Wednesday 4 December 2013

Resipi Kacang Panjang Goreng Ceria

Resipi Kacang Panjang Goreng Ceria ini diperoleh dari negeri cik siti wan kembang. Kombinasinya sangat mengujakan, rasanya sangat sedap sehingga hilang rasa tidak sedap kacang panjang. Resipinya agak ringkas tetapi susah dicari. Jom cuba nak?

Bahan-bahannya:
1 ikat kacang panjang
3 batang kacang botol
3 keping sotong kering
segenggam ikan bilis
segenggam udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu cili kisar
secubit garam

Kaedah memasak:

1. Satukan bawang putih, sotong kering, udang kering dan ikan bilis dalam lesung dan tumbuk lumat

2. Tumis bahan tumbuk tadi dengan minyak bekas goreng ikan. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan bawang besar. Kacau sampai layu

4. Masukkan hirisan kacang botol dan kacang panjang. Kacau sekejap sampai rata

5. Masukkan cili kisar dan taburkan secubit garam. Kacau sampai sayur sebati dengan bahan tumisan.

6. Sayur siap dihidang, boleh makan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment