Rendang Ala Siam
Bahan bahan:
500g ayam (basuh dgn sedikit garam atau tepung gandum
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili boh/ cili serbuk
9 biji cili api - blh tambah jika suka yg meletoppp pedasnya
2 cawan santan pekat
2 cawan air
8 helai daun limau purut
3 batang serai
1 sudu besar asam jawa- jadikan 1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili api dan halia.
2. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam kuali (tak perlu tumis) + ayam + 2 cawan air + garam+ air asam jawa+ serai yang diketuk
3. Masak sehingga kuah tinggal 1/4 daripada asal...agak keringlah..
4. Masukkan santan dan gula. (Kalau suka agak manis boleh dimasukkan sesudu lagi gula).
5. Hiris halus-halus daun limau purut dan taburkan ke dalam masakan.6. Bila masakan sudah pekat bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment