Thursday, 10 October 2013

Resipi Air Soya Ceria

Resipi Air Soya Ceria Buatan Rumah (Homemade Soy) semudah ABC. Lagi sedap berbanding dibeli di kedai, fresh tanpa pengawet. Lebih sedap dari produk ESP Shaklee. Kemanisan mengikut citarasa sendiri. Ingat rahsia nenek moyang, 100 gram kacang soya mampu menghasilkan 1 liter air yang sedap. Bayangkan kalau nak berniaga, mereka mesti bubuh air 2 liter atau lebih bagi setiap 100 gram. Jom cuba..

Bahan-bahannya:
200 gram kacang soya
2 liter air suam
50 gram gula
100 ml air gula melaka (dihasilkan dari 2 kerek manisan)

Cara menyediakannya:
1. Rendam kacang soya semalaman atau paling cepat 4 jam.

2. Kacang soya akan membengkak. Buang kulit (kalau rajin) dan salin air hingga kacang soya bersih.

3. Masukkan kesemua kacang soya dalam pengisar

4. Kisar semua 200 gram kacang soya dengan 500ml air suam.

5. Tuang dalam periuk panas. Baki 1.5 liter dituang dalam bekas pengisar untuk menadahkan baki sisa soya dan tuangkan ke dalam periuk tadi.

6. Jika hampir mendidih, tuangkan gula

7. Kemudian tuangkan air manisan. Ini pilihan tau, kalau tak bubuh pun tak apa, tapi gula kasi lebih sikitlah. Bila mendidih, angkat dan sejukkan.

8. Cara sejuk pantas ialah, dengan merendamkan periuk ke dalam basin yang berisi air sejuk. Pusingkan periuk selama 5 minit. Salin air lagi dan pusingkan periuk 5 minit.

9. Tuang air kacang soya pada kain kasa/kain kapas. Ini kaedah penapis gaya nenek moyang.

10. Ini baki kacang soya. Kalau rasa air ni masih suam, abaikan perah. Tapi kalau nak perah juga, boleh juga

11. Perah dengan perlahan dan berhati-hati sebab ianya panas suam. Tekan dengan senduk plastik kalau tak tahan panas hehehe..

12. Siap dihidangkan sama ada suam atau pun dengan air batu.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment