Showing posts with label Lauk Udang. Show all posts
Showing posts with label Lauk Udang. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Resipi Udang Galah Goreng Ceria

Resipi Udang Galah Goreng Ceria, kombinasi bahan ini sangat melazatkan. Cubalah kalau tidak percaya.

Bahan-bahannya:
10 ekor Udang galah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/3 sudu kecil jintan manis
secubit garam
1/3 sudu kecil thymes
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil parsley
2 sudu besar mentega atau marjerin

Cara menyediakannya
1. Peramkan udang galah dengan semua bahan kecuali mentega dan parsley

2. Panaskan mentega/marjerin. Goreng dengan api perlahan

3. Balikkan udang jika dan keemasan. Selepas itu taburkan parsley ke atas udang. Bila udang sudah masak, balikkan sekali lagi untuk tabur parsley di bahagian sebelahnya pula

4. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi
SELAMAT MENCUBA


Friday, 28 June 2013

Resipi Udang Masak Mentega (Resepi Butter Prawn)

Hari tu makan butter prawn, punyalah gedabak mahal sampai RM20, udangnya sikit. Tak puas hati sebab anak pun minat juga butter prawn, maka kali ini kita balas dendam pula.
Banyak sikit dapat makan udang hehehe.. dua kali lunch makan butter prawn, puas hati. Nak tiru resepi ni, ambillah.. tak ada hak cipta sebab nanti jadi najis juga kan?? hehehe

Bahan-bahannya
15-20 ekor udang
3 biji telur
1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh)
3 helai daun kari
1 batang daun sup
1 batang cili hijau
2 sudu kecil serbuk lada hitan
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam dan ajinomoto

Cara membuatnya:
1. Asingkan telur yang kuning dan putih di dalam bekas yang berbeza.

2. Tuang putih telur ke atas udang

3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Gaulkan

4. Masukkan cili hijau dan gaulkan

5. Masukkan sesudu lada putih dan sesudu lada hitam dan gaulkan

6. Masukkan daun sup dan daun kari. Gaul rata

7. Masukkan 1/4 buku butter ke dalam kuali. Goreng udang

8. Goreng udang sampai udang tukar kaler oren

9. Angkat dan toskan udang itu. Biar dia duduk dalam tos tu

10. Untuk kuning telur, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta sesudu lada hitam. Pukul kuning telur sampai kembang

11. Masukkan baki butter tadi semua ke dalam kuali panas. Tunggu sampai butter panas, cair dan berbuih. Jangan kedekut mentega tau, nanti tak jadi. Biar dia banjir. Ni guna 3/4 buku mentega. 

12. Kemudian kita buat aksi macam teh tarik. Tarik kuning telur tinggi-tinggi kelapa bali. Sambil tu, putarkan sudip tu laju-laju (100km/j pun ok, tapi jangan sampai tumpah). Tuang sikit-sikit tapi jangan putus pula, macam teh tarik. Lebih kurang 30 saat juga aksi ni

13. Teruskan memutar telur dengan sudip walaupun telur dah habis ditarik. Oh lupa nak bagitau, api sederhana ni tau

14. Sampailah naik buih. Rileks dulu, putar lagi sampai kita nampak macam ada benda halus loncat-loncat.

15. Lepas itu angkat kuali dan tuangkan adunan tadi ke atas udang

16. Toskan dan biar minyak tu disejat ke bawah. 

17. Jadilah udang masak mentega. Best tau
SELAMAT MENCUBA

Saturday, 1 December 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.

Resipi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang

1 kg udang dibuang kulit (resipi asal menggunakan daging salai)
1 helai daun kunyit, di hiris
100 gm bawang merah (dikisar halus)
50 gm bawang putih (dikisar halus)
40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
60 gm cili padi (dikisar halus)
3 batang serai (dititik)
500 gm tempoyak
1 kg santan
250 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pcah.
Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, 12 September 2010

Sambal Udang

Bahan-Bahan

500 gm udang (pilih yg besar sedikit)-dibersihkan

4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air (jika perlu)

2 biji bawang besar (dihiris gegelang/rings)
2 ulas bawang putih (dicincang)

4-5 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
½ sudu teh rempah tumis ikan
2 sudu besar mentega
2 susu besar minyak masak
garam secukup rasa


Cara:

1) Panaskan mentega/minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih bersama cili kering kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Masukkan pula daun kari, rempah tumis ikan dan bawang besar lalu kacau sebentar.

3) Akhir sekali masukkan udang, garam dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan sehingga udang masak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cara Kedua (Sambal Udang Petai)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
4-5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
Minyak untuk menumis, gula, garam..
(Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
1 Labu Bawang Besar-Dihiris


Cara-cara

1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
4- Jika suka masukkan petai..
5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
Hidangkan..

Tom Yam Udang

Tom Yam Udang

600 gram udang galah/udang lain
1 batang serai dititik
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan sos ikan
Pati Tomyam secukupnya
1 cawan air masak
Minyak masak untuk menumis


Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan pati tomyam dengan serai.
Masukkan air masak diikuti cili padi, daun limau purut, jus lemon dan sos ikan.
Biarkan seketika.

Masukkan udang galah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika hingga masak.
Hidangkan semasa panas.