Wednesday, 30 October 2013

Resipi Kambing Panggang Asap Ceria (Lamb smoke)

Bahan-bahannya:
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak zaitun

Bahan ditumbuk
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan Dikisar
3 batang Kayu Manis
1 sudu makan Cengkih
1 sudu makan Bunga lawang
1 sudu makan Buah pelaga
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan Thymes
1 sudu makan jintan manis

Cara menyediakannya:
1. Tuang bahan kisar ke atas daging kambing

2. Tuangkan minyak zaitun

3. Tuangkan madu

4. Gaul dan kemudian masukkan bawang dan gaul rata

5. Masukkan dalam pelapik aluminium (aluminium foil). Panggang dengan ketuhar selama 1 jam dengan suhu 170 darjah celcius. Keluarkan daging dan letak di atas dulang oven. Panaskan arang dan masukkan ke dalam ketuhar/pasu dan panaskan daging sehingga 1/2 jam untuk keringkan airnya.
Jika ada smoker, caranya panggang daging dalam smoker sehingga 6 jam tanpa aluminium foil.

6. Inilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, 28 October 2013

Resipi Kailan Hong Kong Cendawan Hitam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kailan Hong Kong Cendawan Hitam. Resipi Kailan Hong Kong Cendawan Hitam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 15 Minit
Keseluruhan: 25 Minit | Jumlah Hidangan: 2-4 Orang

 
Bahan-bahan:200 gm kailan Hong Kong
6 keping cendawan hitam
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Sunday, 27 October 2013

Resipi Kambing Panggang Sos Asam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kambing Panggang Sos Asam. Resipi Kambing Panggang Sos Asam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit
Keseluruhan: 80 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang

 
Bahan-bahan:
1 kg kambing (lamb shoulder)
200 ml minyak
80 gm belacan
100 ml air asam jawa

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 cm halia
3 batang serai

Bahan B:
2 kuntum bunga kantan - dihiris
80 gm daun kesum
20 tangkai cili kisar
80 gm udang kering - ditumbuk
100 gm belimbing buluh
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan kambing dan potong ikut suka. Kemudian perapkan dengan bahan kisar selama 3 jam.
2. Kemudian bakar di atas kuali leper sehingga masak.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili dan udang kering. Tumiskan sehingga pecah minyak.
5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan belimbing buluh.
6. Akhir sekali, masukkan asam jawa, belacan dan garam secukup rasa. Setelah masak, hidangkan dengan kambing tadi.

Saturday, 26 October 2013

Resipi Jemput Pisang Ceria (Cekodok Pisang Ceria)

Resipi Jemput Pisang Ceria sangat montel dan comel, jemput pisang adalah makanan masyarakat pantai timur dan dipercayai berasal dari negeri cik siti wan kembang the red warrior. Di Johor, ia disebut cekodok. Jadi sempena kemenangan Kelantan ke atas ATM pada separuh akhir Piala Malaysia, dapat idea untuk sambut kemenangan ini dengan makanan tradisional kelantan ini.

Bahan-bahannya:
5 biji pisang masak (ikutlah pisang apa, kalau alah dengan pisang emas, jangan guna pisang emas)
250 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 sudu kecil serbuk penaik
1/3 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
150 ml air tapis

Cara membuatnya:
1. Hancurkan isi pisang

2. Sediakan bahan wajib ini iaitu soda, serbuk penaik dan tepung gandum. Kalau tak ada soda dan serbuk penaik, jemput pisang/cekodok tak berapa comel.

3. Kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.

4. Masukkan sebutir telur ayam dan gaul laju-laju. Tak perlu guna mixer pun.

5. Panaskan minyak dan celupkan sesudu makan penuh adunan ke dalam kuali minyak panas.

6. Inilah hasilnya jemput pisang ceria. Cekodok ini boleh dibuat sarapan atau minum petang.
SELAMAT MENCUBA


Friday, 25 October 2013

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria)

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria) resipi yang didatangkan khas dari Kampung Laut, Tumpat Kelantan untuk dicuba oleh sekalian manusia di muka bumi ini. Manis dan enak!
Ada lagi tak kurma/tamar di dalam peti ais/gerobok? Check semula dan jom try resipi ini.

Bahan-bahannya:
8 butir kurma
150 gram tepung gandum
100ml air tapis
Sesudu marjerin

Cara menyediakannya:

1. Beberapa biji kurma di buang bijinya dan dihancurkan/disiat isinya

2. Masukkan tepung dan air tapis. Gaul rata sampai sebati

3. Panaskan minyak masak, masukkan sesudu marjerin ke dalam minyak panas. Kemudian masukkan adunan tepung tadi untuk menggoreng

4. Inilah rupa jemput tamar ceria yang lazat dan manis. 
SELAMAT MENCUBA

Resipi Ayam Limau Purut

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Limau Purut. Resipi Ayam Limau Purut ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 3-4 Orang


Bahan-bahan:
1 /2 ekor ayam dipotong sederhana/ kecil-kecil
4-5 ulas bawang merah ditumbuk
4-5 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak. gorengkan ayam sehingga garing. ketepikan.
2. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebihan untuk menumis
tumiskan bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili yang dah ditumbuk sehingga garing. 

3. Masukkan hirisan daun limau purut, sos cili dan sos tiram. kacau sebati.
masukkan ayam, kacau seketika. masukkan air, garam dan gula. biarkan seketika.
4. Kecilkan api dan biarkan dalam 5 minit, masukkan lagi sekeping daun limau purut. kacau sebati.
5. Hidangkan.

Resipi Ikan Siakap Limau Purut

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Siakap Limau Purut. Resipi Ikan Siakap Limau Purut ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang

  


Bahan-bahan:1 kg ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam

Bahan sos:
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil cili sos
1 sudu kecil sos tomato
1 biji tomato
200 ml air

Cara menyediakan:
1. Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing.
2. Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato.
4. Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat.

Thursday, 24 October 2013

Resipi Ayam Bakar Berempah Sempoi

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Bakar Berempah Sempoi. Resipi Ayam Bakar Berempah Sempoi ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit
Keseluruhan: 50 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang

 
Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu serbuk kecil lada hitam
1 sudu serbuk kecil ketumbar
1/2 serbuk bunga lawang

Bahan dikisar:
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Campurkan semua bahan-bahan bersama ayam, rasakan garam dan gula secukup rasa.
2. Setelah itu, perapkan selama sejam.
3. Bakar dalam oven dengan suhu 180o selsius selama 30 minit. Atau nak lagi sedap bakar atas bara api/arang.

Wednesday, 23 October 2013

Resipi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin. Resipi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin ni adalah antara menu untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 

 
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar:
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa.

Tuesday, 22 October 2013

Resipi Baklava

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Baklava.Resipi Baklava adalah antara menu yang popular pada masyarakat arab untuk hidangan minum petang atau sebagai manisan. Cubalah resipi hidangan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit
Keseluruhan: 60 Minit | Jumlah Hidangan: 15-20 orang 


Bahan-Bahan:
185gm fillo pastri 
2 cawan kacang walnut dipanggang. 
1/2 cawan kacang pistachios
1/2 cawan mentega 
1 Sudu Kecil serbuk kayu manis 

Sos baklava:
1 cawan air
1 cawan gula 
1 sudu kecil vanila ekstrak 
1/2 cawan madu 

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 175 c. cairkan mentega, sapukan mentega pada loyang pembakar. 
2. Potong kacang walnut dan gaulkan dengan kayu manis. 
3. Atur 2 keping fillo pastri, sapukan mentega dan letakkan 2-3 Sudu Besar kacang walnut yang telah digaul bersama kayu manis tadi. Ulangi proses sama sehingga habis. Keseluruhan lapisan dalam 6-8 keping fillo pastri. 
4. Potong baklava macam saiz kuih talam, dan bakar dari selama 40 minit (180 c) sehingga warna keemasan dan garing. 
5. Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.
6. Selepas baklava masak, keluarkan dari oven dan segera tuangkan sos diatas baklava. jangan ditutup untuk mengelakkan baklava laper basah. 
7. Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan. 

Monday, 21 October 2013

Resipi Ikan Siakap Sos Thai

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Siakap Sos Thai. Resipi Ikan Siakap Sos Thai ni adalah antara menu untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 3-4 Orang
 

 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai (hiris)
2 helai daun limau purut (hiris)
1 sudu kecil serbuk kari
5 tangkai padi (ketuk)
1 sudu besar sos ikan
1 labu bawang besar (hiris)

Minyak untuk mengoreng

Cara Menyediakan:
1. Gorengkan ikan siakap sehingga agak garing.
2. Sementara menunggu ikan masak. Tumis bawang putih, halia dan serai, daun limau, serbuk kari, cili padi dan bawang besar.
3. Setelah naik bau, tuangkan sedikit air dan juga sos ikan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
5. Potong daun sup & bawang untuk hiasan.

Resipi Udang Galah Goreng Ceria

Resipi Udang Galah Goreng Ceria, kombinasi bahan ini sangat melazatkan. Cubalah kalau tidak percaya.

Bahan-bahannya:
10 ekor Udang galah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/3 sudu kecil jintan manis
secubit garam
1/3 sudu kecil thymes
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil parsley
2 sudu besar mentega atau marjerin

Cara menyediakannya
1. Peramkan udang galah dengan semua bahan kecuali mentega dan parsley

2. Panaskan mentega/marjerin. Goreng dengan api perlahan

3. Balikkan udang jika dan keemasan. Selepas itu taburkan parsley ke atas udang. Bila udang sudah masak, balikkan sekali lagi untuk tabur parsley di bahagian sebelahnya pula

4. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi
SELAMAT MENCUBA


Sunday, 20 October 2013

Resipi Ikan Siakap Bercili

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Siakap Bercili. Resipi Ikan Siakap Bercili ni adalah antara menu untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang
 

 
Bahan-bahan:
1 kg ikan siakap
5 biji limau nipis
2 batang serai - ditumbuk

Bahan dikisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering
10 gm cili padi

Bahan B:

Sehelai daun kunyit
2 sudu kecil serbuk kunyit
50 gm kerisik
50 gm santan

Cara menyediakan:
1. Perapkan ikan siakap dengan air limau nipis dan serai selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Tumiskan bahan kisar dan B hingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik ke dalam tumisan tadi.
4. Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan dan hidangkan.

Saturday, 19 October 2013

Resipi Daging Kerutup

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Daging Kerutup. Resipi Daging Kerutup ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani/tomato yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 45 Minit
Keseluruhan: 60 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang 

 
Bahan-bahan:
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik
3 s/b rempah kerutup
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara menyediakan:

1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato/beriani.

Friday, 18 October 2013

Resipi Ayam Masak Beriani

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Masak Beriani. Resipi Ayam Masak Beriani ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani/tomato yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..  

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 35 Minit
Keseluruhan: 50 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 


Bahan-bahan:
1 ekor ayam 

5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 cawan minyak sapi
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu cair
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis goreng
6 tangkai cili hijau/merah


Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih - dikisar
15 ulas bawang merah - dikisar
5 cm halia - dikisar

Cara menyediakan:
1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Ketepikan.
2.Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
3.Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun ketumbar.
4.Tumis hingga pecah minyak. Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.
5.Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi .
6.Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair.

7. Rasa beriani ni mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato puri dan sos cili.

Thursday, 17 October 2013

Resipi Kuzi Kambing

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuzi Kambing. Resipi Kuzi Kambing ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani/tomato yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..
 

Bahan-bahan:
2 kg daging kambing, potong ikut suka
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar, dihiris
1 cawan minyak masak

8 biji buah pelaga
2 btg kayu manis
2 biji limau nipis, diambil airnya

5 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging     


Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia, dikisar
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau, ditumbuk kasar-kasar
10 tangkai cili merah, ditumbuk kasar-kasar
2 biji bawang besar - dikisar

5 ulas bawang putih - dikisar

Cara menyediakan:

1. Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam. 

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, buah pelaga, kayu manis hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk. 
3. Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.

Tuesday, 15 October 2013

Resipi Sambal Udang Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Sambal Udang Sedap. Resipi Sambal Udang Sedap ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..


Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 4-5 Orang

 
Bahan-bahan:
10 batang cili kering
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih

Udang Segar 
Air asam-1/2 cawan 
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan
1 Labu Bawang Besar - Dihiris

Cara menyediakan:

1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air), kisar sehingga hancur bersama-sama dengan air.

2- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar..
3- Tumis sehingga garing dan naik minyak.. masukkan udang, sedikit belacan, gula dan garam secukup rasa.
4- Masukkan air asam, biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat. Hidangkan..

Monday, 14 October 2013

Resipi Ayam Lada Hitam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Lada Hitam. Resipi Ayam Lada Hitam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Bahan-bahan:
2kg Kepak ayam
3 ulas bawang putih (cincang halus)
5 ulas bawang merah (cincang halus)
100 gm halia (cincang halus)
50 gm serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil minyak bijan
10 tangkai cili merah
5 biji tomato (potong halus)
50 gm daun bawang (potong kecil)
50 gm minyak masak
3 sudu kecil sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
sehingga kuning keemasan.
2) Kemudian ma­suk­kan lada hitam, sos tiram dan ayam.
3) Kacau sekali-sekala sehingga ayam masak. Setelah itu, barulah masukkan
to­ma­to bersama cili merah, daun ba­wang, garam dan gula.
4) Kacau se­ke­tika barulah angkat dan hidang.

Resipi Sotong Goreng Tomyam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Sotong Goreng Tomyam. Resipi Sotong Goreng Tomyam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Bahan-bahan:
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
1 biji capsicum
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b tomyam paste
5 tangkai daun ketumbar
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata, perlahankan api.
3. Masukkan daun limau purut, serai, bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan capsicum dan gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yang dipotong.

Sunday, 13 October 2013

Resipi Gulai Daging Terengganu

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Gulai Daging Terengganu. Resipi Gulai Daging Terengganu ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..
 
Bahan-bahan:
500gm daging lembu 

2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang 

2 keping asam keping
Minyak

Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Resipi Bergedil Daging Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Bergedil Daging Sedap. Resipi Bergedil Daging Sedap ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan yang dipadankan dengan soto yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..  
 
Bahan-bahan:
300 gm kentang
80 gm daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/4 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu kecil jintan manis
Setangkai daun saderi (hiris)
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak

Bahan pencelup:
2 biji telur (pukul)

Cara menyediakan:
1) Kentang direbus hingga masak. Biarkan sejuk dan kupas kulitnya. Lenyek hingga halus.
2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.
4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Saturday, 12 October 2013

Resipi Acar Buah Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Acar Buah Sedap. Resipi Acar Buah Sedap ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Bahan-bahan:
100 gm buah kana
100 gm buah ceremai 

100 gm buah plum 
100 gm halwa mangga 
100 gm buah pala 
100 gm jeruk limau

Bahan dikisar:
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan
3 s/b tomato puri
 
400 gm minyak
400 gm gula pasir
100 gm jem strawberry
1 botol kecil cuka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar dan sehingga wangi, garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur, jem strawberry dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.

5. Tabur biji bijan bila nak dihidangkan.

Resipi Ayam Percik Lada Hitam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Percik Lada Hitam. Resipi Ayam Percik Lada Hitam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang


Bahan-bahan:
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:

1 s/b lada hitam
5 tangkai cili api
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]

5. Masukkan kuah yang lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

Friday, 11 October 2013

Resipi Biskut Kacang Soya Ceria

Biskut Kacang Soya Ceria adalah resipi yang telah lama dilupakan ramai wanita dan lelaki, kini kembali beraksi di dalam ceria resipi. Ingat tak tadi kita buat air soya, guna 200 gram kacang soya tu? Bila timbang, berat hampas kacang soya tu dalam 350 gram.

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
150 gram mentega/marjerin
80 gm gula kastor/halus
270 gram hampas kacang soya kering

Cara membuatnya:
1. Hampas kacang soya dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 170'C selama 20 minit.

2. sementara itu, pukul gula dan mentega/marjerin. Kalau nak guna marjerin, guna cap pelangi keluaran Felda, sebab wangi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan rata.

4. Masukkan hampas kacang soya yang telah dikeringkan tadi. Gaul rata.

5. Kemudian uli sampai sebati.

6. Masukkan dalam acuan dan bentukkannya. Kalau nak buat kaedah potong pun boleh macam gambar ni. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170'C selama dua minit, bakar dengan kadar masa 15 minit.

7. Siaplah biskut kacang soya yang sedap ini.
SELAMAT MENCUBA