Thursday, 12 June 2014

Resepi Nasi Goreng Black Pepper

Nasi Goreng Black Pepper

 Bahan-bahan ( untuk 2 org makan )

  • 3 cawan Nasi Putih
  • Bebola ikan
  • Sayur campur
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar kicap
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar serbuk lada hitam
  • Bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 sudu besar minyak
  • Bawang goreng, Daun bawang dan daun sup utk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan sayur campur dan bebola ikan. Biarkan sayur dan bebola ikan masak sedikit.
  3. Masukkan nasi. Gaul rata.
  4. Pukul telur bersama kicap, lada hitam dan garam. Masukkan telur ke dalam nasi . Kacau rata. Biarkan nasi dan telur masak bersama
  5. Hiaskan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta cili merah dan hijau.
  6. Sedap dimakan dgn grilled fish beserta tartar sauce.
oleh: ziehelmy
 

Wednesday, 11 June 2014

Resepi Ayam Bakar Bercili

 
Ayam Bakar Bercili


Bahan-bahan:
1 kg ayam
Sedikit daun pisang

Bahan yang dikisar:

20 biji cili
4 cm belacan
½ cawan pati santan
Sedikit air asam jawa
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
Garam dan gula secukup rasa

Bahan renjis:
5 camca besar minyak masak
5 camca besar pati santan
3 camca teh cili kisar

Cara menyediakan: 1. Bersihkan ayam dan dipotong 16. Perap bahan kisar semalaman bersama-sama ayam yang sudah dipotong.

2. Layurkan daun pisang sebelum dijadikan alas untuk membakar ayam. Ini bagi mengelakkan ayam daripada cepat hangus.

3. Bakar ayam di atas api sederhana dan renjis ayam dengan santan bercampur cili agar ayam tidak terlalu kering.

4. Siap untuk di hidangkan bersama nasi ataupun mee.Selamat mencuba.

Tuesday, 10 June 2014

Resepi Maggie Ketam

http://resepicheff.blogspot.com/search/label/Mee
Maggie Ketam

Bahan bahan:
  • ketam (rebus jap)
  • Maggie (celur kejap lps tu toskan)
  • Sayur
  • Cili padi
  • Bawang
  • Sedikit tomato sos 
Cara menyediakan:
  1. Rebus ketam seketika. Toskan. Ketepikan. Maggi dicelur untuk membuang salutan lilin padanya.

  2. Didihkan air rebusan ketam, masukkan bawang, cili padi. Kacau seketika, kemudian masukkan tomato sos, sayur dan ketam.

  3. Siram kuah tersebut di atas maggi. Siap untuk dimakan.

Monday, 9 June 2014

Kek Lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak

Bahan-bahan:

Bahan A : Dipukul kembang dan ringan
** 250 gm susu pekat
** 250 gm butter


Bahan B :

** 6 biji telur gred A ( jika gred B..7 biji)
** 1 cawan gula halus
** 2 cwn tepung naik sendiri
** 1 s/k esen vanila
** 1 s/k ovallete


Bahan C :
** Kurma / Asam flake / prune / kismis / coklat chips


Cara menyediakan:

** Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebu / ringan.

** Masukkan bhn A , ovallete , dan esen vanila.Kacau rata.

** Masukkan tpg sedikit demi sedikit sehingga habis.

** Panaskan oven api atas shj, suhu 170'c

** Masukkan 2 sudu besar adunan dlm loyang yg telah dilapik kertas minyak.

** Bakar selama 10 minit.Slps itu lapiskan lagi serta letak kurma @ apa yg disukai dan bakar
10 minit lagi..

** Begitulah sehingga habis.Setelah habis , akhir sekali bakar menggunakan api bwh shj selama
30 minit.

Sunday, 8 June 2014

Resepi Kek Kurma

Kek Kurma 
Bahan-bahan :

200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (tukar kepada susu segar pun boleh)

Cara menyediakan:

  1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek(tak perlu terlalu hancur..)
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
  4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
  5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
  6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit..

Resepi Kek Kukus Coklat Cheese

  Kek Kukus Coklat Cheese

Bahan untuk Cheese :

  • 200g cream cheese
  • 50g gula halus
  • 25ml air biasa
  • 25g tepung gandum
  • 1 biji telur
 
Cara cara:

  1. Cara Menyediakan Kek Coklat, Boleh rujuk DISINI. Ikut sampai cara cara no. 2 sahaja sebab nak mengukus perlu diselang seli dengan cheese.
  2. Cara Menyediakan Cheese :
  3. Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Panaskan air untuk kukusan, kemudian masukkan adunan untuk kek dan kukus selama 20minit. Masukkan adunan untuk cheese di atas kek tadi dan kukus lagi 20 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan coklat dan kukus selama 30minit@ sampai masak.
  6. Siap untuk dihidang!!!

Saturday, 7 June 2014

Resepi Cucur Udang Meletop

Resepi Cucur Udang
Cucur Udang Meletop

Bahan-Bahan Cucur Udang Meletop


2 cawan tepung gandum

1/2 camca besar instant yeast (mauripan)

1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi boleh sukat dekat 2 cawan air dia)

1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)

5 pokok kuchai, cuci dan kerat-kerat

1 pokok daun bawang, hiris

1/3 camca teh serbuk kunyit

1 camca teh garam

20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering-kering dengan paper towel

1 biji telur di kocok

1 sudu kecil baking powder 

 

BAHAN SOS LADA :


5 biji cili merah

1/3 cawan gula pasir

1/4 cawan cuka

3 ulas bawang putih

1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan


1) Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam, telur dan baking powder dan kacau rata.

2) Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sedikit).

3) Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap dalam 30 minit.


UNTUK SOS LADA :


1) Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk.

2) Masukkan gula dan garam.

3) Masak dengan api perlahan hingga pekat.

4) Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat.

5) Sejukkan~.

UNTUK CUCUR :

1) Panas kan minyak untuk goreng terendam.

2) Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas.

3) Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas.

4) Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi).

5) Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. 


Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba~.