Friday, 3 September 2010

Solok Lada

Bahan2

10 biji Lada solok, belah buang biji tp jangan putus - rendam dlm air kelapa, kemudian toskan
1/2 cawan santan pekat
bebrapa batang kacang panjang, dipotong2 utk alas dasar periuk

Bahan isi
2-3 ekor ikan selayang, ambil isi (mentah) atau secukup kegunaan
1/4 biji kelapa parut (nyor muda) atau secukup keguna...an
secubit garam
5 biji bawang merah, sedikit halia dan bebrapa biji lada hitam (anggaran sendiri)
1 sudu kecil kerisik
1 sudu kecil air asam jawa
garam gula secukup rasa



Cara-cara:-
Mula-mula tumbuk bawang merah, halia, lada hitam sampai lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sampai sebati, masukkan garam gula secukup rasa. Gaulkan dengan kelapa parut, tambah air asam jawa. Sesuaikan rasa.. Adunan jgn terlalu lembik dan jangan terlalu kering. Sumbatkan ke dalam lada solok. Alas dasar periuk dengan kacang panjang, susunkan lada solok tadi. Siramkan santan pekat dan tutup periuk. Jerang atas api hingga mendidih, kemudian kecilkan api. Masak smpai

Putu Halba

bahan-bahan

2 cawan ubi kayu - siap diparut halus dan diperah airnya sampai kering,biar berderai
1 sudu teh halba
gula merah (nnisang) - diracik halus
kelapa parut-dicampur sedikit garam



cara-cara

1.Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba
2.masukkan ubi kayu tadi ke dalam piring kecil ( acuan ) - guna tutup teko basuh tangan tu pn boleh
3.Letakkan sedikit nnisang
4.Taburkan sedikit ubi kayu di atas nnisang supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
5.Letakkan kain kasa (maslin) diatas piring ubi.
6.Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain.
7.Angkat dan isikan ke dalam pengukus.
8.Ulang sehingga habis
9.Bila masak, gunakan kain untuk mengangkat putu.

Sedia untuk dimakan bersama2 kelapa parut tadi.

Thursday, 2 September 2010

Apam Tapai Bakar

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 300 gram tepung beras
* 125 gram gula pasir
* 1/4 sdt garam
* 2 sdt yis segera
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 ulas bawang merah(di mayang halus)
* 1/2 inci halia (dimayang halus)
* 250ml santan/susu segar
* 250ml air
* 4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
* Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)


Cara-cara

1. Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan
2. Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
3. Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
4. Dihidang bersama kelapa parut.
5. kak wan guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya

Nasi Himpit Sambal Kelapa

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa



Cara:

1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Samosa

Samosa Daging

Bahan-bahan ( 5 orang )

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng

INTI

Sediakan Inti:
Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas


English Version

Vegetable Samosa Filling

1 Potato finely diced (5 to 10 mill cubes)
1 carrot finely diced - as above
2 cloves of crushed garlic.
1 Onion finely chopped
1 Cup of frozen peas
1 tblspn vegetable oil
2 tspn curry powder or your own spices according to taste
Salt, Pepper to taste.
100ml of vegetable stock.
Heat the oil in a frying pan, add the onion and garlic, mix in the spices and fry until soft. Add the vegetables, seasoning and stir well until coated. Add the stock, cover and simmer for 30 minutes until cooked.

Lamb Samosa Filling

500g minced lamb
1 onion
2 cloves of garlic crushed
1teaspon curry powder
½ easpon chilli powder
1 teasmon ground tumeric
½ teaspon gorund roasted cumin seeds
1 fresh chilli finaly diced
1 tspn chopped mint or corriander
½ tspn fresh grated ginger
salt and ground pepper to taste
juice of half a lemon

Heat the oil in a frying pan, add the onion and garlic mix in the spices and seasoning and fry until soft. Add the mince, stirring until cooked. Remove from heat and stir in the mint and lemon juice.

Beef Samosa Filling

500g minced beef
1 onion
2 cloves garlic
Chilli to taste
1 tspn ground Tumeric
1 tspn ground Corriander
2 tspn fresh Ginger
50 ml chopped mint
Juice of 1 lemon
2tblspn vegetable oil
Salt, pepper to taste
Heat the oil in a frying pan, add the onion and garlic mix in the spices and seasoning and fry until soft. Add the mince, stirring until cooked. Remove from heat and stir in the mint and lemon juice.

Chicken Samosa Filling

500g minced Chicken
1 onion
2 cloves of garlic crushed
1teaspon curry powder
½ easpon chilli powder
1 teasmon ground tumeric
½ teaspon gorund roasted cumin seeds
1 fresh chilli finaly diced
1 tspn chopped mint or corriander
½ tspn fresh grated ginger
salt and ground pepper to taste
juice of half a lemon

Heat the oil in a frying pan, add the onion and garlic mix in the spices and seasoning and fry until soft. Add the mince, stirring until cooked. Remove from heat and stir in the mint and lemon juice.

Wednesday, 1 September 2010

Resepi Biskut Mazola

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
250 gm kacang tanah - kisar halus
125 gm gula - kisar halus
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh essence vanilla
1 botol kecil minyak mazola/secukupnya
Kuning telur

Cara menyediakan:
1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Kek Batik cokelat

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cwn air
3/4 cawan gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rasa cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rasa yang agak mild, guna 1 cawan milo + 1/2 cwn koko



Cara-cara

patah2kan biskut dalam periuk,
campurkan koko, milo, air,gula.
Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api,
masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).
padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.
kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalau nak byk cokelat guna sikit ajer...)
masukkan dlm loyang..
tekan2 sket bg padat.
simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang