Saturday 14 June 2014

Resepi Cecodok Kentang Ranggup

Cecodok Kentang Ranggup

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar-dikisar
  • 3 cawan tepung gandum,1/2 cawan tepung crispy(kalau takde pun boleh gak)
  • garam
  • kalau nak pedas bolehlah tambahkan cili
Cara-cara
  1. rebuskan kentang hingga lembut pastu blend
  2. campurkan bawang kisar,kentang dan tepung dalam satu bekas
  3. campurkan air sedikit demi sedikkit dan gaulkan rata
  4. campurkan cili(jika ada)
  5. panaskan minyak
  6. goreng hasil yang digaul-goreng sehingga kekuningan
*semasa menggoreng gunakan api sederhana
*kalau taknak guna kentang guna bawang besar pun boleh(2 biji dihiris)

hidangkan dengan sos cili@sos tomato.dengan mayonis pun ok gak

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment