Friday, 6 June 2014

Resepi Sambal Petai Udang

Sambal Petai Udang

Bahan-bahan:

  • 300gm udang-buang kulit
  • 4 papan petai-di buang kulit
  • 10 tangkai cili kering-dikisar(ikut selera pedas yang anda kehendaki)
  • 3 biji bawang besar-dikisar
  • 1 biji bawang putih.-dikisar
  •  belacan-dibakar sehingga naik bau dan dikisar
  • 1 keping asam gelugur.
  • Gula-secukup rasa.
  • Garam-secukup rasa.
  • Minyak
*sebelum kisar cili kering cuci dan rebus dulu supaya menjadi lembut

Cara menyediakan:
  1. panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar-sehingga naik bau
  2. masukkan udang dan petai dan dikacau sehingga rata
  3. tambahkan garam,gula dan asam gelugor
  4. tambahkan air sekiranya terlalu kering
  5. masak dengan api perlahan sehingga cili masak dan menjadi pekat
  6. siap untuk dihidangkan
*kalau nak guna air asam jawa pun boleh cuma jangan gunakan asam gelugor
*jangan lupa keluarkan asam gelugor semasa dihidang nanti sambal jadi lebih masam

ok siap dihidangkan dengan nasi putih.memang puas hati makan.pedas dan memikat..

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment