Friday, 4 November 2011

ANUGERAH SKRIN 2011 YANG BIKIN PANAS



SALAM..teruskan membaca ye..


  • HAMBAR - suasana ask saban tahun semakin hambar..tak meriah macam zaman 2000 dulu.. 

  • PENGACARA - maaf, aku nyatakan di sini gandingan Rozita che Wan dengan Ally Iskandar tidak menyerlah..terutamanya Rozita yang umpama patung Cendana..tulah Ally yang kau beria calonkan Rozita tu kenapa?

  • TIADA SOKONGAN KEPADA PEMENANG - bila diumumkan pemenang, suasana dalam dewan tu macam hampeh gila..tak nampak pun riak gembira eksaited atau salaman kepada si pemenang.

  • MALAS TEPUK TANGAN - yang ni paling bengang la..punyalah malas nak tepuk tangan..itukan tanda sokongan dan semangat kepada pemenang..nak kena cakap sampai kena perli dengan Ally baru lah tepuk tangan..lepastu senyap balik..kena tegur lagi, baru tepuk balik..what the ?

  • PERSEMBAHAN KURANG PERSEDIAAN - aku hanya berpuas hati dengan persembahan pembukaan oleh Black Mentor dengan Azlan the Typewriter dengan persembahan sajak Dato Razali. yang lain semuanya macam kurang latihan, takut-takut, suara semput? apakah?

  • LAWAK TAK MENJADI - bila mereka-mereka buat lawak ia nampak sangat tidak semulajadi.. asyik-asyik point kepada pasangan yang kononnya bercinta, bosan.  ada yang sampai meleret-leret sedangkan aku punya kening dah ternaik-naik macam Ziana Zain.

  • ISU I PAD - maaf, penggunaan teknologi canggih tidak semestinya memudahkan dan nampak gojes ok? disebabkan guna ipad itulah, perjalanan majlis yang sememangnya hambar bertambah hampeh!

  • SHOOT MUKA ARTIS YANG SAMA - aku rasa kasihan kepada mereka-mereka yang berada di belakang..ye, memanglah tak boleh shoot semua orang..tapi jurukamera hanya shoot mereka yang berada di depan saja, berkali-kali pulak tu..aku ingat Mia Sara Nasuha si comel tak datang , bila majlis dah tamat baru aku nampak si comel tu keluar dengan muka penat.

  • ISU SEKSI - aku cadangkan artis perempuan datang pakai kain batik betul-betul untuk buat pergi mandi, aku tahu nanti komen korang pereka fesyen yang siapkan macamni, pakai jelah. aku tahu korang dan seksa tak dapat dipisahkan.



ok, setakat tu jelah banyak lagi tapi aku pun malas nk panjangkan lagi..tahniah kepada semua pemenang..

hmm,aku sedih ni..ada sesiapa nak tolong ceriakan hari ku.. :(

salam aidiladha buat semua :)

kepada sesiapa yang masih belum menyemak result final exam student diploma uitm

jom klik sini untuk tengok result kamu



Senarai pemenang Anugerah Skrin 2011 ^_^









KATEGORI DRAMA


1. Drama Terbaik : Sanggul Beracun (Balang Rimbun Sdn. Bhd.)

2. Pelakon Lelaki Terbaik : Eman Manan (Janji Syurga)

3. Pelakon Wanita Terbaik : Umie Aida (Airmata Nur Salina)

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Elfira Loy (Kum Kum)

6. Pengarah Terbaik Drama : Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

7. Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

8. Drama Rantaian Terbaik : Juvana (Filmscape)

9. Drama Komedi Terbaik : Geng Surau (Pena Creative Sdn. Bhd.)

10. Videografi Terbaik : Balang Rimbun Sdn. Bhd. (Sanggul Beracun)


KATEGORI FILEM

1. Filem Terbaik : Magika (KRU Studios)

2. Pelakon Lelaki Terbaik : Remy Ishak (Cun)

3. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Eja (Janin)

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Sidek Hussin (Karak)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa (Cun)

6. Pengarah Terbaik : Osman Ali (Cun)

7. Lakon Layar Terbaik : Erhan Baharudin / Sujin Lee (Aku Tak Bodoh)


KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Yuen Yuet Leng (Suatu Ketika Ep. 12)

2. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa Dato' Fadzillah Kamsah

 3. Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir

4. Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010

5. Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2011 (Top 12 Show)

6. Laporan Khas/Berita Terbaik : Pengemis Terhormat (Buletin Utama)


ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Shamsul Yusof






terima kasih kepada Gua.com



ehem..esok aku post entri special ask 2011..aku sudahlah mood tahap negatif, campur lagi dengan kehambaran ask memang wa cakap lu, lu orang semua tunggu wa punya entri mantop punya huh!

kepada sesiapa yang masih belum menyemak keputusan final exam uitm

mari klik sini untuk semak result 

terima kasih , selamat malam, salam.

Thursday, 3 November 2011

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning

Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung bersama susu cair, garam, pewarna, mentega dan telur.
2. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.
3.Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.
4. Kemudian setelah selesai angkat dan gulung.

KEPUTUSAN FINAL EXAM UNTUK PELAJAR UITM ^_^

SALAM SEMUA...




Final Examination Results for Semester 1 2011/2012 will be sent through email to all students on 4th November 2011. The Final Examination Result can also be accessed beginning 9.00 am, 4th November 2011.




bagi sesiapa yang masih belum menyemak keputusan final exam kamu, mari sini aku ada sediakan drift superduper laju untuk semak result kamu semua..






alhamdulillah, malam ni boleh menonton Anugerah Skrin dengan superduper seronok , ^_^
terima kasih semua kerana terus menyokong ^_^
sayang semua, tata..:P


Resepi Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan:
600 gm bihun
250 gm udang segar
100 gm isi ayam
1 batang carrot (potong halus saperti batang mancis atau parut panjang-panjang)
2 s/b serbuk kasar lada hitam
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.

Wednesday, 2 November 2011

PANDA comel mengganas terhadap manusia!

salam semua..

awas dengan panda comel ini kerana beliau boleh mengamuk dengan ganasnya!

pastikan tengok video ini sambil dengar muziknya sekali tanpa tersenyum ok :P






gila comel panda ni..nak cium boleh? hahaha ..komen sikit :) terima kasih :)

WORDLESS WEDNESDAY ^_^

SALAM SEMUA ^_^