Thursday, 31 May 2012

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang

Bahan-bahan:
500 gm ikan sembilang
2 biji buah tomato
2 biji terung
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan terung.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

Wednesday, 30 May 2012

My Doodle 12 # Doodle Pengantin Perempuan

Salam semua :)




      Cis, belajar pun tak habis lagi ada hati nak cakap isu suami isteri. Sekarang ni musim orang kahwin, sana-sini mendirikan masjid. Alhamdulillah syukur. Selamat Pengantin Baru wahai pengantin-pengantin. Untuk Mr H(klik) pun aku doakan yang baik-baik untuk kau dan isteri. *bunyi cengkerik


-----------------------


Sambil mengaler doodle ni, sempat lagi wa berangan tengah dok tunggu Prince Charming naik kereta kuda yang berhias indah datang melamar wa dengan penuh malu-malu.kahkah. Oh ye, doodle ni aku buat dengan penuh rasa kasih sayang sebab :
  • Itulah warna impian di hari bahagia.

  • Itulah lebih kurang design baju di hari impian. Simple saja sudah. Sarat marat bukan minat wa.

  • Wa terbayang-bayang je macam mana reaksi muka wa masa sang suami kena goncang tangan masa akad nikah. (Kes otak dan emosi dipengaruhi selepas tengok sepupu akad nikah depan mata) 



  P/s 1: Aku sedang menunggu kau dengan penuh sabar wahai pilihan Allah. Suatu hari nanti untuk kita saling melengkapi , mudah-mudahan, amin:)


P/s 2: Berdebar-debar jugak nak menerima kad jemputan Mr.H.








Monday, 28 May 2012

Resepi Falafel


Bahan-bahan:
1 cawan kacang kuda kering
1 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
3 sudu besar parsli segar, dicincang
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
2 sudu besar tepung
garam
lada
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Masukkan kacang kuda dalam mangkuk dan remdam dengan air semalaman.
2. Toskan kacang kuda, dan masukkan ke dalam kuali dengan air tawar, dan biarkan mendidih. 

3. Biarkan mendidih selama 5 minit, kemudian biarkan merenih rendah untuk kira-kira sejam. 
4. Toskan dan biarkan sejuk selama 15 minit.
5.  Masukkan kacang kuda, bawang putih, bawang, ketumbar, jintan putih, garam dan lada hitam (secukup rasa) ke dalam mangkuk, tambah tepung.

6. Kisarkan kacang kuda, memastikan untuk mencampur bahan bersama-sama. Anda mahu keputusan untuk menjadi pes yang pekat.
7. Membentuk campuran menjadi bebola kecil, kira-kira saiz bola ping pong. Sedikit mendatar.
8. Goreng dalam 2 inci minyak pada 350 darjah sehingga perang keemasan (minit 5-7).
9. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kunafa

Bahan-bahan: 
5 cawan kunafa pastri
4 sudu besar BBQ minyak sapi (cair)
8 Kiri kuasa dua
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar air mawar
1 pain sudu besar kacang (panggang dan cincang)

Bahan-bahan untuk sirap gula: 

1 ½ cawan gula
2 cawan air
1 sudu besar air berperisa oren

Cara menyediakan:

1. Sapukan butter pada loyang.
2. Masukan konafa pastri dicarik di dalam mangkuk dan masukan minyak sapi BBQ dan kacau sehingga sebati. Kemudian mengambil setengah campuran ini dan letakkan dalam loyang

3. Campuran ssbahagiannya kuasa dua Kiri, gula, air mawar dan yogurt dan kacau sehingga sebati. Kemudian paip lapisan campuran Kiri, menaburkan kacang pain dicincang dan selesai dengan campuran pastri dicarik baki. Bakar dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit pada 180C atau sehingga warna keemasan
4. Pada masa yang sama menyediakan sirap gula dengan mendidihkan air gula, air dan berperisa oren bersama-sama selama kira-kira sepuluh minit. 
5.Tuangkan sirap gula di atas dan hidangan bersedia untuk dihidangkan.

Sunday, 27 May 2012

My Doodle 11 # Beautiful dan entri rojak buah

Salam semua pembaca gua yang kacak lagi comel :)
saya sudah kembali, sila tepuk tangan *kepukpukpuk (sound effect tepuk tangan)






Isi-isi penting yang wa nak bagitahu dan kalian harus tahu:
  1. Ampun maaf diucapkan sebab dua hari blog terbengkalai, tiada entri terbaru segar dari lubang hidung. tiada aktiviti blog berjalan, bermesra-mesraan,haloo sana sini, kanda dinda sayam dan seangkatan dengannya.

  2. Entri terakhir ialah entri friendship dan belajar bahasa mandarin mudah lagi pantas (klik cepat) memberitahu aku sibuk 1 hari itu kan?

  3. Malangnya kesibukan aku berlanjutan sampai ke malam ini ( Ahad;11:00pm).

  4. Wa sungguh penat, ada sesiapa nak tolong picit-picitkan lalu melegakan ketegangan urat saraf wa tak ? Ok permintaan tak dilayan, sobsobs.

  5. Wa akan terus sibuk sepanjang minggu ini. Serius. Wa ada nak terbang ke Kedah untuk kenduri kahwin sepupu. 

  6. Dan insyaallah, 9 Jun 2012, pelajar Diploma Uitm akan mula berangkat pulang ke kampus halaman masing-masing. Iya, aku juga tidak terkecuali walaupun jeritan batinku meronta-ronta,menggeleng kepala tanda tidak setuju. 

  7. Jadi wa memang tak ada banyak masa di blog seperti sebelum-sebelum ini apatah lagi bila wa dah naik sem baru nanti. Jadi awal-awal wa mintak ampun.

  8. Masa dah makin suntuk, jadual pulak sibuk ke sana-sini. Belum sedia nak balik Melaka. Oh gua tertekan saat ini.

  9. Nak pergi serang blog kau orang, sila tunggu mafia macho ini datang bersama senyuman gigi cap Kodomolion.

  10. Kalau blog terabai, sila jangan lupakan wa dan blog wa ini. Wa mohon dengan mata sparkling. Wa pasti merindui kalian, kalian saja tak merindui wa kan..sadis.

p/s:  Emosi tidak tentu hala. Sekian, terima kasih.




Saturday, 26 May 2012

ResipiMasakanKini - Nasi Tomato

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras basmathi
¾ cawan tomato puree

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan tomato puree, air dan garam dan beras dan gaul rata.
3. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

Resepi Puding

Bahan-bahan
Bahan A

500 ml susu segar
8 keping roti 

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

Resepi Sambal Udang & Petai

Bahan-bahan:
500 gm udang
30 biji buah petai
1 labu bawang besar
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

Resepi Lasagna

Bahan-bahan:
Kepingan lasagna secukupnya
Parutan keju mozarella secukupnya
Buah zaitun (slide)

Bahan inti:
450g daging kisar
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 helai bay leaf
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 biji buah tomato (potong dadu)
1 sudu rempah kari daging
5 sudu tomato puri
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh mixed herbs

Bahan white sauce:
600ml susu segar
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu mentega
sedikit mozarella

Cara menyediakan inti daging:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk, tomato puri hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf, dan gaul rata.
3. Masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna.
4. Masukkan buah tomato bersama lada hitam. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan mixed herbs, gaul rata.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tapi masih lembap.
7. Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan white sauce:
1. Masukkan mentega dalam periuk kecil dan cairkannya.
2. Masukkan susu segar, tepung jagung dan kacau sebati.
3. Masukan secubit garam, gaul hingga bancuhan menjadi pekat. Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan lasagna:
1. Sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju mozarella.
2. Alaskan lagi dengan kepingan lasagna dan sapukan white sauce.
3. Lapiskan lagi dengan kepingan lasagna dan ratakan dengan inti daging.
4. Buat hingga siap dan lapisan akhir diakhiri dengan baki inti daging dan ditabur buah zaitun dan keju mozarella.
7. Bakar dalam oven pada suhu 150 degrees celcius, 30-35 min. Boleh dihidang panas atau suam.

Resepi Pasta Goreng

Bahan-bahan:
500 gm pasta campuran
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam
gula
minyak
daun sup

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.
3. Masukkan semua sayuran. Kacau rata,
4. Rasakan garamnya dan tutup api.
5. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

Resepi Ayam Beriani.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, cili merah untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk/kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
3. Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
4. Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
5. Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.

Resepi Udang Goreng Rangup.

Bahan-bahan:
8 ekor udang besar - dibelah belakang dan dibersihkan
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur - dipukul sedikit
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa

Sos:
4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
Kisar semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara menyediakan:
1. Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Sedap dimakan panas dengan sos.

Thursday, 24 May 2012

My Doodle 10 # Doodle Friendship & Belajar Bahasa Mandarin

Salam semua :)




Belajar Bahasa Mandarin dengan mudah dan pantas 


kawan = pengyou
kawan lelaki = nan pengyou
kawan perempuan = nu pengyou
comel = ke ai
cantik = piaoliang
sangat= hen
terima kasih = xiexie
sama-sama = bu keqi
sudah lama tak berjumpa = hao jiu bu jian 
jumpa lagi/ bye2 = zai jian


p/s:  Jintian wu yue er shi wu hao , wo hen mang. Dui bu qi. ( Hari ini 25/5 saya sangat sibuk, minta maaf )


Wednesday, 23 May 2012

My Doodle 9 # Spontaneous Thursday- Perihal jodoh

Salam pembacaku yang kacak dan comel




Semoga aku mendapat jodoh yang benar-benar terbaik nanti.
Selagi belum ku dengar lafaz; Aku terima nikahnya ...  aku masih tidak tahu siapa sebenarnya yang telah Kau pilihkan untukku. 




p/s:  Sungguh, aku takut dikecewakan dan mengecewakan.

Tuesday, 22 May 2012

My Doodle 8 # Realiti hidup seorang pelajar dan tips menghafal nota



Salam pembaca yang kacak lagi comel. 










   Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan diri ini kembali sihat. Alhamdulillah, demam dah kebah cuma kepala je masih berat. Lagi berat dari berat seekor gajah dalam shampoo Carrie Junior. Haha. Ok fokus-fokus, berbalik kepada tajuk entri. Kau orang hafal lagu kan? Semua jenis lagu tanya je tajuk apa nak; Aku anak kampung, What makes you beautiful, Untuk dia, A thousand years dan seangkatan dengannya semua ingat, hafal lirik sebutir-sebutir. Menyanyi sepenuh jiwa dan raga, rasa dah hebat sangat kan almaklumlah dah hafal.  Tapi situasi negatif berlaku bila sampai masa nak test nak exam, nota-nota semua kau tak boleh ingat. Semua hilang dalam sekelip mata. Masa tu lah kau nak gelabah tahi itik kan. Har har har. Haa  oleh itu, untuk tidak menyebabkan kau orang lagho di blog ini, maka aku nak bagi tips sikitlah. Kau jangan baca je, lepastu tak buat. Itu pembaziran nama dia.





Tips mengingati nota menjelang musim peperiksaan istimewa dari Sis92







  1. Sediakan beberapa buah buku kosong untuk buat peta minda bagi setiap subjek. 

  2. Pastikan peta minda tidak serabut. Adalah digalakkan guna pen berwarna-warni supaya jiwa ceria untuk membaca beliau. Pelangi gitu. Tapi janganlah teruk beno warna-warni tu sampai tambah serabut kepala hotak.

  3. Tolong highlight yang no 3 ni yep. Baca, fahamkan, dan tulis semula di dalam buku/kertas. Diulangi baca, fahamkan dan tulis semula di dalam buku/kertas. Tulis semula berulang-ulang kali sampai penuh buku. Kau faham tak ni, tulis balik, tulis! *sila baca dengan nada tegas* Trust me baby, you will remember your note.



Ok dah dapat kan. Aku tak nafikan memang bagi mereka yang tidak minat membaca dan menghafal, memang payah sikit untuk ingat nota-nota tu semua.  Tapi please please please, korang cuba praktikkan tips yang aku bagi ni. Percayalah idea dan jawapan akan datang mencurah-curah ke ladang gandum. Over tak?  Harap dapat membantu korang yang tersayam. Sekian, terima kasih.



p/s: Otak aku lebih kepada hafal-hafal dan membaca, aku merayu jangan bagi aku soalan matematik. Tsk :'(







Monday, 21 May 2012

My Doodle 7 # Sakit itu ujian Allah :)



Salam pembaca yang kacak lagi comel




Allah itu baik kan? 
Walaupun bila kita sakit, kita merungut macam-macam potpetpotpet, tapi Allah sebenarnya bagi pengampunan pada dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Maka, sila bersyukur. 


Tips menjaga orang sakit


Perasaan orang yang sakit kebiasaannya sedikit sensitif, jadi orang sekeliling tidak digalakkan membuat para pesakit merasa touching, nonono. Adalah digalakkan mendoakan pesakit cepat sembuh, beri kata-kata semangat dan hiburkan pesakit dengan lawak jenaka yang sederhana. Ok tak guna membebel panjang berjela, kekanda, adinda, sayang-sayang gua yang kacak dan comel, doakan wa sembuh daripada demam. Terima kasih :)


Friday, 18 May 2012

My Doodle 6 # Cerita Doodleku Dating :)

Salam pembaca gua yang kiut miut :)


Mempersembahkan cerita doodle berdating *tepuk tangan sikit.


Dupdap dupdap..oh kanda, tak sabar adinda mahu menatap wajahmu, awww.




-------------------
30 minit kemudian
-------------------




Oh kanda, kau kat mana lah ni woiii !! Cair dah mekap gua grrrr!!


------------------
30 minit kemudian
------------------




Oh sampai hatimu kanda, sentap !! Selamat tinggal, gua cari lain. Haha.




Moral of story : 
Kanda, sila jangan memperlakukan adindamu sedemikian rupa. Terseksa zahir batin beliau.
Dinda, sila maintainkan kecomelanmu walau hatimu cedera parah.


Tamat :)
 Wa baru buat fanpage sila-silah like. Cerita tiada kena mengena dengan penulis.Sekian, terima kasih.




Thursday, 17 May 2012

My Doodle 5 # Kejayaan :)

Salam pembaca setia :)





Melukis doodle sambil mata kuyu-kuyu inilah hasilnya.


   Bukan mudah menggapai bintang di angkasa oo yeah.. eh ternyanyi lagu Akademi Fantasia pulak. Nak mencapai kejayaan bukan mudah. Ada je cabaran, duri ranjau onak berliku. Betul tak?  Tak macam korek hidung. Korek hidung sangat senang, hanya masukkan jari pilihan lepastu kau kasi pusing  360 darjah. Aku pernah nampak orang korek hidung cover dengan buku, kahkahkah.


   Ok berbalik pada topik kejayaan.  Laluannya sedikit sukar bagi orang-orang sederhana. Jangan cakap diri kau tu buduh, Tuhan bagi semua sama rata. Cuma perangai malas itu saja yang menjadi udang di sebalik batu. Tapi ingat jangan sesekali berputus asa. Cepat sangat mengalah lagi-lagi bila rasa diri tak mampu nak lakukan itu. Oh gua tersentap sendiri nampaknya. Sekian, terima kasih.




p/s: Mari memotivasikan diri bersama cikgu Kaunseling Sis92 yang tidak bertauliah. 




Fan Page BLOG SIS92



Salam si kacak dan si comel :)











Lurus ke titik, wa dengan berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan semua pembaca wa yang tersayang untuk menyukai fanpage wa di Facebook.  Siapa tak like, wa merajuk 5 minit. Ok tipu. 













Sebab musabah mewujudkan fanpage :







  1. Menyebarkan kewujudan blog wa yang tersayang.

  2. Tambah channel wa nak ping entri.

  3. Bermesra-mesraan dengan pembaca perempuan.

  4. Bermanja-manjaan dengan pembaca lelaki.

  5. Menyayangi pembaca lelaki dan perempuan.

  6. Korang tambah sendiri.

  7. Sekian terima kasih.



p/s: Terima kasih juta-juta kepada semua pembaca yang menyokong wa dalam aktiviti mendoodle :)


Wednesday, 16 May 2012

My Doodle 4 # Happy Blogging Alynn :)

Salam semua pembaca yang tersayang :)





maaf atas kegigilan jari :)




   Doodle ini gua buat istimewa untuk Cik Alynn.  Mula-mula gua tak yakin jugak nak buatkan, tapi akhirnya tersiap juga, kehkeh. Mintak ampun sangat-sangat kalau mata nampak ada kekurangan di situ.  Kali ni gua wa pilih kata-kata hikmat Happy Blogging.  Berbloglah secara sihat. Sad blogging are not allowed, kahkah.


   Kepada blogger yang lain, terima kasih atas sokongan, kasih sayang dan puji-pujian.  Tanpa kalian siapalah diri ini, sobsob. Wa bukanlah blogger popular, masuk majalah, masuk televisyen, photoshoot sana-sini. Wa hanya ada sebuah blog dan wa sangat menghargai semua pembacanya :)


P/s:  Dengar lagu Semua isi hatimu aje gua rasa nak melalak, mencikkk tahu. Sekian terima kasih.

Monday, 14 May 2012

My Doodle 2 # Menjadi diri sendiri :)

Salam semua :)


Tips untuk kelihatan cantik/kacak 


" Jangan pernah memaksa diri berubah menjadi 'orang lain' kerana ingin nampak lebih sempurna.  
Jadilah diri sendiri. Itu akan membuatkan diri kamu lebih yakin plus super duper cantik/kacak "






Saturday, 12 May 2012

My Doodle 1 # Kecantikan :)

Salam semua :)





Kaler hentam keromo.


Yabedabeduh.  
Setelah aku mecapai tahap keyakinan yang tinggi, maka akhirnya aku uploadkan jua doodle berquote pertamaku. Kebanyakan doodle yang terperuk di dalam folder masih tidak berwarna, dek kerana kerajinan aku malam tadi akhirnya ceria sikitlah doodle aku ni har har har.  Aku bukanlah pro mendoodle , oleh itu sebarang kekurangan adalah kelemahan pemilik doodle itu sendiri. Kalau comel sangat nanti, para-para pendoodle tercabar pula muhahaha :D


Ok, wa nak ucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia datang ke blog terutamanya yang sentiasa beri sokongan tatkala mood berblog aku dilambung ombak rindu. Sobsobs terharu tau tak. Jangan risau, saya masih belum hilang pertimbangan diri. Peluk cium dari tuan blog.Jumpa lagi :)




p/s:  Jangan salah gunakan kecantikan serta kekacakan yang ada pada dirimu.

Resepi Roti Paung


Bahan-bahan (dapat 2 bekas)


300gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan gula pasir
1 biji telur (jika suka)
Air secukupnya
(Tambahkan sedikit marjerin untuk disapukan pada roti)


Cara-cara
Cara memasak:
1. Yis direndam air suam. Kemudian gaulkan kesemuanya sekali. Campurkan kesemua bahan dan uli hingga menjadi doh yang sebati dan tidak melekat pada tangan.
2. Tutup doh dengan kain bersih dan rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda atau selama 1-2 jam.
3. Selepas satu jam, tumbukkan doh untuk mengeluarkan anginnya dan bahagikan adunan kepada bahagian-bahagian kecil.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan marjerin ke dalamnya dan bulatkan. Bentukkan bulat dan susun di dalam loyang. Biarkan seketika.
5. Masukkan ke dalam tin pembakar- jarakkan sedikit. Tinggalkan sebentar lagi agar ianya naik sedikit.
Sapu atasnya dengan kuning telur atau marjerin.
6. Apabila permukaan menjadi licin dan adunan mula naik, kemudian bakar selama 20 minit dengan suhu sederhana (180 darjah celcius).
6. Angkat dan hidangkan.

Friday, 11 May 2012

Resepi Pavlola

Bahan-bahan 1-2 biji pavola.

4 biji putih telor ayam
Secawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

asingkan dulu putih telur dengan kuning telur
putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks)
putaran diteruskan dengan memasukkan gula kastor sikit demi sedikit, Putar sampai kental.
masukkan 1 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan tersebut (kalau nak rasa coklat, masukkan serbuk koko 1 sudu kecil. putar lagi 3 minit atau hingga sebati.
dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila
sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.
panaskan oven dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius.
bentukkan adunan seperti di bawah, jangan buat terlalu tebal atau terlalu nipis.

Turunkan suhu oven dalam 110 celcius.
Masukkan adunan tadi selama 1 jam 15 minit. Jangan sesekali buka tutup oven dalam tempoh itu.

Bahan untuk topping.
Secawan atau 250 ml whipping cream. Jenama yang disarankan ialah Rich sebab ia tidak kental walaupun diputar lama.
Buah-buahan (kiwi, strawberi, anggur, beri biru, kurma, kismis dan apa sahaja. Lagi banyak variasi, lagi sedap)

Cara
Putar whipping cream lebih kurang 10-15 minit.
Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
Kemudian sapukan cream ke atas roti pavlola tadi dan hiaskan dengan buah.
Selamat mencuba.
Dan ini gambar kalau nak buat double layer pavlola:

Pavlola Recipe

What I used,
For the Pavlova
180gm egg whites (6 egg whites from 6 large eggs)
300gm sugar (don't cut on this, if not the pavlova won't hold)
3 Tbsp cocoa powder, sifted
1 Tbsp corn starch
1 tsp rice vinegar
50gm dark chocolate, chopped


1. Preheat oven at 180C. Draw a 9 inch circle on a non stick baking paper. Put drawn side down on a large tray.

2. Beat egg whites until stiff, add in sugar slowly and gradually, and beat until meringue is stiff and shiny.
3. Put in sifted cocoa powder and cornstarch. Fold.
4. Put in vinegar and chopped chocolate and fold.
5. Mound meringue within drawn circle, smoothing sides and top.
6. Bake in preheated oven. After you've put the meringue in and oven door is closed, immediately turn down the temperature to 150C.
7. Bake for 1 hour 30 minutes.
8. When baking time is up. Leave oven door slightly ajar and let pavlova cool in the oven.
9. Remove from oven when it has fully cooled down.

Topping:
350ml dairy whipping cream
3 Tbsp sugar
1 cup strawberry, coarsely chopped
1/2 cup canned mandarin oranges or tangerines, torn smaller
3 kiwi fruits, coarsely chopped

Beat dairy cream until soft peaks, put in sugar and beat until stiff. Mound whipped cream onto pavlova and top with chopped mixed fruits.



Thursday, 10 May 2012

Apa itu sebak ?

Salam semua :)




Pertama sekali, tuan blog memohon ampun dan maaf di atas kejarangan mengupdate entri terbaru buat semua.  Entah mengapa, entah bagaimana, mood berblog mula terumbang-ambing bagai dilambung ombak rindu , kahkahkah.  Tuan blog minta maaf sangat ye kalau lambat balas jejak kalian.  Insyaallah akan dibalas secepat mungkin ok :)





Apa itu sebak ?






Maksud sebak menurut pandangan tuan blog ialah :


"Perasaan hati yang amat sensitif.  Dada terasa berat dan padat. Ia boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor emosi tertentu seperti  mengalami kekecewaan kerana Fasha Sandha dah selamat jadi isteri Jejai, menonton video trending kekejaman ibu terhadap anaknya yang kecil, membaca berita orang tua digigit anjing sehingga meninggal dunia, dan sebagainya.  Lalu perasaan sebak tadi membuatkan mata mula kemerah-merahan dan  air mata pun mula bertakung.  Tidak sampai beberapa minit sahaja, air mata yang bertakung tadi hanya menunggu masa untuk jatuh berlinangan.  Akhir sekali  jantung berdegup dengan sangat pantas dan air mata itu jatuh tanpa segan silu. Jikalau mood touching berlebih-lebihan, maka boleh berlaku menangis hingga teresak-esak. Kebiasaannya tempoh masa menangis hasil kesebakan tidak begitu lama, tetapi ia bergantung juga dengan mood individu tersebut.  Bahkan seringkali terjadi sebak di tengah malam akhirnya menangis sehingga tertidur".


Oh ini sangat sadis ye para pembaca.




p/s: Adakah entri ini berkaitan dengan keadaan tuan blog sekarang? Tanya sendiri, jawab sendiri. :')








Tuesday, 8 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY - SEKOLAH SMK DATO BENTARA DALAM SEGAMAT



Salam dan salam sejahtera :)













Beautifulnara, perkahwinan Scha & Awal, bling-bling dan Dato M. Daud Kilau

Salam semua dan salam sejahtera :)


Alhamdulillah, aku dah kembali berblogging. Tajuk entri paling panjang setakat ini aku rasa. BeautifulNara. Aku amat yakin lagi pasti kalian pasti suka baca BeautifulNara, paling-paling tak pun mesti pernah like punyalah kan. Sila mengaku kalau tidak aku cepuk punggung hang laju-laju har har har . Ni aku ada printscreen komen yang membuatkan aku tersedak minum Milo. Serius aku tak tipu. (sambil angkat tangan macam tengah baca ikrar sekolah).





sila ketawa macam ahli sihir









Perangai tukang komen di BeautifulNara yang serius menjengkelkan 


  • Guna kalimah-kalimah seperti Ya Allah, Subhanallah dan seangkatan dengannya sambil mengutuk artis dan pengkomen lain. ini paling biadap.

  • Mengutuk bermati-matian bila artis buat tak senonoh tapi sambil tu mencarut habis-habisan.

  • Konon-konon jadi ustaz dan ustazah cakap pasal aurat bagai, kalau benar-benar alim dan menjaga pandangan, pasti anda tidak akan pergi pun ke blog hiburan yang sudah pasti penuh cabarankan?

  • Menggunakan nama samaran artis dan ditambah dengan perkataan yang kurang baik. Contohnya : Ayah mertua Rita Rudaini masuk hospital memang hot, nenek dia hot. # nama pengkomen di Bn memang macam-macam versi.

  • Bergaduh sesama sendiri.  Macamlah abang nara dengan retis2 tu semua ambil peduli har har har.

  • Guna perkataan lucah sesuka hati.

  • Berebut-rebut nak jadi pengkomen pertama, lalu terjadi perli-memerli, kutuk-mengutuk dan sebagainya.

Ok, secara kesimpulannya lu orang baca BN lepastu dah dapat berita yang dikehendaki, lu orang blah lah. Korang mengutuk, mencaci, mengumpat dan bermacam lagi tu bukan dapat hadiah dari abangnara pun, dapat tambah dosa lagi ada.  Oh mungkin pada mereka ni komen sambil mengumpat itu cool. -,-
Paling senang, tak payah jejak kat BN lagi bagus, tak adalah sesi menambah dosa har har har.


p/s: Sebelum buat apa-apa terutamanya di laman sosial, fikir dulu. Kelak membawa padah kepada diri sendiri,  Sebelum nak mengutuk orang sana-sini cermin dulu diri sendiri, ada faham? 

Wednesday, 2 May 2012

10 Fakta menarik mengenai pembinaan kapal Titanic 2

Salam semua


Semalam aku update entri kapal Titanic vs kapal kertas(klik). Lalu ada kawan blogger kita memberitahu kapal Titanic ke dua akan dibina. Seriuskah? macam mana aku boleh tak tahu ni hadoiii. Oleh kerana aku over eksaited, maka aku terus menggoogle kesahihan berita tersebut. Walaupun mesti korang ada yang dah  tahu, tapi tak mengapa aku tetap nak kongsi jugak dengan mereka yang belum tahu, kehkeh.





encik Korn, eden dah letak gamba Jack & Rose ni =D
  1. Rancangan untuk membina kapal Titanic versi 2 ini didedahkan oleh individu paling kaya-raya dari Australia bernama Clive Palmer.

  2. Pengumuman tentang rancangan ini dibuat beberapa minggu selepas ulangtahun 100 tahun tragedi kapal mewah Titanic yang karam melanggar bongkah ais 15 April 1912.

  3. Kapal tersebut akan dibina di China.

  4. Titanic 2 bakal berlayar buat kali pertama pada tahun 2016 dari England ke New York.

  5. Syarikat China iaitu CSC Jinling Shipyard bertanggungjawab membina Titanic 2 yang mengekalkan rupa bentuk asal Titanic.

  6. Kapal Titanic 2 itu dilengkapi dengan 840 buah bilik dan 9 geladak.

  7. Titanic 2 dilengkapi dengan teknologi abad 21 , sistem keselamatan dan sistem pengemudian baru.

  8. Tentera laut China akan mengiringi Titanic 2 sepanjang perjalanan ke New York.

  9. Pembinaan Titanic 2 ialah untuk memperingati semangat pekerja lelaki dan wanita kapal asal Titanic.

  10. Pasti ramai umat manusia teruja nak menaiki kapal mewah yang penuh sejarah ini.

Aku dah ubahsuai berita asal mengikut cita rasa sendiri. Harap maklum.  sumber




p/s:  Kenapa aku terbayangkan sejarah yang sama berulang kembali ?
Kuasa Allah tiada siapa mampu menolaknya. Semoga semuanya baik-baik saja =)

*nyah kau, pergilah di kau wahai fikiran negatif.