rasa air ni masih suam, abaikan perah. Tapi kalau nak perah juga, boleh juga

11. Perah dengan perlahan dan berhati-hati sebab ianya panas suam. Tekan dengan senduk plastik kalau tak tahan panas hehehe..

12. Siap dihidangkan sama ada suam atau pun dengan air batu.
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 9 October 2013

Resipi Sirap 3 Lapis (3 Layer) dan Teh Cinta

Resipi Sirap 3 Lapis (3 Layer Rose Syrup) dan Teh Cinta (3 layer Tea) dan tak lupa juga resipi ini juga boleh diaplikasikan dengan kopi. Cara membuatnya senang tetapi ramai tidak tahu, jom jenguk..

Bahan-bahan:
300 ml Pati gula melaka/nissan (cara nak menghasilkannya, rebuslah 5 kerek gula melaka ke dalam 300ml air tapis. Kemudian sejukkan)
1 tin Susu cair
Pati teh/Pati Sirap Ros/Pati Kopi (Bancuh dengan air panas kemudian sejukkan_.
Ais

Cara membuatnya:
1. Tuangkan gula melaka terlebih dahulu. Kemudian isi ais memenuhi gelas

2. Tuangkan susu cair dengan perlahan ke atas ais

3. Kemudian diikuti sirap/teh/kopi. Beginilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, 24 September 2013

Resipi Lai Chi Kang Ceria

Resipi Lai Chi Kang Ceria menawarkan resipi yang sangat best sekali, seunggul lai chi kang restoren kahfi Wakaf Bharu dan Restoren Kahfi 2. Jom kita memcuba:

Bahan-bahannya:
400ml air panas mendidih 100 darjah celcius
8 biji kembang semangkuk
3 biji getah anggur
10 batang gula kundur
5 sudu barli siap direbus
1 tin mata kucing/sirap longan
1 kerek gula melaka
3 sudu cincau siap dihiris
buah-buahan untuk hiasan

Cara membuatnya:
1. Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas

2. Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Kita guna strawberi dengan rambutan

3. Satukan semua bahan dan buah

4. Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan

5. Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais.
RESIPI INI DARI KELANTAN, 
boleh cilok resipi ini untuk bisnes
SELAMAT MENCUBA

Thursday, 19 September 2013

Resipi Membuat Cendol Pandan

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Membuat Cendol Pandan Sedap. Resipi Membuat Cendol Pandan Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4-5 Orang

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur

Sedikit perwarna hijau

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.   

4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara membuat air cendol:
1. 1 cawan kacang merah rendam semalaman, selepas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
2. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
3. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
4. Untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung.

Sunday, 8 September 2013

Resipi Coconut Shake

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Coconut Shake. Resipi Coconut Shake ni adalah antara minuman yang menyegarkan selepas makan tengahari. Cubalah Resipi ini.. 
 

Penyediaan: 15 Minit | Jumlah Hidangan: 1-2 Orang


Bahan-bahannya:
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda

1 scoop ais krim vanila
sedikit air batu

Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. 
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang.

Sunday, 28 July 2013

Resipi Cendol Ceria

Bahan-bahannya:
1 peket cendol
400ml santan
6 sudu besar gula merah (yang kurang manis)
1 biji gula melaka (satu inci)

hiasan:
pulut
jagung manis dalam tin
kacang
rumpai laut
dan lain-lain

Cara menyediakannya:
1. Panaskan santan

2. Bila nak dekat didih, masukkan gula merah

3. Kemudian masukkan gula melaka. Bila dah didih, sejukkan kuah dalam peti ais

4. Sediakan cendol dan bahan hiasan

5. Tuangkan santan yang telah kita masak tadi. Hmmm... best
SELAMAT MENCUBA

Friday, 12 July 2013

Jus Avocado

Bahan-bahan: ( 3 - 4 gelas ) 
1 biji buah avocado yang masak ranum  
1 cawan susu segar 
2 sudu besar susu pekat  
Ais


Cara menyediakan:
1.  Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender.
2. Masukkan susu segar dan susu pekat.
3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.
4. Masukkan ais dan siap untuk dihidang.

Wednesday, 10 July 2013

Air Kausar

Bahan-bahan:
2 cawan gula
6 butir getah anggur - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
1 sudu besar biji selasih - direndam dalam air panas hingga ia mengembang.
100 gm kismis
1 tin susu cair (sejat) - (410 g)
10 cawan air
1 sudu teh essen pisang

Cara menyediakan:
1) Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
2) Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kambang semangkuk, kismis dan biji selasih. Tuangkan air gula, air susu dan essen pisang. Dikacau rata.
3) Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

Friday, 14 June 2013

Jus Durian Belanda

Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan:
1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon


Cara meyediakan:
1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.

Saturday, 16 March 2013

Resepi laici kang rumpai laut


1 tin laici
Sepeket biji selasih ( direndam)
7-10 biji kembang semangkuk (direndam biar kembang)
20gram rumpai laut kering (basuh bersih & rendam selama 3 jam) 1/2 cawan gula melaka (dimasak & biarkan sejuk seketika)
Cincau dipotong dadu

Cara cara:
Potong rumpai laut yg telah direndam
Tuangkan gula melaka yg telah sejuk ke dlm jug bsama sedikit air laici ( dlm tin)
Tambah sedikit air masak jika perlu ( ikut kesesuaian kemanisan) Masukkan semua bahan2 yg lain
Kacau & tambahkan ais.
Siap utk diminum....bagus utk kulit kerana rumpai laut mengandungi kolagen.
Juga baik utk menyejukkan badan.
Selamat mencuba!

anda mungkin nak cuba Resepi Kerabu Rumpai Laut (Resepi Kolagen), klik di http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/03/kerabu-rumpai-laut-resepi-kolagen.html

Friday, 8 June 2012

ResipiMasakanKini - Teh Adani

Bahan-bahan:
1 btg kayu manis, pecah
3 hijau buah pelaga (sedikit dikupas)
5 ulas bunga cengkih
1/4 sudu teh halia
3/4 cawan susu
3/4 cawan air
1 sudu teh serbuk teh
Gula secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Campur semua bahan-bahan, susu dan air periuk sederhana, tutup dengan tudung. Letak di atas dapur pada api sederhana.
2. Apabila campuran susu hampir mendidih tambah gula dan teh dan kacau pelahan-lahan.
3. Setelah mendidih biarkan selama 1-2 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, 1 June 2012

ResipiMasakanKini - Teh Masala

Bahan-bahan:
4 cawan air
2 bunga lawang
1/2 sudu makan buah pelaga
12 bunga cengkih
2 kulit kayu manis
1 inci halia besar, didadu
1/2 sudu teh lada hitam [ditumbuk]
2 daun bay
8 uncang teh hitam
4 cawan susu panas
1/4 cawan madu atau gula perang  

Cara menyediakan:
1. Campurkan semua bahan kecuali susu dan pemanis, dan rebus selama 10 minit.
2. Kemudian, tambah susu panas dan madu/gula perang dan biarkan seketika dengan api kecil.
3. Sedia dihidangkan untuk 8 cawan.

Saturday, 8 January 2011

Resipi Coconut shake (5 resipi berbeza)

Bahan-bahannya
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim
sedikit air batu

atau bahan-bahan kaedah kedua
1 litter air kelapa muda
1 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
2 tin air 'ice-cream soda'
ais secukupnye

atau bahan-bahan kaedah ketiga
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila

atau bahan-bahan kaedah keempat
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

atau bahan-bahan kaedah kelima bersama buah nenas
1/2 cawan santan
1 cawan jus Nanas (atau boleh guna pisang, epal, durian dll)
1 cawan susu segar (jika guna susu pekat, x perlu masuk gula lagi)
5 oz ais krim Vanilla
beberapa potongan Nanas (atau boleh guna pisang, epal, durian dll)
2 sudu teh segar kelapa parut
Gula (terpulang nak letak ataau tidak)


Cara-cara
masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.
Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang

Tuesday, 17 August 2010

Resepi Sirap Bandung Cincau

Bahan-bahan (untuk seorang):
Air (anggaran)
Satu sudu cincau
Dua sudu susu cair
Satu sudu sirap ros
Ketul kiub ais.

Cara menyediakan:
1. Masukkan satu sudu sirap ros kedalam gelas, tambahkan dengan air.
2. Gaul sebati kemudian masukkan susu cair dan satu sudu cincau.
3. Setelah itu masukkan beberapa ketul kiub ais dan dihidangkan.

Cadangan:
Boleh ditambah sedikit air aiskrim soda/sprit/7up.