Salam awak-awak semua :)
hatiku gembira kerana mr.broadbandku sudah pulih daripada sakit tenat tempoh hari .
tapi sebelum tu saya ada tawaran istimewa buat awak
klik sini tau ,terima kasih.
tapi sebelum tu saya ada tawaran istimewa buat awak
klik sini tau ,terima kasih.
ok murid-murid, pagi hari mulia ini kita akan cerita perihal PUTIH.
- PUTIH ialah putih dalam bahasa Melayu , White pula putih dalam bahasa Inggeris *ini pelajaran basic
- Warna PUTIH sering dikaitkan dengan sifat bersih dan suci. Bagi aku, putih buat aku rasa bebas seperti burung :)
- Golongan Hawa sanggup bertungkus-lumus menggunakan pelbagai jenis kosmetik yang menjanjikan kulit muka yang PUTIH gebu walaupun kesasihan dan keselamatan produk tersebut berada di tahap paling mencurigakan.
- Kucing yang berwarna PUTIH bagi aku seekor kucing yang sangat manja dan comel. Waktu sk rendah dulu, aku ada membela Si Putih namun jodoh kami tidak panjang, beliau mati kerana dilanggar kereta durjana. beliau hanya bertahan lebih kurang 3 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ..aku mengaku aku menangis tersedu-sedan bila arwah atuk bagitau Si Putih dah mati, masa tu aku baru balik sekolah agama. eh apasal mata aku sparkling?
- Golongan lelaki juga amat mudah tertarik kepada golongan wanita berkulit PUTIH lagi cerah. kalau korang seorang pemerhati terperinci seperti aku, korang akan perasan dalam dunia ni memang kebanyakan lelaki berkulit kurang putih beristeri, bertunang, berawek, berhubungan dengan perempuan berkulit PUTIH.
- Manusia sering memperlekehkan manusia lain yang berkulit kurang PUTIH atau senangnya hitam atau coklat gelap sedangkan bagi aku orang berkulit gelap juga punya tarikan tersendiri dan ada aura yang unik.
- Filem dan drama hantu hanya memaparkan hantu, pontianak, kuntilanak dan sebagainya dengan berpakaian PUTIH. Lebih malang lagi, kesemua jenis hantu itu berjantina wanita. Aku rasa kasihan, wanita seluruh dunia seperti diperkotak-katikkan dengan memakai kostum momok dan menakutkan golongan manusia yang lain. Tapi Maya Karin a.k.a Izzah dalam Ombak Rindu 2011 dulu popular sebab jadi Pontianak Harum Sundal Malam.
- Jika anda menghadiri atau melawat jenazah yang meninggal dunia, anda digalakkan memakai pakaian PUTIH atau warna gelap. warna-warna striking seperti merah jambu, oren dan hijau pucuk pisang adalah dilarang sama-sekali kerana ini bukan acara Fashion Show. Tetapi jika dalam keadaan darurat seperti baru pulang dari tempat kerja dan sebagainya, itu tidak mengapa.
- Golongan wanita juga kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan berkatian KEPUTIHAN. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Cara untuk mengatasinya boleh mintak tolong uncle google ok.
- Golongan yang pergi menunaikan haji dan umrah juga memakai kain ihram berwarna PUTIH. Bila aku tengok dekat tv diorang shoot dari atas nampak semua putih kecik-kecik lalu depan Kaabah tu.
- Dalam tubuh badan kita, terdapat 2 jenis darah iaitu darah merah dan darah PUTIH. Masalah kekurangan sel darah putih dipercayai akibat kurang makan karbohidrat, protein dan sayuran. Alamak macammana ni aku tak suka makan sayur :(
- Semakin umur kita meningkat, kemungkinan untuk mendapat uban yang berwarna PUTIH di rambut adalah sangat tinggi. Terdapat juga mitos-mitos mengatakan uban yang berlaku pada usia muda kerana terlalu banyak berfikir, yek yek je?
ok cukup sampai sini dahulu. aku mohon maaf pada mereka yang datang follow dan bw kat sini tapi aku tak balas balik. Harini baru mr.broadband laju sikit dan korang pun tahu aku baru naik sem baru , jadi ada banyak hal-hal lain yang perlu lebih diutamakan :)
oleh itu tolong jangan cakap aku sombong , tumbuk kang! haha
harap korang tak makan hati atau sentap.kehkeh.
jumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment