Monday, 30 June 2014

Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :
  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Sedikit coklat rice
  • Papercup  secukupnya 

Cara menyediakan:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kemudian gaul sehingga rata.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak dan gaul rata.
  3. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
  4. Taburkan coklat rice.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, 29 June 2014

Resepi Bubur Lambuk Utara

Bubur Lambuk Utara

Bahan - Bahan:-
  • 1/2 Cawan beras - rendam beberapa jam
  • 1 Sudu minyak @ butter @ minyak sapi 
  •  Daging /Ayam secukupnya
  • 1 Btg Serai - dititik
  • 1/2 Sudu teh Halba
  • 1/2 Sudu teh Jintan Manis
  • Udang secukupnya 
  • 1/2 Sudu teh Serbuk lada hitam
  • 1/2 Sudu teh Serbuk lada sulah
  • 1 Helai Daun pandan disimpul
  • 1 Cawan Santan pekat
  • Bawang Goreng
  • Daun sup & Daun bawang
  • 1 btg Lobak
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air Secukupnya
Bahan Dikisar :
  • 4 Biji Bawang merah 
  • 2 Ulas Bawang putih 
  • 1in Halia 

Cara-cara

  1. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan serai, jintan, halba & daun pandan bersama Butter/minyak.
  2. Masukkan beras dan air secukupnya dalam 3cawan kemudian masak sehingga nasi jadi lembik
  3. Masukkan daging dan biarkan hingga empuk  (air tadi agak kering)
  4. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  5.  Masukkan udang, serbuk lada hitam, lada sulah,  serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang  dengan cara taburkan daun bawang dan daun sup yang dicincang halus serta bawang goreng.

Resepi Hinava

 
Hinava

Hai semua.harini saya nak kongsi resepi dari negeri di bawah bayu. Anda kenal atau tidak ini adalah makanan tradisional dan makanan kegemaran negeri sabah.cara penyediaan nya ringkas dan rasa pun sedap.Bahan pun mudah didapati. 

Bahan-bahan
  • Ikan Tenggiri ( Sederhana)
  • 6 Ulas Bawang Merah-dihiris
  • 2 Ulas Bawang Putih-dihiris
  • 3-4 Biji Limau Kapas-diperah untuk jus
  • halia-setengah inci
  • garam-secukup rasa
cara penyediaan

  1. bersihkan ikan dan asingkan isi dengan tulang-perisi halus-galus
  2. toskan isi ikan dengan air panas
  3. masukkan bahan yang telah dihiris dalam isi ikan-gaul hingga sebasti
  4. tambahkan jus perahan limau
  5. tambahkan sedikit garam-secukup rasa
*saya tak toskan pun isi ikan saya biarkan ikan masak dengan air limau je

hinava ni saya makan ratah begitu je.Boleh juga makan dengan nasi putih buat macam kerabu

Ok selamat mencuba

Thursday, 26 June 2014

Resepi Ketam Masak Cili

Ketam Masak Cili

Bahan-bahan:

1 kg ketam
6 ulas bawang merah }
1 ulas bwng putih }
20 tangkai cili kering - tambah lg jika suka pedas }dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
gula melaka dan garam secukup rasa
minyak masak secukupnya utk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak dgn api yg perlahan
Masukkan gula melaka, sos tomato dan sos cili, kacau sehingga naik minyak
Masukkan ketam dan garam, kemudian tutupkan kuali
Masukkan sedikit air jika perlu
Kacau supaya ketam masak rata, kuah dah agak pekat bolehlah diangkat.

Resepi Rendang Ala Siam

Dr Fouziah
Rendang Ala Siam 

Bahan bahan:

500g ayam (basuh dgn sedikit garam atau tepung gandum 

3 labu bawang besar


5 ulas bawang putih
1/2  inci halia
2 sudu cili boh/ cili serbuk
9 biji cili api - blh tambah jika suka yg meletoppp pedasnya
2 cawan santan pekat
2 cawan air
8 helai daun limau purut
3 batang serai
1 sudu besar asam jawa- jadikan 1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
 
Cara menyediakan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili api dan halia.
2. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam kuali (tak perlu  tumis) + ayam + 2 cawan air + garam+ air asam jawa+ serai yang diketuk
3. Masak sehingga kuah tinggal 1/4 daripada asal...agak keringlah.. 
4. Masukkan santan dan gula. (Kalau suka agak manis boleh dimasukkan sesudu lagi gula).
5. Hiris halus-halus daun limau purut dan taburkan ke dalam masakan.
6. Bila masakan sudah pekat bolehlah dihidangkan.

Wednesday, 25 June 2014

Resepi Gulai Lemak Ketam

Gulai Lemak Ketam

Bahan-bahan_(A)

2 biji bawang besar
 
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 1/2inci kunyit hidup

Bahan-bahan (B):

1 biji nanas-dpotong bulat
4 biji kentang-dbelah 4
500g santan
1/2 tin susu cair
air secukupnya
garam
gula
sedikit perasa(jika suka)
2 kg ketam

Bahan-bahan (C):

*10 biji bawang kecil
*daun kari secukupnya


p/s: Bahan A untuk di kisar,
Bahan C untuk di tumis darat.

Cara-cara:

satukan bahan (A)dan bahan (B) ke dlm periuk kecuali nanas,
dgn api sederhana perlahan,kacau selalu hgga mendidih dan cukup rasa...
kacau selalu utk elak santan bergentel...
masak hgga semua cukup rasa,kemudian,masukkan nanas..
kacau hgga nanas cukup lembut...
dlm kuali lain,panaskan minyak,tumis bahan (C) tumis hingga Wangi dan garing,
masukkan dlm periuk ketam td dan tutup rapat2...
biarkan selama 30 min...
buka dan kacau...
sedia dhidang...

Resepi Rendang Ayam Limau Purut


Rendang Ayam Limau Purut

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 helai daun purut
10 biji limau purut
4 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 kg. santan pekat
1 keping asam keping
Garam,gula dan perisa


Cara menyediakan:
Ayam dipotong ikut suka. Bersih dan toskan.
Tumbuk kasar cili padi dan kunyit hidup,setelah kedua-dua bahan ini hancur,tumbuk pula sebatang sebatang sampai habis.
Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan garam dan dimasak sekejab hingga ayam itu menjadi kecut.
Apabila air aytam itu kering,masukan santan pekat,bawang besar,cili besar dan daun limau purut.
Bila kuahnya agak pekat,bolehlah dihidangkan.
 

Monday, 23 June 2014

Resepi Ayam Lada Hitam Bermadu

all episodes, reda, sabung ayam pisau, www.alarab.ic.il, samo zain, alex castro, amal hijazi, ayam kfc kasut, farsi, aida saskia, ayam kecap manis, surabaya, siddhartha, dayel anadeel, resep opor ayam, voodoo people prodigy, ayam zman, ayam iron solomen, ba3eed 3anak, damping, pencuri ktauan tni, siomay, ace of base, smosh, hero enrique iglesias, tamer hosni ayman, tamer hosni 2008, farah wa marah, ayam ayam kampus, bellydance to noura, cd artis kebuka, ayam maek, buckethead, saigon, ahdono al ayam, amr diab 2011, dawara l ayam, karl wolf, aircraft carrier, ayam laga thailand, fix me jesus, resep ayam, ayam w ben3ehsa, dj dugem ayam, happy birthday song, samo ayam fe, 3gp ayam kampus, ayam wa layali, ariana grande, emir &feriha ayam, hongkong fried rice, leish el dini, ayam adu, semur ayam, pish daramad shoor, amr eshak, fairouz, asian bbq, girl kiss girl, قالي كلام, bermadu part 1, ayam kampung petelur, qua vadis, dharmakshetram video songs, ayam helwa, cara bercinta, yam hajeer, ayam kampung super, ayam syria, chicago, adjie massaid, ternakan ayam kampung, aounak oudami, asdf, george wasssouf, ayam mil omor, wadi3 mrad, ayam brazil, kam zaman, ayam shameieh, ca, ayam al sadat, ayam just cause, staying religious, shko ayam, donia arab idol, ayam shameya, beling, ayam elshteeh, ayam al derasi, soto ayam madura, wael kfoury, btetghanaj 3al kel, wadih el safi, bellydancing, shafeek kabha, ayam fresh, ayam shamieh,
Ayam Lada Hitam Bermadu

Bahan-bahan

  • Ayam (setengah ekor).
  • 1 biji bawang besar.
  • 2-3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2-3 sudu besar sos tiram.
  • 3-4 sudu besar kicap.
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam(mariam guna life).
  • 2 sudu besar madu.
  • 1 sudu besar@ 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Garam secukupnya.
(kepedasan ikut citarasa..).

Cara-cara

  1. Kisar bawang besar,bawang putih dan halia.Kemudian bahan kisar dicampurkan dengan sos tiram,kicap,sos lada hitam,madu,serbuk lada hitam dan garam.Rasa dulu,kalau semua dah ok baru gaulkan dengan ayam.
  2. Perap selama 1 jam atau lebih,kemudian bolehla dibakar dengan suhu 180'c selama 1 jam/hingga masak.(Sos perap yang lebih mariam masak dan bila dah pekat mariam lumur atas ayam bila ayam dah 3/4 masak.).

sumber

Resepi Kek Kukus Buah Buahan

Kek Kukus Buah Buahan

Mari kita lihat resepi kek kukus perasa buah-buahan.Walaupun agak mudah untuk menyediakannya namun rasanya pasti tidak mengecewakan.

Bahan bahan:

350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur
400 gm mentega
½ tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila

Cara menyediakan:

Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata. Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.

Resepi Talam Kacang Merah

kuih talam recipe, the generationals, kueh advisory, swareleswarmulu with talam, scott foresman math, kueh teow basah, raam talam pallavi, adi talam 1, jampa thalam, tatum tatum talam, rail sneham, talam hebrew, m s subbulakshmi, ragam talam pallavi, saketharaman carnatic, camron talam, karaharapriya eka thalam, chewku ukeh, curry puff, kanda chapu tala, soul calibur 4, chatushra jaati, ragam talam pallavi, huat kueh, tatum muttum talam, holy, kueh lapis recipe, toro y moi, tik tok parody, adi talam bgrade, brindavan sarang, nashik dhol original, charles barkley migos, misra chapu talam, anita sivaraman, chekkili ginthala talam, ondeh-ondeh, wa ko kueh, dhruva talam, mridhamgam aadi talam, chow kueh teow, sea monkeys, ganesh kumersh, bjork earth intruders, taalam acey, black stacey, kueh, dhrua talam, kandukonden, kueh naster, mordernwarnefro, sarali swaramulu talam, ardhanaareshwaram, 9 beat tal, thumak chalat, kueh lapis legit, rgukt iiit, gandhamu puyyaruga lyrics, pakkala nilabadi, jack talam, 7up ceeloo green, thillana hindolam tananjii, damtana damtana talam, alankaram eka talam, roopakam talam, bon kuey kuey, resep bakpao empuk, talam acey, teochew porridge, fatt koh recipe, stollen, rice layer cake, kueh lapis, kuih talam pisang, talam song, kueh teow, hedo turkoglu, trouble trouble, sayur kacang merah, kue talam, adi talam, chocolate cake, beli kueh, lyrics, puff pastry recipe, tony kueh, tisra triputa, abhimanyudu, talam accey, gooshmanda, deshadi talam, talam, ab-soul big payback, intellectual thug, es kacang merah, varnams, talam songs, 杜 然, carrie hilson, seung mina,
Talam Kacang Merah

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • Lapisan bawah:-
  • 5 ozs tepung beras
  • 3.5 ozs gula pasir
  • 23 ozs santan cair
  • 150 gm kacang merah yang telah direbus
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah
  • Lapisan atas:-
  • 4 biji telur
  • 6 ozs gula melaka
  • 3 ozs gula pasir
  • 3 ozs tepung gandum
  • 17.5 ozs santan pekat
  • secubit garam
  • sedikit pewarna chocolate

Cara menyediakan:

  1. Lapisan bawah:-
  2. Satukan semua bahan2 dan kacau diatas api sederhana hingga naik wap saje. Kukus dalam loyang 14 inci bulat dan kukus hingga masak..dlm 20 mins.
  3. Lapisan atas:-
  4. Satukan telur & gula - kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung, santan, garam dan pewarna chocolate lalu ditapis.
  6. Kacau diatas api sederhana hingga naik wap dan tuangkan di atas lapisan bawah tadi, kukus hingga masak..dlm 20 mins.
  7. Tunggu bila ia betul2 sejuk baru dipotong..
oleh: Lynne

Friday, 20 June 2014

Resepi Biskut Ulat Bulu

Biskut Ulat Bulu

Bahan-bahan:

300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)

Cara menyediakan:

Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.

Masukkan kedalam luyang & bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

Resepi Biskut Lemon


Biskut Lemon

Bahan-bahan:

250 gm mentega tanpa garam
2 cawan gula
1 biji telur gred A
1/2 cawan krim masam
3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar parutan kulit lemon
Kismis sebagai hiasan

Cara menyediakan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 C. Sediakan dulang pembakar.

2. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi kemudian masukkan pula krim masam.

4. Di dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.

5. Gaulkan campuran tepung ke dalam mentega.

6. Apabila sudah sebati, masukkan parutan lemon. Bentukkan mengikut kesukaan.

7. Bakar selama 15 hingga 20 minit sehingga masak.

Thursday, 19 June 2014

Resepi Kuih Cucur Badak

inta habib yani, nancy ajram badak, kuih seri kaya, dag al mani, cara membuat brem, ha 7abibi kazem, murder, cheese, badak badak, badak malyoun sini, kuih chung, wael kfoury, kuih bingka ambon, hunting rabbits, badak najwa karam, rimoun chahino, malaysia kuih, mohamad skandar, juan gabriel cucur, kuih lapis, resep kue cucur, sea monkeys, fairuz songs, sho badak, punjaba songs, curry puff, badak el bal, ali 3isawi, kuih cheese tart, najwa karam mawal, badak festival, sami yusuf teacher, tifany original song, aline khalaf, kuih bangkit, bad wale lyricds, najwa karam, newarbic songs, badak, kuih kodoh, najwa karam badak, cekodok monster, naval zoghbi old, satmu badak, lebanese songs, kuih tradisional, ang koo kuih, saathiya 29th october, fares karam, kuih recipes.com, lagu babi, badak million seneh, kue mor, malaysia keut food, kahase aaye, mlesh badak, badak million scene, chur chur biru, badak maliion sene, seaweed salad, mama, cover spark, badak ala bali, badak teb2a fik, fayerouz, nancy ajram 2013, 3ala hisbi, kuih lapis nyonya, cucur udang, masak masakan mainan, bebasata, cassava/tapioca cake, applause lady gaga, ml7am barkat, malham zain, mari badak, habibi ya einy, federer best shot, kuih kapit, rice fatt guo, kuih gulung, ben joshua, kui cucur, badak terja3, malaysian kuih, 马 来 糕, kaif badak habibi, any badak song, baran ziadi, cek mek, angkoo kuih, kuih keria, kek arab, badak terjaa, pop warner, kuih lapis kukus, medan mega city, jade novah stay, kuih talam pisang, kuih raya 2011,
Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan (anggaran 16 biji)

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap).
  • 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sangat boleh tambah tepung gandum tapi jangan banyak sgt).
  • 1/4 cawan tepung kanji.
  • bahan2 untuk inti.
  • 1/3 biji kelapa parut.
  • 1 btg serai.
  • 2 sudu besar udang kering.
  • 3 tangkai cili kering.
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih.
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula.
  • garam secukupnya.

Cara menyediakan:

  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
  8. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.
oleh: quinnie

Tuesday, 17 June 2014

Peanut Butter and Banana Sandwich

tom and jerry, black and yellow, lil wayne, mumford and sons, justin bieber, key and peele, white and nerdy, taylor swift, dead and gone, nicki minaj, chris brown, eminem, selena gomez, drake, rihanna, wiz khalifa, phineas and ferb, miley cyrus, day and night, thomas and friends, michael jackson, you and i, green and yellow, soulja boy, party rock anthem, megan and liz, snapbacks and tattoos, lady gaga, coheed and cambria, barney and friends, tegan and sara, katy perry, brooks and dunn, justin bieber baby, gangnam style, usher, family guy, skrillex, aly and aj, banana phone, safe and sound, angels and airwaves, gummy bear song, demi lovato, jonas brothers, hannah montana, romeo and juliet, guns and roses, you and me, rhett and link, hot and cold, kid cudi, austin and ally, stop and stare, baby justin bieber, jeff dunham, dubstep, pokemon, minecraft, funny video, lmfao, beavis and butthead, im a banana, pork and beans, one direction, always and forever, black eyed peas, chopped and screwed, pink, hide and seek, miley and mandy, justin timberlake, banana song, suit and tie, simon and garfunkel, hall and oates, funny, carrie underwood, thrift shop macklemore, me and you, cyanide and happiness, matt and kim, 50 cent, iron and wine, adele, cat daddy, dumb and dumber, annoying orange, opie and anthony, christina aguilera, toddlers and tiaras, boats and hoes, alicia keys, drake and josh, simple and clean, youtube, moves like jagger, scream and shout, shane dawson,
Peanut Butter and Banana Sandwich 

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

2 keping roti
sebiji/2 biji pisang dilecek.
mentega kacang (beli je kat kedai).
butter.
Klik di sini untuk isi bahan.

Cara-cara

  1. bakar roti tadi dalam toaster (kalau x de toaster boleh letak dalam oven)
  2. sapukan mentega kacang keatas roti td
  3. sapukan juga pisang yg telah dilecek keatas roti yang sama mentega kacang itu disapu
  4. ambil roti satu lagi dan tutupkan
  5. panaskan butter ke dalam fry pan(non stick) dan letakkan roti tadi..masak untuk 1 minit disebelah dan 1 minit lg untuk disebelah yng lain
  6. potong kan dan siap untuk dihidang!!!!
oleh: najahjaena

Resepi Sup Tulang

 Sup Tulang

Bahan bahan:

    1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
    3 biji bawang merah - dimayang halus
    1 ulas bawang putih - dimayang halus
    2 in halia diketuk
    1 sup bunjut
    1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
    3 biji ubi kentang
    garam dan gula secukup rasa
    1 btg celery jika suka
    1 kiub pati ayam
    air
    bawang goreng dan daun sup

Cara menyediakan:

1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. 


Selamat mencuba..

Biskut Halia

Biskut Halia

Bahan-bahan:


259 g mentega
150 g gula halus
400 g tepung gandum
80 g kacang tanah di kisar
2 cm halia di hiris halus
sedikit serbuk kulit kayu manis

Cara menyediakan:

Pukul memtega dengan gula hingga kembang.
Masukkan kacang tanah,halia dan serbuk kayu manis.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Terapkan doh mengikut citarasa sendiri.
Bakar pada suhu 180'C selama 15-25 minit.

Selamat mencuba..

Saturday, 14 June 2014

Resepi Cecodok Kentang Ranggup

Cecodok Kentang Ranggup

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar-dikisar
  • 3 cawan tepung gandum,1/2 cawan tepung crispy(kalau takde pun boleh gak)
  • garam
  • kalau nak pedas bolehlah tambahkan cili
Cara-cara
  1. rebuskan kentang hingga lembut pastu blend
  2. campurkan bawang kisar,kentang dan tepung dalam satu bekas
  3. campurkan air sedikit demi sedikkit dan gaulkan rata
  4. campurkan cili(jika ada)
  5. panaskan minyak
  6. goreng hasil yang digaul-goreng sehingga kekuningan
*semasa menggoreng gunakan api sederhana
*kalau taknak guna kentang guna bawang besar pun boleh(2 biji dihiris)

hidangkan dengan sos cili@sos tomato.dengan mayonis pun ok gak

selamat mencuba

Resepi Kuih Seri Muka

 
Kuih Seri Muka

Bahan-bahan:

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara menyediakan:

Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
 

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Cara Mudah Buat Homemade Ice Cream

vergina naples butterscotch popin cookin home made icecream easy resapeas origami homemade cheesecake make home ice cream bethany mota super easy diy barney valentine young kid shuffling white cake mix homemade ice cream homemade cardboard fingerboard ice cream cake howcast ice cream seven spanish angels science experiments the underground excision easy chocolate recipes koolaid ice cream easy microwave recipes
Homemade Ice Cream

Bahan-bahan: 1 Bekas Ice cream (1Liter)

  • 1 Biji Telur (grad A)
  • 1 Tin Susu Pekat Manis
  • 1 1/2 Tin susu Cair
  • 2 sudu Makan Ovalett
  • 1 Sudu teh Esen Vanila

Cara menyediakan:

  1. Satukan kesemua bahan2 tadi...Putar dengan Mixer menggunakan Kelajuan Tinggi ye...Putar selama 20-30minit, hingga adunan benar2 kembang & gebu.. Bahagikan adunan mengikut selera masing2.. saya buat untuk 4perasa:
  2. 1 Bahagian saya campurkan dengan Perasa coklat ( 2 sudu makan serbuk koko & 1 sudu teh Browning sugar) 1 Bahagian saya campurkan dengan perasa peppermint & coklat rice ( peppermint paste) 1 Bahagian saya campurkan dengan Perasa yam (yam paste) 1 Bahagian saya campurkan dengan perasa Strawberry ( Strawberry paste)
  3. sediakan bekas...Tuangkan adunan2 tadi mengikut cita rasa masing2...dah siap!.. Masukkan ke dalam Freezer,simpan utk semalaman...selamat mencuba~
oleh: royzana9

Thursday, 12 June 2014

Resepi Sup Gearbox

Sup Gearbox

Bahan-bahan
  •  Tulang Gear-Box-kalau takde guna bahagian tulang lain pun boleh
  • 2 inci halia-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • 2 bungkus sup bunjut
  • buah pelaga,
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup 
Cara menyediakan:
  1. Rebus tulang sampai empuk
  2. Masukkan sup bunjut,
  3. masukkan rempah sup
  4. masukkan halia dan bawang puteh
  5. tumis  buah pelaga, kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang 
  6.  Masukkan rempah yang ditumis sekali dengan sedikit minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang
  7. Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng
  8. ok siap untuk dihidangkan.
  9.  semasa dihidangkan tambah perahan jus limau nipis,daun bawang,daun sup dan bawang goreng 
*semasa proses memasak gunakan api sederhana

Cadangan hidangan memang dimakan dengan nasi putih,dan diratah atau dihirup macam tu je..memang sampai kering kot tu dihirup

selamat mencuba