Friday 4 November 2011

ANUGERAH SKRIN 2011 YANG BIKIN PANAS



SALAM..teruskan membaca ye..


  • HAMBAR - suasana ask saban tahun semakin hambar..tak meriah macam zaman 2000 dulu.. 

  • PENGACARA - maaf, aku nyatakan di sini gandingan Rozita che Wan dengan Ally Iskandar tidak menyerlah..terutamanya Rozita yang umpama patung Cendana..tulah Ally yang kau beria calonkan Rozita tu kenapa?

  • TIADA SOKONGAN KEPADA PEMENANG - bila diumumkan pemenang, suasana dalam dewan tu macam hampeh gila..tak nampak pun riak gembira eksaited atau salaman kepada si pemenang.

  • MALAS TEPUK TANGAN - yang ni paling bengang la..punyalah malas nak tepuk tangan..itukan tanda sokongan dan semangat kepada pemenang..nak kena cakap sampai kena perli dengan Ally baru lah tepuk tangan..lepastu senyap balik..kena tegur lagi, baru tepuk balik..what the ?

  • PERSEMBAHAN KURANG PERSEDIAAN - aku hanya berpuas hati dengan persembahan pembukaan oleh Black Mentor dengan Azlan the Typewriter dengan persembahan sajak Dato Razali. yang lain semuanya macam kurang latihan, takut-takut, suara semput? apakah?

  • LAWAK TAK MENJADI - bila mereka-mereka buat lawak ia nampak sangat tidak semulajadi.. asyik-asyik point kepada pasangan yang kononnya bercinta, bosan.  ada yang sampai meleret-leret sedangkan aku punya kening dah ternaik-naik macam Ziana Zain.

  • ISU I PAD - maaf, penggunaan teknologi canggih tidak semestinya memudahkan dan nampak gojes ok? disebabkan guna ipad itulah, perjalanan majlis yang sememangnya hambar bertambah hampeh!

  • SHOOT MUKA ARTIS YANG SAMA - aku rasa kasihan kepada mereka-mereka yang berada di belakang..ye, memanglah tak boleh shoot semua orang..tapi jurukamera hanya shoot mereka yang berada di depan saja, berkali-kali pulak tu..aku ingat Mia Sara Nasuha si comel tak datang , bila majlis dah tamat baru aku nampak si comel tu keluar dengan muka penat.

  • ISU SEKSI - aku cadangkan artis perempuan datang pakai kain batik betul-betul untuk buat pergi mandi, aku tahu nanti komen korang pereka fesyen yang siapkan macamni, pakai jelah. aku tahu korang dan seksa tak dapat dipisahkan.



ok, setakat tu jelah banyak lagi tapi aku pun malas nk panjangkan lagi..tahniah kepada semua pemenang..

hmm,aku sedih ni..ada sesiapa nak tolong ceriakan hari ku.. :(

salam aidiladha buat semua :)

kepada sesiapa yang masih belum menyemak result final exam student diploma uitm

jom klik sini untuk tengok result kamu



No comments:

Post a Comment