Wednesday, 21 December 2011

Mee Bandung Cuti Sekolah

BAHAN-BAHANNYA
Rebus Keledek
Rebus Daging
Udang
Udang Kering
Bawang Merah + putih + halia tumbuk
air Rebusan daging
bancuhan tepung jagung
Sayur
Telur
Mee Kuning

CARA2NYA

Kisar Udang Kering
Kisar keledek
jangan lupe tambah air sikit
Tumis bawang dan cili kering kemudian masukkan daging
Masukkan udang
Masuk air rebusan daging
Masuk keledek yang telah hancur
Masuk bancuhan tepung jagung
masukkan sayur
garam dan gula
telur
hrmmm.. hampir siap..didihkan dan rase sikit supaya menepati citarasa
Celur Mee dulu dengan air panas


Dah siap... Sedapnya
SELAMAT MENCUBA

Thursday, 15 December 2011

ResipiMasakanKini - Laksa Penang

Bahan kuah laksa
1. 1 kg ikan kembung
2. 3-4 ulas asam keping
3. 1/2 labu bawang besar
4. 7-10 ulas bawang merah
5. 5-6 ulas bawang putih
6. 10-12 sudu makan cili giling
7. 1/2 cawan air asam jawa dan 2-3 asam keping
8. 3 cm belacan
9. Segenggam daun kesum
10. 1 batang bunga kantan
11. Garam secukup rasa

Bahan ulam
1, 1 biji cili merah - dihiris
2. 1 biji cili hijau - dihiris
3. 1/2 labu bawang besar - dihiris
4. 5-6 biji cili padi - dihiris
5. 1/2 biji nanas - dihiris
6. 1 batang timun - dihiris memanjang
7. 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
8. 4-5 helai daun salad - dihiris
9. Sedikit daun pudina
10. Petis udang@otak udang

Cara menyediakan:
1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam, kemudian direbus sampai masak dan ditoskan.
2. "Kuah laksa" Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam, kemudian asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar, kemudian campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi, kemudian panaskan periuk.
5. Masukkan cili giling dan belacan, lalu masukkan air asam jawa.
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, kacau perlahan-lahan. Masak hingga mendidih dan rasa secukup rasa.
7. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman

Tuesday, 13 December 2011

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria merupakan ubi kayu yang dicelup tepung dan digoreng. Ianya makanan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Sempena musim banjir, jom kita cuba

Bahan-Bahannya
2 batang Ubi kayu
2 sudu makan Kelapa parut putih (kelapa muda)
1 sudu makan gula halus
3 sudu tepung gandum
air dan garam secukupnya

Kaedah membuatnya
1. Setelah merebus ubi kayu, tumbuk ubi kayu dengan lesung batu

2. Campurkan ubi kayu dengan kelapa muda parut dan gula. Gaulkan sampai sebati

3. Bancuh tepung dengan air

4. Gentelkan ubi kayu tadi. Tips gentel bulat ialah basahkan tangan sentiasa dengan air.
Setelah gentel, celup tepung

6. Goreng sehingga keemasan

6. Siap dihidangkan, boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sambak kicap.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, 11 December 2011

Puding trifle


Bahan-bahan ( 5-7 )

1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
1 mangkuk air panas

Cara-cara

Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

spaghetti pasta carbonara cheesy creamy

Tak semestinye memasak kene ade semua bahan nak sedap kan. kadang-kadang boleh gune bahan lain untuk sedapkan masakan.. resepi yang ade tak semestinye perlu complete.kene pandai tengok mane yang perlu mane yang tak.. mostly yang extra accesories tu susah nak dapat macam daun rosemarie, oregano..jarang ade kat kedai runcit biasa..so, aku buat resepi yang mudah je ni tapi rase ni sangat marvellous la.. tengok presentation agak kurang sikit la.. tapi rase sangat sedap hokeh!

Ni Pasta Vegeroni spirals

Ni pulak spagetti angel hair

Ni bahan-bahan yang aku gunekan.. sesuai untuk orang-orang bujang je la..dan untuk save budget jugak Cost under RM40
Bahan-bahan:
Spaghetti/pasta [Ape ape jenis pun boleh]
1 biji Bawang besar bombay [warne soft yellow tu..ape ntah name die]
2 Ulas bawang putih
Meatball
Black Pepper powder
Cheese[tak kesah ape2 jenis pun boleh]
Susu [creamy]
Cheese &Herbs prego sauce
carbonara sauce prego
minyak zaitun[minyak masak pun boleh]
garam

cara-cara:
Rebus spaghetti/pasta.Setelah masak toskan dan letak dalam bekas.
potong halus bawang putih
potong dadu bawang besar
Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak
Tumiskan bawang putih yang dipotong halus sampai naik bau
Masukkan cheese and herbs sauce dan juga carbonara sauce prego
Masukkan meatball
Setelah meatball hampir masak,masukkan susu mengikut citarasa sebab ade yang suke creamy ade yang suke light creamy kan..
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
Masukkan  beberapa keping cheese..jangan abeskan semua
last sekali masukkan black pepper dan garam.Rase dulu sebelum letak garam sebab tak letak garam pun takpe dah ade rase tapi ade orang suke masak macam rase masin sikit kan..

Sebelum tuangkan sauce dalam bekas spaghetti/pasta tadi..letak beberapa keping cheese dulu.Tuangkan sauce di atas cheese tu..tutup bekas dan biarkan seketika.Kemudian boleh lah bersantap ramai-ramai.btw,boleh tambah sosej,daging ayam dan lainlain kalau nak.bawang besar tu tumis sekali dengan bawang putih pun takpe kalau tak suke bawang.Tapi nak bawang tu macam rangup sikit fiza letak kemudian..ermm..semua main campak campak je dah siap..simple je kan?
"Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera"

Resepi Ayam Masak Kicap Style Sabah


Menaip resepi mengikut kefahaman sendiri bukan senang. Yalah, ni bukan resepi yang aku ambil dari internet tapi ni resepi dari bonda tersayang. Aww~ Ok lah, aku malas lah cerita panjang-panjang, penat, meh tengok resepi!

Bahan : [2 orang]

1. 5 ketul kepak ayam (di potong kepada 2 bahagian)
2. Bawang putih 4 biji (ditumbuk)
3. Bawang merah kecik 3 biji (ditumbuk)
4. Halia 2 hiris (di tumbuk sedikit)
5. Bunga lawang 2 biji
6. Kayu Manis 1 batang
7.Cili kering keriting (di botong kecil - jangan kecik sangat, sedang2 ja)
8. 1 sudu serbuk kari
9. Kicap Masin (aku guna kicap Jalen)
10. 1 mangkuk air
11. Sos cili
12. 1 sudu teh garam

Cara :

1. Cuci kepak ayam hingga bersih. Gaulkan dengan serbuk kari dan biarkan selama beberapa minit.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang-bawang, halia, bunga lawang, kayu manis dan cili kering.
3. Tunggu sampai naik bau. Then masukkan ayam yang sudah di peram dengan serbuk kari, gaul hingga rata.
4. Letak kan kicap dalam 3 sudu dan masukkan semangkuk air.
5. Biarkan, tunggu sehingga warna sebati. Letak 1 sudu kecil garam.
6. Selepas 10 minit, campur 2 sudu sos cili dan gaul hingga rata.
7. Kacau selang 5 minit dan tunggu hingga masak dan kuah kicap meresap ke dalam ayam.

Kalau sudah nampk warna macam coklat kehitaman macam gambar di atas, kira jadi lah tu and rasa berempah sikit. Pastikan masak hingga ayam tu masak k? Ada pula kang makan ayam mentah! haha

Anyway, pandailah rasa sendiri cukup ka tidak bahan tu. Kalau ada kurang, adjust2 la ya.

Selamat Mencuba ;)

spaghetti mudah

Bahan untuk kuah spagheti ;

Of course la TOMATO PUREE.
Daging lembu / ayam yang dicincang. 500gram cukup la .
Carrot yang dipotong dadu . Ikot suke nak banyak mana.
Tomato yang juga dipotong dadu. Pun ikut suka. Tapi kalau masa nak beli tomato, ambik tomato yang keras bile kite picit. Bile masak tak la hancur .
3 sudu Cili kering yang dah di blender.
Bawang besar. Kalau rajin potong dadu . Tapi saya cincang je.
Kalau nak masuk capsicum pun boleh . Saya suka bau dia . Harumm . :)

Bahan untuk rebus pasta :

Air rebusan secukupnya .
1 atau 2 sudu garam.
3 , 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun

Memasak Kuah Spagheti :
Tumis bawang besar dan daging cincang sehingga bawang garing.
Masukkan tomato puree dan tambah air 1 setengah tin.
Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
Tumis cili sehingga garing dan campurkan dengan 2 sudu sos tiram. Campurkan dalam kuah .
Tambah garam secukup rasa.

Merebus pasta :
Air rebusan secukupnya bermaksud mampu menutupi keseluruhan pasta.
Didihkan air rebusan yang sudah bercampur garam dan minyak dahulu .
Masukkan pasta setelah mendidih dan tutup periuk rebusan.
Tunggu selama sepuluh minit.
Toskan dan hidangkan
Selalunya saya rebus pasta dalam rice cooker . Tutupkan .

Cara lainnya :
Didihkan air rebusan bercampur garam.
Masukkan pasta dan tutup periuk rebusan.
Tunggu sehingga sepuluh minit.
Toskan .
Gaulkan dengan minyak masak atau minyak zaitun.

Resipi Roti Jala Ceria

Bahan-Bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 cawan susu cair
sesudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya :

1. Campur semua bahan dan kisar dengan blender

2. Kirai roti jala di atas kuali sederhana panas. Kemudian apabila telah masak, lipatkan ia.

3. Lebih unik kalau buat begini kan?

4. Roti jala siap dihidangkan bersama kari atau sambal ikan bilis.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Lopes Ceria

Resipi Kuih Pulut Lopes Ceria, terdapat cara pantas untuk membuatnya iaitu dengan kitar semula pulut yang telah kita masak, caranya:
1. Bentukkan bulat leper. Caranya, basahkan tangan dengan air

2. Masukkan dalam loyang bersama kelapa parut muda. Kukus sekejap sahaja dalam 10 minit dan biarkan sejuk

3. Masak gula melaka, untuk buat sosnya. Guna dua kerek gula melaka dan 1 cawan air. Simpulkan daun pandan dan campak je ke dalam

4. Tuangkan gula melaka ke atas lopes.
SELAMAT MENCUBA
Kalau nak buat yang betul punya:
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
sesudu kecil pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
Air gula melaka

Kaedahnya:
Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kemudian, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat dengan plastik / daun pisang.
Biarkan sejuk
Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.

Tuesday, 6 December 2011

Satay Lilit Ayam

Bahan-bahan
200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan

Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu




Cara-cara :
1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat.  Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau.  Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula.  Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
*** K1 membakarnya dalam oven dengan melapiknya dengan aluminium foil pada suhu 180C selama 20 minit.
*** Balut dahulu batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.

Chicken Chop Panggang (Grilled Chicken Chop)

Bahan-bahan
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) / 1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar minyak bijan K1 tambah

Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan dan gaul dengan ayam hingga rata. Kemudian perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air, K1 guna 800ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Kek Pelangi (Rainbow Cake)


Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
serbuk koko secukupnya (K1 tambah)

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris


Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

Saturday, 3 December 2011

Resepi MARSHMALLOW halal

jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)
 bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

Thursday, 1 December 2011

Perihal PUTIH :)





Salam awak-awak semua :)
hatiku gembira kerana mr.broadbandku sudah pulih daripada sakit tenat tempoh hari .

tapi sebelum tu saya ada tawaran istimewa buat awak

klik sini tau ,terima kasih.
ok murid-murid, pagi hari mulia ini kita akan cerita perihal PUTIH.


  • PUTIH ialah putih dalam bahasa Melayu , White pula putih dalam bahasa Inggeris *ini pelajaran basic

  • Warna PUTIH sering dikaitkan dengan sifat bersih dan suci.  Bagi aku, putih buat aku rasa bebas seperti burung :)

  • Golongan Hawa sanggup bertungkus-lumus menggunakan pelbagai jenis kosmetik yang menjanjikan kulit muka yang PUTIH gebu walaupun kesasihan dan keselamatan produk tersebut berada di tahap paling mencurigakan.

  • Kucing yang berwarna PUTIH bagi aku seekor kucing yang sangat manja dan comel.  Waktu sk rendah dulu, aku ada membela Si Putih namun jodoh kami tidak panjang, beliau mati kerana dilanggar kereta durjana.  beliau hanya bertahan lebih kurang 3 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ..aku mengaku aku menangis tersedu-sedan bila arwah atuk bagitau Si Putih dah mati, masa tu aku baru balik sekolah agama. eh apasal mata aku sparkling?

  • Golongan lelaki juga amat mudah tertarik kepada golongan wanita berkulit PUTIH lagi cerah.  kalau korang seorang pemerhati terperinci seperti aku, korang akan perasan dalam dunia ni memang kebanyakan lelaki berkulit kurang putih beristeri, bertunang, berawek, berhubungan dengan perempuan berkulit PUTIH.

  • Manusia sering memperlekehkan manusia lain yang berkulit kurang PUTIH atau senangnya hitam atau coklat gelap sedangkan bagi aku orang berkulit gelap juga punya tarikan tersendiri dan ada aura yang unik.

  • Filem dan drama hantu hanya memaparkan hantu, pontianak, kuntilanak dan sebagainya dengan berpakaian PUTIH.  Lebih malang lagi, kesemua jenis hantu itu berjantina wanita.  Aku rasa kasihan, wanita seluruh dunia seperti diperkotak-katikkan dengan memakai kostum momok dan menakutkan golongan manusia yang lain.  Tapi Maya Karin a.k.a Izzah dalam Ombak Rindu 2011 dulu popular sebab jadi Pontianak Harum Sundal Malam.

  • Jika anda menghadiri atau melawat jenazah yang meninggal dunia, anda digalakkan memakai pakaian PUTIH atau warna gelap.  warna-warna striking seperti merah jambu, oren dan hijau pucuk pisang adalah dilarang sama-sekali kerana ini bukan acara Fashion Show.  Tetapi jika dalam keadaan darurat seperti baru pulang dari tempat kerja dan sebagainya, itu tidak mengapa.

  • Golongan wanita juga kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan berkatian KEPUTIHAN.  Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau.  Cara untuk mengatasinya boleh mintak tolong uncle google ok.

  • Golongan yang pergi menunaikan haji dan umrah juga memakai kain ihram berwarna PUTIH. Bila aku tengok dekat tv diorang shoot dari atas nampak semua putih kecik-kecik lalu depan Kaabah tu.

  • Dalam tubuh badan kita, terdapat 2 jenis darah iaitu darah merah dan darah PUTIH.  Masalah kekurangan sel darah putih dipercayai akibat kurang makan karbohidrat, protein dan sayuran.  Alamak macammana ni aku tak suka makan sayur :(

  • Semakin umur kita meningkat, kemungkinan untuk mendapat uban yang berwarna PUTIH di rambut adalah sangat tinggi.  Terdapat juga mitos-mitos mengatakan uban yang berlaku pada usia muda kerana terlalu banyak berfikir, yek yek  je?



ok cukup sampai sini dahulu.  aku mohon maaf pada mereka yang datang follow dan bw kat sini tapi aku tak balas balik.  Harini baru mr.broadband laju sikit dan korang pun tahu aku baru naik sem baru , jadi ada banyak hal-hal lain yang perlu lebih diutamakan :)
oleh itu tolong jangan cakap aku sombong , tumbuk kang! haha
harap korang tak makan hati atau sentap.kehkeh.
jumpa lagi :)

Sunday, 27 November 2011

Senarai password yang mudah dihack .

Salam..
hai hai hai..
hati gembira mr.broadbandku sudah dibayar..
kihkihkihkih * ketawa ala devil






ok.cukup dulu gelak tak berfaedah , jom semak password korang..aku faham password kat bawah ni nampak cantik ok, tapi cantik itulah yang mudah dihack tahu?
kalau boleh buat password sepanjang dan sesukar yang boleh,faham.




 1. password

2. 123456

3.12345678

4. qwerty

5. abc123

6. monkey

7. 1234567

8. letmein

9. trustno1

10. dragon

11. baseball

12. 111111

13. iloveyou

14. master

15. sunshine

16. ashley

17. bailey

18. passw0rd

19. shadow

20. 123123

21. 654321

22. superman

23. qazwsx

24. michael

25. football

Thursday, 24 November 2011

IKAN TALAPIA SALAI MASAK CILI API


IKAN TALAPIA SALAI MASAK CILI API style skuad olimpik syria 2-0 sempena kekalahan Malaysia semalam.

Bahan
1 . seKILO ikan di salai dahulu
2 . RM2 santan pekat
3 . asam keping sikit
4 . ada belimbing buluh pun sedap!!
5. daun kunyit

Bahan tumbuk
1 . 10 biji cili api ( ikut la klu nk pedas ke tak)
2 . kunyit hidup
3. garam

Cara.
1. Ikan talapia dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan. pastu salai ikan tu.

2. masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan pastu masukkan asama keping. biarkan kuah sampai mendidih ( ni cara saya buat tau... org lain mungkin lain)

3 . Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak masuk

4. Bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan salai dan belimbing besi.

5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.. biarkan sanggan di atas api yg perlahan sampai kuah tu jadi pekat cam dalam gambar tu. agak2 nak angkat tu koyak2kan daun kunyit untuk bagi wangi masakan ikan tu.

6. pastu boleh hidang!!!

Wednesday, 23 November 2011

Black pepper steak bola sepak sea games 2011

Menu bola sepak sea games 2011 ala2 western. Dah lama tak pekena steak..cam mengidam pulak! Aku paling suka resepi  sos black pepper ni!

Bahan Daging

peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 minit.
masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut. Ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.


Bahan-bohon sos pepper steak:

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam




Cara2:
Cairkan butter dalam saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk, black pepper, mushroom dan kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.

Apapun tahniah buat skuad harimau muda kita yang berjaya mengalahkan Indonesia walaupun sepakan penalti. Pujian seharusnya pada Khairul Fahmi dan Asrarudin. Kepada Badrul Bakhtiar, gol awak bukan penyelamat sebab orang lain sepak masuk juga. Kepada Fakri, awat main macam serabai, yang herannya Ong Kim Swee boleh kekalkan dia main sampai 128 minit. Sakit je hati, sepak penalti pun macam kakak yang sepak hehe

AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahannya:

- 7 ketul ayam (saiz kecik)
* 4 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 sudu besar cili kering kisar/giling (kalau tak suka pedas..boleh kurangkan)
- 1/2 labu bawang besar
* 1 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
- sedikit kulit kayu manis
- 1/2 cawan kicap campur (terpulang kepada tahap kemasinan dan kemanisan kicap masing2. kita punya kicap masin manisnya dah cukup..tak payah tambah garam lagi)
- 1/2 cawan air

Cara :
- Kisar dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau/pecah minyak.
- Masukkan kulit kayu manis kemudian asukkan cili kering kisar.
- Masukkan pula kicap campur dan air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ayam (kalau nak goreng dulu pun boleh jugak..tapi kita tak suka goreng..suka masuk terus supaya rasa kicap tu sebati dgn ayam).
- Didih sehingga kuah pekat. Kalau tak pekat boleh letak tepung jagung.
- Gunakan deria rasa untuk memastikan masakan anda menepati selera masing2. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika.
- Ayam Masak Kicap dengan aroma bunga kantan dan daun limau purut sedia untuk dihidang...

kek karemel coklat moist


~kek karemel coklat moist~
bahan A:
1 cwn serbuk koko
... 1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
4 bj telor (blender jer)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**

donut dengan coklat


500gm tepung berprotein tinggi(tepung roti)
1 peket yis segera (11gm)
50gm marjerin
1 sudu makan penuh shortening
1 sudu makan penuh gula pasir
2 sudu makan susu pekat.atau susu tepung(sya guna susu tepung)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
gula halus atau topping kegemaran
190ml-200ml air suam2 kuku (bergantung pd kualiti tepung)

dalam bekas besar..tuangkan air suam...masukkan yis segera,gula pasir,susu tepung,marjerin dan shortening....kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit...
setelah yis mula berbuih..ayakkan separuh dr tepung terus kedalm adunan...masukkan pulatelur yg dipukul sedikit dan juga garam...
kacau adunan hingga sebati dan melakat pada sudu..(dikacau satu arah saje dgn sudu..)
ayak lg tepung selebihnya...gaul menggunakan sudu seketika barula uli dgn tangan...
uli hingga sebati dan tidak melakat pada tangan..
doh xperlu direhatkan(klu nak rehatkan pun boleh 5-10 minit0) boleh terus canai setebal 1/2 inci...boleh tmbah sedikit tepung jika adunan sedikit lembik ketika ini...terap doh ikut adunan donut atau ikut suka...doh akan mula ringan dan mengembang sementara menunggu minyak panas....
goreng di dalam minyak yg byk..goreng hingga kekuningan dan toskan...salut dgn topping kesukaan...

sya guna choc ganache jer..hehe^,^

Kek Karamel Ceria


Ada orang cakap, ini kek tahi itik. Apa-apapun, jom tengok resepinya..

utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...


Bahan:
5 Biji Telur
250gm butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (GUNA MILO)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.



Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree

Sunday, 20 November 2011

Dilanda kesibukan di semester baru ^_^

Salam kawan-kawan..


maaf kerana termasuk harini 3 hari aku tak update blog dan balas jejak korang..
aku sangat kecewa kerana mr.broadband Digi aku rupaya masih tak berbayar lagi..
almaklumlah di rumah aku guna P1 jadi mr.broadband aku tak usik langsung.
tuptup aku try guna hari sabtu haritu , dah tak boleh guna plak ..cis!




aku minta maaf sangat2 ye..ni pun aku update dalam library..
 dekat Alor Gajah ni aku tak tahu pulak nak bayar dekat mana pasal biasa aku bayar tiap kali aku nak balik cuti dekat Melaka Sentral.. :( sedih sungguh kan?
buat masa ni aku tak dapat nak keluar lagi..mungkin hujung minggu ni aku keluar bandar dan boleh bayar broadband tu sekali. 
minggu pertama kira mood cuti lagi sebab belum mula belajar lagi..minggu depan aku dah mula belajar dan blog ini bakal bersawang mungkin huhu.


doakan aku baik-baik saja dekat sini ye..nanti update lagi sekali aku printscreen jadual sekali..
rindu sama kalian wuuu :(
sampai berjumpa lagi ye..bye2..














Friday, 18 November 2011

UITM, Tunggu kepulangan daku esok ye ^_^

Salam kawan-kawan..


berita separa tergempar malam ni ialah situasi bermuram durja telah melanda di seluruh Malaysia.
Hal ini demikian kerana pelajar Diploma yang menuntut di Universiti Teknologi Mara bakal meninggalkan rumah dan lauk enak masakan ibu tercinta.
Mereka bakal melapor diri untuk semester baru pada hari Sabtu dan Ahad ( 19 dan 20 November 2011)
di UITM masing-masing.


sekian, berita terkini blogger.com.
aku dah pulang dari membeli belah *beli belah kat Giant je :)
barang-barang sudah siap disusun di ruang tamu..
kepada semua kawan-kawan blogger UITM
aku ucapkan selamat kembali ke kampus
 demi mencapai cinta  cita-citamu :)
aku bakal sedikit sibuk sem depan..nanti aku postkan jadual kelas aku ok?
jumpa lagi kawan-kawan..
aku pasti merindui kalian ^_^




terima kasih :)

Thursday, 17 November 2011

kelam-kabut , padan muka aku ! :P

Salam kawan-kawan..
aku taip laju-laju ni sekadar nak bagitahu aku nak keluar pergi membeli belah atau dalam bahasa omputihnya shopping..




kalian haruslah tahu aku akan bakal pulang ke UITM MELAKA esok pagi..
dan di atas kemalasan diri yang berganda..
aku tak kemas apa-apa pun lagi..
barang-barang pun tak beli lagi..


oyeah nampak sangat aku tak rela nak balik esok pagi kan?
minta maaf kalau ada yang aku terlepas pandang untuk balas jejak korang ye..
tolong jangan cakap aku sombong, debik laju-laju kang kihkih


eh apasal rasa macam dah panjang plak post aku ni..
nanti aku update lagi dan balas jejak korang superduper laju ye..
fine, aku jeles budak sekolah dah mula cuti
budak uitm kena naik sem baru :(


jumpa lagi , salam :) 






Tazkirah Jumaat ^_^

Salam kawan-kawan




setiap perbuatan haruslah mulakan dengan niat yang baik dan ikhlas


DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH




DIAKHIRI DENGAN ALHAMDULILLAH




dan selepas itu ucaplah alhamdulillah tanda berterima kasih kepada Pencipta -Mu.


^_^

SEGMEN: Jom Terjah ^_^

Salam


petang-petang ni aku menyeru kepada kawan-kawan
jom join segmen super mudah :)
semudah ABC + cendol = oh sedapnya :D

eh kejap, cuba klik sini untuk surprise  




Syarat-syarat mudah :)




apa tunggu lagi ?
SERANGGGG!!!!

Wednesday, 16 November 2011

SPONTANEOUS THURSDAY: Lelaki dan Wanita ^_^







LELAKI yang BERJAYA kerana ada SEORANG WANITA di hatinya
tapi
LELAKI yang GAGAL kerana ada BANYAK WANITA di hatinya




pesanan penaja:  JANGAN SESEKALI MEMPERMAINKAN HATI AKU  (WANITA)

SPONTANEOUS THURSDAY: Duit ^__^

Salam kawan-kawan




" Duit bukanlah segala-galanya bagi seorang manusia
namun kini
segala-galanya memerlukan duit "


mengidam nak makan gula-gula Hacks pun kena ada 5sen :)

BIODATA SAYA ^__^







NAMA PENUH :  Nur Faezah Abdul Majid


NAMA PANGGILAN: Sis92 (dunia maya) / ieja(dunia nyata)


TARIKH LAHIR 
DAN TEMPAT LAHIR: 26 September 1992 di Hospital Sultanah Aminah, JB.


ASAL: Lahir di Jb, dibesarkan atuk dan nenek di Segamat sehingga tamat Form5 kemudian pulang ke pangkuan keluarga sehingga sekarang. ( atuk meninggal semasa Form3, nenek meniggal semasa Form 4, ayah meniggal semasa Form 5)


HOBI MASA KECIK DULU:  Main basikal lepastu bajet hebat tak pegang handle:P


HOBI MASA SEKARANG: Blogging dan membaca ^__^


CITA-CITA : Polis(pengaruh cerita Gerak Khas) > Jururawat> doktor > cikgu > pembaca berita TV3 ( pengaruh Saiful Nizam si kacak ) > pensyarah >
cita-cita tetap sekarang = PENSYARAH ^__^


MAKANAN KEGEMARAN: Ayat standart kecik2 dulu, semua yang halal semua masakan emak.
-aku suka ayam, coklat, dan lain-lain.
-aku tak suka sayur taugeh dan sawi !


MINUMAN KEGEMARAN: Ayat standart kecik2 dulu, semua yang halal, semua yang emak buat 
-aku sangat obses soya bean :)


WARNA KESUKAAN: Merah jambu dan putih paling minat.
selain tu, aku suka jugak warna ungu, coklat dan hijau.


LAGU PALING DIMINATI: Kalau aku list penat awak semua nak baca ye dak ?kihkih
aku peminat suara Siti Nurhaliza dan aku layan Nsync :)


LAGU PALING DIBENCI: ada banyak jugak tapi setakat yang latest ni Aishiteru.  selain tu, aku pun menci lagu Jaclyn Victor yang Dibawah Pohon Asmara.:P


KAWAN BAIK:  aku tiada kawan yang betul-betul baik dan boleh dijadikan sahabat sebab bagi aku kawan baik adalah diri kita sendiri :)


KAWAN BIASA:  Kalian semua yang mengenali dan kawan dengan aku :)


KAWAN MUSUH: dulu masa kecik2 siap tulis nama, pastu siap tulis jangan bagitahu orang lain ,haha mereka yang berkawan dengan aku tapi tak ikhlas dan mengutuk aku dibelakang ?whatthechicken?


SIFAT POSITIF: aku boleh kawan dan layan semua orang :)


SIFAT NEGATIF: aku boleh jadi seorang pendendam yang hebat :)


SEKOLAH
-tadika Kemas Gemereh, Segamat
-sk Gemereh, Segamat
-smk Dato Bentara Dalam, Segamat (aku budak nakal di hostel walaupun pakcik aku GPK HEM kat situ haha :D)


UNIVERSITI:
UITM CAWANGAN MELAKA ( dulu dikenali Uitm Lendu)
aku  sayang Uitm sebab bagi aku tanpa Uitm masih ramai anak bangsa kita ketinggalan ke belakang :)
-aku merupakan pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat 
Semester 4 pada 20/11/11 :)


MOTO DALAM PELAJARAN:  aku takda moto yang tetap sebenarnya ..
sebab bagi aku usaha lah selagi boleh lepastu baru lah doa pada Allah :)


UCAPAN UNTUK KAWAN BLOGGER:


terima kasih sebab jadi pembaca, kawan, dan penyokong aku di sini :)
it's nice to be nice bebeh ^__^


-harap maaf sebab tak tayang gambar dengan muka sendiri , aku pemalu 






...ehem..nak menjana wang dengan hebat?
jom daftar churpchurp klik sini
cara nak share churpchurp klik sini 


^_^