Tuesday, 15 July 2014

Puding Aiskrim Kiwi Strawberry


Puding Aiskrim Kiwi Strawberry

 Bahan-bahan ( 20 cup )



Untuk puding kiwi:
Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
2 1/2 air
Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
2 biji buah kiwi ( Jangan terlalu banyak, boleh menyebabkan puding kiwi kelat dan terlalu masam)
1/2 tin susu cair
sedikit perwarna hijau
sedikit hirisan kiwi dipotong dadu. Untuk hiasan
Untuk puding strawberry:
Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
2 1/2 air
Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
4 biji buah strawberry
1/2 tin susu cair
sedikit perasa strawberry warna merah. Seeloknya perasa tersebut menpunyai bau dan rasa seperti strawberry. menjadikan puding rasa lebih sedap.
sedikit hirisan strawberry dipotong dadu. Untuk hiasan seperti gambar diatas.





Cara-cara



Separa kisar kiwi dengan pengisar dan masukan 1/2 cawan air untuk memudahkan pengisaran. Sama cara untuk strawberry.
Masukkan 2 1/2 air, susu cair, gula dan serbuk agar-agar kedalam periuk dan masak hingga mendidih. Sekiranya warna tidak menarik, boleh tambah sedikit perwarna. Sama step untuk kedua-dua perisa, kiwi dan strawberry.
Kemudian, masukkan bancuhan kiwi kedalam acuan puding. setelah agak keras, masukkan bancuhan puding strawberry pula. p/s: Pastikan puding kiwi tidak terlalu keras, terus masukkan puding strawberry. jika terlalu keras, kedua2 puding ini tidak akan melekat. Sekiranya puding kiwi dah terlalu keras, kuiskan permukaan nya sebelum diletakkan puding strawberry itu. (saya guna acuan getah, senang untuk tanggalkan puding dari acuam)
Kemudian, masukkan kedalam peti ais. Sekiranya mahu menjadikan puding ini aiskrim, letakkan ia didalam sejuk beku sehari. Sudah siap, selamat mencuba! :)





oleh: Lisa Hani

Monday, 14 July 2014

Choc Bread Pudding

bread, bread if, giga pudding, bread and milk, bread guitar man, bread and butter, whole wheat bread, if bread, bread aubrey, pudding, guitar man bread, aubrey bread, bread diary, pudding wrestling, bread of heaven, bread of life, choc cong an, bread fish, banana bread, no knead bread, bread pudding, panera bread, banana bread recipe, america, corn bread, milk and bread, garlic bread, love or bread, if by bread, pudding face commercial, bread songs, french bread, banana pudding, rice pudding, making bread, supernatural pudding, pudding surprise, mud wrestling, if, pudding face, best of bread, break bread, shortnin bread, bread recipe, chocolate pudding, baking bread, fred hammond, diary bread, chicago, bill cosby pudding, lil wayne, david gates, monkey bread, if bread lyrics, asher roth, i like bread, bread and roses, bill cosby, bee gees, bread machine, bread pudding recipe, electro choc, bread making, yorkshire pudding, isreal new bread, primus pudding time, pumpernickel bread, pita bread, sourdough bread, everything i own, homemade bread, pudding farts, jim croce, bread if lyrics, pudding time, garlic bread recipe, goodbye girl- bread, the state pudding, zucchini bread, artisan bread, our daily bread, sweet surrender bread, bread mother freedom, choc, bread sweet surrender, ciabatta bread, good eats bread, bread maker, ginger bread man, epic bread man, daily bread, damian marley, french bread recipe, bread and bologna, journey, italian bread, guitar man, if bread original, wonder bread,

Choc Bread Pudding

Bahan-bahan:

Bahan A:

6 keping roti sandwich (dipotong kecil2)
2 biji telur A
2-3 sudu besar gula aising
1/2 cawan susu cair

Bahan B:

7 gm agar-agar
4-5 sudu besar gula pasir (kalau kurang manis, boleh tambah) 400 ml air
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar serbuk coklat.

Cara-cara

  1. Bahan A :Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega. Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit. Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang sambil diratakan sedikit. Kukus selama 10-15 minit shj. Setelah masak, ketepikan.
  2. Bahan B :Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur. Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil. Tapiskan dan terus tuangkan ke dalam loyang tadi. Sejukkan sebelum dipotong.
oleh: dayang_jack

Resepi Biskut Makmor

Biskut Makmor

Kuih Makmor antara kuih raya tradisi yang masih mendapat tempat di hati.Bagi anda yang kurang pasti cara membuatnya, mari ikuti resepi di bawah.

Bahan bahan:
600gm tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard

Cara menyediakan:
1. Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. 

2. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. 
3. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.

Sunday, 13 July 2014

Resepi Lemon-Blueberry "Cheesecake Bars"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Kali ni nak buat cheese cake bars, selalunya orang buat cheesecake ader crumb kat bawah sahaja kan, kalini sayanyer cheesecake ader crumb kat atas dan juga di bawah. 


Jom buat cheese cake bars..
Lemon-Blueberry "Cheesecake Bars"

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional - saya tambah
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.

Resepi Udang Galah Masak Merah

Udang galah adalah menu yang tinggi nilainya.Bukan selalu dapat menikmatinya berikutan harga udang galah memang agak mahal. Tapi bila ada udang galahnya, resepi ini mesti di cuba.

Jom tengok resepi Udang Galah Masak Merah.

Bahan-bahannya

15 ekor udang galah
1 biji kelapa tua
200 gm puri tomato
200 gm cili boh
400 gm bawang besar
50 gm bawang putih
30 gm daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 tin minyak sapi
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
5 gm bunga cengkih
50 gm serbuk kunyit
3 tangkai serai

Cara menyediakan:


1.  Udang galah dibersihkan, digaulkan bersama kunyit serbuk & sedikit garam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang galah. Ketepikan sedikit minyak masak untuk menumis. 
3. Sesudah minyak panas, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, bawang merah, bawang putih, cili boh,puri tomato & santan. 
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa. Potong daun bawang, letakkan di atas udang galah.

Saturday, 12 July 2014

Orange and Chocolate Mousse "Trifle"

 
Orange and Chocolate Mousse "Trifle"
Orange and Chocolate Mousse "Trifle"

BAHAN BAHAN

(15 cawan - bergantung pada saiz)

Chocolate Mousse
250g coklat bar - Ikut suka nak guna dark or milk
300ml whipping cream
40ml susu segar
1 3/4 sudu besar gelatin
20g gula kastor

Orange Mousse
1 biji parutan kulit oren.
1 biji jus oren - lebih kurang 60ml
300ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin
55g gula kastor

Bahan Lain
1 biji sponge cake - dipotong dadu kecil (bole beli or buat)
kacang yg ditumbuk secukupnya - boleh guna apa2 jenis kacang 

CARA CARA


Chocolate Mousse
1. Satukan susu segar dan gelatin. Gunakan kaedah double boil dan kacau sehingga gelatin cair. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan kaedah double boil juga, masukkan coklat bar kedalam mangkuk. Kacau sehingga coklat cair. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream dan gula sehingga kental (hard peak).
4. Ambil 1/3 daripada adunan whipping cream, masukkan kedalam adunan coklat. Kuap balik sebati. Buat sehingga selesai. Kemudian, masukkan campuran gelatin tersebut dan kaup balik rata. Sementara buat orange mousse, masukkan sekejap dalam fridge.

Orange Mousse.
1. Satukan jus oren dan gelatin kedalam mangkuk. Gunakan kaedah double boil dan kacau sehingga gelatin larut. Biarkan sejuk seketika.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan whipping cream, parutan kulit oren dan gula. Pukul sehingga kental.
3. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam whipping cream dan kaup balik sebati.

Penyediaan
1. Sediakan cawan yg sesuai.
2. Untuk base, masukkan sedikit sponge cake. Kemudian, masukkan chocolate mousse kedalamnya.
3. Kemudian, taburkan kacang diatasnya. Sambung kembali diatasnya dengan paipkan orange mousse. Buat sehingga habis.
4. Sejukkan lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum dihidang.

Selamat mencuba ya........ ENJOY!

Resepi Rendang Udang Galah Salai Berkunyit

Rendang Udang Galah Salai Berkunyit

Bahan-bahan:
  • 1 kg udang galah(sederhana besar)
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih (dikisar)
  • 50 gram buah keras (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 30 gram halia (dikisar)
  • 20 gram lengkuas (dikisar)
  • 20 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
  5. Selamat mencuba!

Thursday, 10 July 2014

Resepi Puding Roti Bakar

  Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:-

  • 9 keping roti  
  • 2 sudu  butter
  • 3 sudu kismis
Bahan A
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
 
Cara menyediakan:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
  2.  Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Siap

Resepi Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune 

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5. Img_0203
    Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6. Img_0001
    Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama

Wednesday, 9 July 2014

Resepi Caramel Cheese Cake

Resepi Caramel Cheesecake
Caramel Cheese Cake

Caramel Cheesecake hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahan Caramel Cheesecake ( 18cm )

Krim
-250g cream cheese - suhu bilik -3 biji telur -1cawan(200ml) sour cream -1cawan(200ml) fresh cream -120g gula -2 sudu besar corn starch -Beberapa titik vanila esen
 

Lapisan bawah  

-100g biskut marie/ graham cracker
-50g butter(cairkan)
 

Caramel

-1/4 cwn(50ml) fresh milk -80g gula
  

Cara Menyediakan Caramel Cheesecake:  
  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur, masukkan juga butter dan ramas sehingga jadi berketul.

  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi. 

  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan.

  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula, esen vanila, sour cream, telur, corn starch, fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehingga menjadi bentuk krim.
  1. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dengan meletakkan air suam di dalam dulang.

Peanut Butter Raisin Stick

jeff dunham, stick figures, peanut, peanut live 215, disco stick, jeff dunham peanut, family guy, stick with you, stick stickly, peanut butter jelly, stick fight, magic stick, stick it, cocoa butter kisses, stick drill, stick figure, gummy bear song, stick wars, fred, funny, stick, peanut jeff dunham, peanut butter, stick figures fighting, lady gaga, attack attack, jeff dunham walter, stick people, soulja boy, funny cats, stick fights, funny video, wu tang, lil wayne, wu tang dance, butter, peanut butter gamer, charlie the unicorn, funny stick figures, butter floor prank, butter floor, chapman stick, lil peanut, funny pranks, crazy frog, funny videos, peanut live, stick drill dance, stick death, stick figure randomness, pogo stick, justin bieber, numa numa, eminem, skydoesminecraft, stick figure fights, pewdiepie, stick man, annoying orange, chris brown, dane cook, nicki minaj, south park, family guy episodes, big butter jesus, stick and roll, stick of truth, nigahiga, pogo stick tricks, stick em up, cat daddy, banana phone, happy tree friends, stick wit u, 50 cent, minecraft, stick fighting, jeff dunham achmed, stick war, stick n roll, bread and butter, taylor swift, poker face, spongebob squarepants, stick figure fight, stick wit you, cha cha slide, funny stuff, miley cyrus, pussycat dolls, raisin brahms, gangnam style, attack attack smokahontas, butter trailer, wobble, party rock anthem, cupid shuffle, rip stick, shoes,
Roti dengan inti peanut dan kismis

Bahan-bahan ( 14 biji )

  • 120ml susu segar
  • 1 biji telur(50g)
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar gula
  • 2/3 sudu kecil garam
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  •  
  • inti
  • -kismis secukupnya
  • -peanut butter secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ikut susunan dari atas ke bawah, kec. utk inti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh dan ON kan.
  2. Keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 14 biji. Kemudian rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan memanjang. Kemudian sapukan dengan peanut butter dan taburkan kismis. Lepas tu gulung rapat-rapat.
  4. Bahagian sambungan tu biar letak di bahagian bawah. Kemudian gunting bahagian atas. Awas jangan sampai terputus. Ulang sampai habis.
  5. Kemudian rehatkan roti selama 30-40 minit.
  6. Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180C.
oleh: yani

Tuesday, 8 July 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit

 Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan: 

  • 4 ketul ayam
  • 10 btg kacang panjang 
  • 8 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1biji bawang besar - dihiris
  • 2 batang cili merah - potong menyerong
  • Serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • Minyak secukupnya
  • 3 btg cili api - dipotong menyerong

Cara menyediakan:

  1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit dan garam.Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit,kari dan garam.
  2. Tumis bawang putih hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan ayam, biarkan seketika hingga ayam masak.
  4. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah.Biarkan hingga bawang layu dan kacang panjang  bertukar warna.
  5. Kacau bagi sebati. Kemudian bolehlah ditutup api. Siap

Resepi Ayam Masak Merah Bersantan

  Ayam Masak Merah Bersantan

Bahan - bahan:

  • 3 ketul ayam
  • 1 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 camca besar kacang pea
  • 1 camca besar gula
  • sedikit air asam
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • garam secukup rasa
 
Cara Penyediaannya:

  1. Bawang merah,bawang putih,halia & cili kering diblender.
  2. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam & serbuk kunyit.
  3. Goreng separuh masak.
  4. Tumis bahan yg diblender & serai yang telah diketuk sehingga garing.
  5. Masukkan ayam, kacau hingga sebati.
  6. Masukkan santan, air asam, gula & garam.Kacau ayam hingga kuah hampir pekat. Masukkan bawang besar.

Sunday, 6 July 2014

Resepi Ayam Percik Terbaik

Ayam Percik Terbaik

Bahan-bahan 
1 ekor ayam-dipotong besar sikit(ikut citarasa anda) 
5 ulas bawang merah-dikisar 
3 ulas bawang putih-dikisar 
1 inci halia-dikisar 
Garam-dikisar
Cara menyediakan:
  1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
  2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
  3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
  4. Bakar ayam yang telah diperap.


Bahan-bahan(untuk sos)

  • 1.5 inci halia-dikisar
  • 5 tangkai cili kering-dikisar
  • 1 batang serai-dikisar
  • 2 pek santan pekat-dikisar
  • 8 ulas bawang merah-dikisar
  • Cebisan asam keping-dikisar
  • Garam dan gula-dikisar
Cara sediakan sos
  1. tumis semua bahan-kacau sentiasa dengan api yang perlahan sehingga kuah pekat
  2.  Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
  3. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
  4.  Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
  5.  Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.
Ayam percik ni memang istimewa dimakan di makan dengan nasi dan yang paling sedap di makan begitu sahaja

Selamat mencuba

Cara Buat Popia Telur

pempek, irene old, dapur umami telur, telur asin cepat, telur telur tu, maria mariana, udang kicap, karamel telur, ovulasi sel telur, gadis pengantar telur, roti telur, making popia vegetable, telur, tahu telur, chendol penang, piop, japan faeces met, popia, perternakan ayam telur, masker putih telur, telur berdiri, hantu telur, hoy, africa toto, break my heart, shater fast telur, grafiti corektor, rindu serindunya, telur balado, martabak telor, telur palsu, anas di tahan, gwiyomi, pao pia, popia basah, moriah, palazzo dei poeti, jokowi, kaligrafi cangkang telur, niup telur rebus, penetasan telur terbanyak, running man snsd, tim telur resep, tahoe telor, sate telur dadar, mengeluarkan isi telur, inna amazing, boston crab, letto, telur goreng, spicy boil egg, recipe chinese cookbook, italian music, jentik telur, kamen rider, martabak telur, ramas telur, bench press 225, 
 Cara Buat Popia Telur

 

Bahan-bahan:

  • kulit popia secukupnya
  • 3 biji telur -
  • 1 ulas bawang besar - dhiris
  • sedikit mix vege @ parutan kubis
  • 1 SB tepung gandum
  • 1 biji cili merah - dipotong
  • secubit garam
  • Bahan UNTUK GAM
  • 1/4 tepung gandum
  • air paip dlm 3 sudu (bancuh pekat)

Cara-cara:

  1. Pukul kesemua bahan inti sehingga sebati.
  2. Ambil kulit popia..letak atas papan pencanai. Sudukan lebih kurang 1 sd besar inti telur. lipat macam nak buat tepong bungkus. kesemua bahagian lipatan di letakkan gam..dengan kemas.agar tak terbocor.
  3. petua untuk goreng..selepas selesai lipat..terus letak dlm kuali..kena buat satu2..baru masuk dlm minyak yer..sedap sgt cicah sos.
  4. resepi ni i cilok dari blog.ade alter sikit2 sekian.

Resepi Terung Goreng Berlada Sedap

Terung Goreng Berlada Sedap
 
Ok jom kita share bahan-bahan dan cara penyediaan

bahan-bahan
  • 3 biji terung panjang-dipotong mengikut selera anda
  • 3 sudu cili-dikisar
  • 10 ekor udang kering -direndam air panas
  • garam
  • gula
  • sedikit minyak
Cara penyediaan

  1. gorengkan terung-sehingga agak layu
  2. tumiskan cili dengan sedikit minyak-saya gunakan minyak bekas goreng terung tadi-nasak sehingga pecah minyak(cili masak)
  3. tambahkan garam dan gula-secukup rasa
  4. tambahkan udang kering-masak seketika
  5. tuangkan cili di atas terung tadi
  6. siap untuk dihidangkan

Friday, 4 July 2014

Resepi Rendang Daging Hitam



Rendang Daging Hitam 


Bahan-bahan 
500 g daging
20 tangkai cili kering dikisar - cili boh pun boleh
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai dititik
4 sudu besar kicap pekat - kalau tak de boleh
ganti dengan 6 sb kicar cair + 1 sb sos tiram.
Minyak untuk menumis
1tsb cuka makan
2 sb kerisik
Garam dan gula secukupnya
daun pandan untuk wangi (jika suka) 

Penumis 
4 ulas bawang kecil dihiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga 

Cara Memasak 
1. Cili kering, bawang besar dan bawa putih dikisar halus. 
2. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. 
3. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili. 
4. Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan serai. Tunggu sehingga daging empuk. 
5. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat. Dah masak, hidangkan sebagai juadah pembuka selera. 

Resepi Biskut Lidah Kucing@Rainbow Cookies

Biskut Lidah Kucing@Rainbow Cookies


Bahan-bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex / perangup biskut
pewarna :ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah

Cara menyediakan:
  1. ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
  2. pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim , guna mixcer.
  3. masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. masukkan tepung yg telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.
  5. bahagikan adunan beberapa bhgian dan masukkan warna utk setiap bahagian,
  6. masukkan adunan dlm piping bag atau bag plastik,potong muncung bag plastik dan paipkan adunan kedalam loyang khas utk biskut lidah kicing. kalau ada nozzel gunakan yg bulat.
  7. bakar dalam oven suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.
  8. jaga jaga jgn sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.
  9. angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.