Resipi Malaysia
Tuesday, 15 July 2014
Puding Aiskrim Kiwi Strawberry
Puding Aiskrim Kiwi Strawberry
Bahan-bahan ( 20 cup )
Untuk puding kiwi:
Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
2 1/2 air
Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
2 biji buah kiwi ( Jangan terlalu banyak, boleh menyebabkan puding kiwi kelat dan terlalu masam)
1/2 tin susu cair
sedikit perwarna hijau
sedikit hirisan kiwi dipotong dadu. Untuk hiasan
Untuk puding strawberry:
Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
2 1/2 air
Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
4 biji buah strawberry
1/2 tin susu cair
sedikit perasa strawberry warna merah. Seeloknya perasa tersebut menpunyai bau dan rasa seperti strawberry. menjadikan puding rasa lebih sedap.
sedikit hirisan strawberry dipotong dadu. Untuk hiasan seperti gambar diatas.
Cara-cara
Separa kisar kiwi dengan pengisar dan masukan 1/2 cawan air untuk memudahkan pengisaran. Sama cara untuk strawberry.
Masukkan 2 1/2 air, susu cair, gula dan serbuk agar-agar kedalam periuk dan masak hingga mendidih. Sekiranya warna tidak menarik, boleh tambah sedikit perwarna. Sama step untuk kedua-dua perisa, kiwi dan strawberry.
Kemudian, masukkan bancuhan kiwi kedalam acuan puding. setelah agak keras, masukkan bancuhan puding strawberry pula. p/s: Pastikan puding kiwi tidak terlalu keras, terus masukkan puding strawberry. jika terlalu keras, kedua2 puding ini tidak akan melekat. Sekiranya puding kiwi dah terlalu keras, kuiskan permukaan nya sebelum diletakkan puding strawberry itu. (saya guna acuan getah, senang untuk tanggalkan puding dari acuam)
Kemudian, masukkan kedalam peti ais. Sekiranya mahu menjadikan puding ini aiskrim, letakkan ia didalam sejuk beku sehari. Sudah siap, selamat mencuba! :)
oleh: Lisa Hani
Labels:
Cari Resepi,
Kongsi Resepi,
Myresepi,
Puding,
Resepiku
Monday, 14 July 2014
Choc Bread Pudding
Choc Bread Pudding
Bahan A:
6 keping roti sandwich (dipotong kecil2)2 biji telur A
2-3 sudu besar gula aising
2-3 sudu besar gula aising
1/2 cawan susu cair
Bahan B:
7 gm agar-agar4-5 sudu besar gula pasir (kalau kurang manis, boleh tambah) 400 ml air
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar serbuk coklat.
Cara-cara
- Bahan A :Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega. Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit. Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang sambil diratakan sedikit. Kukus selama 10-15 minit shj. Setelah masak, ketepikan.
- Bahan B :Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur. Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil. Tapiskan dan terus tuangkan ke dalam loyang tadi. Sejukkan sebelum dipotong.
oleh: dayang_jack
Resepi Biskut Makmor
Biskut Makmor
Kuih Makmor antara kuih raya tradisi yang masih mendapat tempat di hati.Bagi anda yang kurang pasti cara membuatnya, mari ikuti resepi di bawah.
600gm tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard
Cara menyediakan:
1. Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata.
2. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula.
3. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.
Labels:
Biskut,
Biskut Makmor,
Cari Resepi,
Cecodok,
Kongsi Resepi,
Myresepi,
Resepiku
Sunday, 13 July 2014
Resepi Lemon-Blueberry "Cheesecake Bars"
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Kali ni nak buat cheese cake bars, selalunya orang buat cheesecake ader crumb kat bawah sahaja kan, kalini sayanyer cheesecake ader crumb kat atas dan juga di bawah.
Jom buat cheese cake bars..
Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional - saya tambah
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar
Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.
Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling
Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
Kali ni nak buat cheese cake bars, selalunya orang buat cheesecake ader crumb kat bawah sahaja kan, kalini sayanyer cheesecake ader crumb kat atas dan juga di bawah.
Jom buat cheese cake bars..
Lemon-Blueberry "Cheesecake Bars"
Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional - saya tambah
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar
Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.
Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling
Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
Resepi Udang Galah Masak Merah
Udang galah adalah menu yang tinggi nilainya.Bukan selalu dapat menikmatinya berikutan harga udang galah memang agak mahal. Tapi bila ada udang galahnya, resepi ini mesti di cuba.
Jom tengok resepi Udang Galah Masak Merah.
Bahan-bahannya
15 ekor udang galah
1 biji kelapa tua
200 gm puri tomato
200 gm cili boh
400 gm bawang besar
50 gm bawang putih
30 gm daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 tin minyak sapi
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
5 gm bunga cengkih
50 gm serbuk kunyit
3 tangkai serai
1. Udang galah dibersihkan, digaulkan bersama kunyit serbuk & sedikit garam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang galah. Ketepikan sedikit minyak masak untuk menumis.
3. Sesudah minyak panas, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, bawang merah, bawang putih, cili boh,puri tomato & santan.
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa. Potong daun bawang, letakkan di atas udang galah.
Labels:
Cari Resepi,
Kongsi Resepi,
Myresepi,
Udang Galah Masak Merah
Saturday, 12 July 2014
Orange and Chocolate Mousse "Trifle"
Orange and Chocolate Mousse "Trifle"
Orange and Chocolate Mousse "Trifle"
BAHAN BAHAN
BAHAN BAHAN
(15 cawan - bergantung pada saiz)
Chocolate Mousse
250g coklat bar - Ikut suka nak guna dark or milkChocolate Mousse
300ml whipping cream
40ml susu segar1 3/4 sudu besar gelatin
20g gula kastor
Orange Mousse
1 biji jus oren - lebih kurang 60ml
300ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin
55g gula kastor
Bahan Lain
kacang yg ditumbuk secukupnya - boleh guna apa2 jenis kacang
CARA CARA
2. Dengan menggunakan kaedah double boil juga, masukkan coklat bar kedalam mangkuk. Kacau sehingga coklat cair. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream dan gula sehingga kental (hard peak).
4. Ambil 1/3 daripada adunan whipping cream, masukkan kedalam adunan coklat. Kuap balik sebati. Buat sehingga selesai. Kemudian, masukkan campuran gelatin tersebut dan kaup balik rata. Sementara buat orange mousse, masukkan sekejap dalam fridge.
Orange Mousse.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan whipping cream, parutan kulit oren dan gula. Pukul sehingga kental.
3. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam whipping cream dan kaup balik sebati.
Penyediaan
2. Untuk base, masukkan sedikit sponge cake. Kemudian, masukkan chocolate mousse kedalamnya.
3. Kemudian, taburkan kacang diatasnya. Sambung kembali diatasnya dengan paipkan orange mousse. Buat sehingga habis.
4. Sejukkan lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum dihidang.
Selamat mencuba ya........ ENJOY!
Resepi Rendang Udang Galah Salai Berkunyit
Rendang Udang Galah Salai Berkunyit
- 1 kg udang galah(sederhana besar)
- 50 gram serbuk kunyit
- 100 gram bawang merah
- 30 gram bawang putih (dikisar)
- 50 gram buah keras (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 30 gram halia (dikisar)
- 20 gram lengkuas (dikisar)
- 20 gram kunyit hidup (dikisar)
- 10 gram cili giling
- 2 biji santan pekat
- 50 ml air asam jawa
- 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
- Minyak secukupnya
Cara-cara:
- Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
- Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
- Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
- Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
- Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)