Friday, 31 May 2013

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
4 ketul Ayam
1 genggam cili padi - kuantiti ikut pedas yang dikehendaki
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 biji bawang merah
6 biji bawang putih
200 ml santan
5 batang serai, dititik
1 biji ubi kentang, potong 4
1 cawan air

Cara-cara
1. Sediakan barang-barang. Barang dihiris ialah bawang, halia dan kunyit. Manakala serai dititik, kentang dipotong empat
2. Masukkan barang yang dihiris ke dalam blender bersama 1/2 cawan air, blend sampai lumat.

3. Barang yang kena blend tadi di masukkan ke dalam kuali sederhana panas. Bersihkan blender dengan 1/2 cawan air tadi dan tuang dalam kuali juga

4. Masukkan ayam

5. Lepas tu masukkan serai

6. Tak lupa juga kentang

7. Tutup kuali, rebus sehingga 10 minit dengan api sederhana. Pastikan bertutup kalau tak mahu kuah disejat udara

8. Masukkan santan, didihkan selama 5 minit sahaja dengan kuali bertutup

9. Dah siap lauk kita
SELAMAT MENCUBA

ResipiMasakanKini - Ikan Kerisik Taucho

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi (boleh juga ganti dengan ikan lain)
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
7 biji cili padi *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula pasir
1 senduk taucu
Sedikit minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
(Bahan bertanda * - dihiris)

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.

2. Sapukan sedikit garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng hingga garing.
3. Angkat dan asingkan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, taucu, gula. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.


ResipiMasakanKini - Biskut Bijan

Bahan-bahan :
1/3 cawan bijan putih 
1/8 cawan bijan hitam 
100 gm mentega - dilembutkan
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang 
1 biji telur B
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
¼ sudu teh kayu manis ( pilihan)

Cara menyediakan :

1. Bijan dipanggang sebentar didalam oven dalam 3-4 minit. Keluarkan. Alas dulang dengan 2 lapis kertas minyak dan ketepikan.
2. Putar mentega, gula dan gula perang sehingga berkrim. Tambah telur dan pukul sebentar.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan kayu manis dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian beransur-ansur menambah tepung kedalam adunan mentega.
4. Masukkan 1/2 dari bijan yang dipanggang kedalam adunan dan gaul rata dengan spatula hingga rata.
5. Bungkus doh dengan plastik bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil anggaran 20 gm setiap adunan dan bentukkan bulat. Gulingkan pada bijan hingga rata.
7. Letak diatas kertas minyak dan tekan dengan tapak tangan hingga sedikit leper. Jarakkan adunan 2 inci setiap satu.
8. Bakar pada suhu 190 ' C selama kira-kira 15 minit atau hingga perang keemasan. Biarkan 2 minit diatas dulang dan pindahkan diatas rak dawai biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, 30 May 2013

ResipiMasakanKini - Pais Ikan Selayang

Bahan-bahan :
6 ekor ikan selayang (sardine) 
4 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
2 batang serai #
1 sudu besar ketumbar biji #
3 cm kunyit hidup #
3 cm halia #
3 cm lengkuas #
1 susu besar pes asam jawa #
1/2 cawan lada kisar
Sedikit garam, serbuk perasa dan gula jika suka.
1/2 cawan air
Daun pisang secukupnya - dilayur


Cara menyediakan :
1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua.

2. Kisar semua bahan2 yang bertanda (#) hingga halus. (Jangan banyak sangat letak air masa diblender sebab adunan ni elok pekat sedikit, supaya senang nak digaul bersama ikan semasa dibungkus nanti).
3. Masukkan bahan2 kisar kedalam bekas dan campurkan bersama lada kisar, garam dan serbuk perasa dan sedikit gula. Gaul rata dan perasakan sedikit masam dan manisnya. Ikut selera masing2 lah ya.
4. Kemudian masukkan pula ikan dalam adunan tersebut dan gaul rata. 
5. Ambil daun pisang yang dipotong empat segi dan masukkan 3-4 potong ikan bersama dengan sedikit adunan tersebut. Bungkus dengan kemas seperti bungkusan nak buat lepat. Susun dalam pinggan dan buat sampai habis. 
6. Kukus dalam kuali yang bertutup dengan api yang kecil hingga air kering sedikit. Bila dah kering sedikit (maknanya ikan dah masaklah tu) tutup api dan angkat.
7. Untuk menambahkan kelazatan hidangan ni, ikan yang siap dikukus tu boleh juga di bakar sedikit dalam oven sehingga agak kering sebelum dihidangkan. 

ResipiMaasakanKini - Caramel Chicken Wings

Bahan-bahan
12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk kasar

Cara menyediakan : 

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit. 
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan keperangan (bersalut dengan sos). 

Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos seperti hangit dipenghujung tu. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi sedikit melekit dan berkilat macam barbecue chicken.

Wednesday, 29 May 2013

ResipiMasakanKini - Biskut Bangkit

Bahan-bahan :
330 gm tepung ubi
4 helai daun pandan - potong kira-kira 3 inci panjang
30 gm shortening
130 gm gula aising
1 biji kuning telur gred A
130 ml santan pekat KARA
Secubit garam

Cara menyediakan :

1. Dalam kuali goreng tepung ubi dengan daun pandan dengan api kecil sehingga tepung ringan serta sedikit kuning dan daun pandan rangup. Nak lagi mudah bakar dalam oven dengan suhu 160 C selama 50 minit hingga 1 Jam. Buang daun pandan dan ayak tepung ke dalam mangkuk dan biarkan tepung betul-betul sejuk.
2. Pukul gula aising dan kuning telur dengan whisk sehingga ringan dan berkrim dan gula benar-benar sebati.
3. Tambah 100 ml santan dahulu dan pukul rata lagi.
4. Ayak tepung ubi ke dalam mangkuk adunan, tambahkan secubit garam dan perlahan-lahan menguli sehingga doh tidak melekat pada tangan, sambil menambah santan sedikit demi sedikit apabila perlu.
5. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan ia rehat selama kira-kira 30 minit.
6. taburkan sedikit tepung ubi dalam acuan kayu agar adunan tidak melekat. Ambil sedikit doh dan letakkan ia ke dalam acuan. Ratakan adunan serta tekan sedikit dan potong lebihan tepung dengan pisau.
7. Ketuk acuan perlahan-lahan atas kertas minyak hingga keluar adunan dan susun. Biskut bangkit tidak akan mengembang jadi boleh letak rapat sedikit.
8. Bakar dalam ketuhar bersuhu 170C selama kira-kira 20 - 25 minit.
9. Sejukkan 2 minit atas dulang dan pindahkan biskut atas rak dawai. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas bersih.


Nota: Jika tak pasti biskut sudah masak atau belum, bila makan seketul terasa basah-basah kat tengah biskut tu tandanya biskut belum cukup masak. Bakar lagi atau lebih mudah bakar hingga biskut ada sedikit warna kecoklatan yang menandakan biskut tu dah cukup masak.

ResipiMasakanKini - Ayam Mentega Rangup

Bahan-bahan :
2 keping dada ayam - dihiris
2 tangkai daun kari - dihiris
4 biji cili padi - dicincang halus
1 batang lada merah - dihiris halus
60 gm mentega ( Boleh di tambah lagi untuk salutan kuah yang lebih banyak)
1 biji bawang besar - dicincang
Tepung jagung secukupnya - untuk salut ayam 
Minyak untuk menggoreng
1 sudu besar madu (atau sedikit gula)

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil perencah pati ayam
2 sudu kecil gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara menyediakan :
1. Ayam di gaul bersama bahan-bahan perap dan perap selama 20 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Salut ayam tadi dengan tepung jagung dan goreng terendam dengan minyak agar ayam masak sekata. Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi serta cili merah. Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan madu. Gaul sebati. Angkat dan hidangkan.

ResipiMasakanKini - Telur Gulai Pedas

Bahan-bahan:
8 biji telur rebus - goreng berkulit 
2 ulas bawang putih - iris halus 
1/2 biji bawang besar - iris kasar
1 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
2 helai daun limau purut - buang tulangnya
1 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar gula merah atau gula pasir
2 batang lada merah - belah dua tak putus
2 batang lada hijau - belah dua tak putus
3 cawan air
100 ml santan pekat 
4 biji tomato - potong dua
garam secukup rasa
minyak untuk menumis 

Bahan rempah :
1 batang kayu manis
2 biji buah pala - diketuk
1 sudu teh ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Cara menyediakan :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, lengkuas, daun limau purut, serta bahan rempah hingga harum.
2. Tambah cili kisar dan kacau rata biarkan naik minyak kemudian masukkan gula merah dan kunyit serbuk kacau rata.
3. Masukkan telur yang telah digoreng dan kacau rata hingga bersalut rempah. Tambahkan air dan santan serta lada merah dan hijau. Masak hingga mendidih. Tambah tomato dan perasakan dengan garam. Angkat dan hidang

ResipiMasakanKini - Opor Nangka Muda

Bahan-bahan :
500 gm nangka muda - dibersihkan
700 ml santan - dari sebiji kelapa

Bahan sangrai dan kisar halus :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
5 tangkai cili kering - buang bijinya
2 batang serai - hiris kasar
2 helai daun cekur
2 helai daun limau purut - buang uratnya

Bahan sangrai dan kisar kering :
1 sudu besar rata ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan putih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis

1 sudu besar kerisik
1/4 cawan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :

1. Rebus nangka hingga empuk dan tapis buang airnya. Ketepikan.
2. Masukkan nangka dalam kulai, tuang santan, bahan kisar halus dan bahan kisar kering kacau rata dan masak sehinga mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan kerisik, pes asam jawa, garam dan gula cukup rasa. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat. Angkat dan sajikan.

ResipiMasakanKini - Ayam Goreng Lemon

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 cawan air
Kunyit serbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji tomato - belah 4
Minyak untuk menumis
Secubit garam dan gula

Bahan tumbuk kasar :
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
8 biji cili api
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan :

1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam, perap sebentar kira-kira 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam 1/2 masak dan toskan minyak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk kasar atau lebih mudah masukkan dalam food processor dan blend sekejap.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air. Kacau rata, biar ayam lembut dan serap rempah.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus lemon, tomato dan gaulkan rata.
5. Perasakan dengan garam jika perlu dan sedikit gula kacau rata dan matikan api.

ResipiMasakanKini - Sambal Ayam Udang Kering

Bahan-bahan :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ayam knorr
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil seasoning 
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam 
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung

Cara menyediakan :
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 

5. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
7. Larutkan kiub pati ayam bersama air, kemudian tuang. Tambahkan garam secukup rasa jika perlu.
8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

Resepi Puding Roti Pisang Ceria (Kukus)

Kali ni resepi pakai balun je. Untuk minum petang sebab boring tak tahu nak masak apa, so kita buat yang nampak pelik sikit la. Tengok kat dapur, ada la bahan ni. Jadi timbul idea nak buat puding roti untuk makan petang ni.
Bahan-bahan
~ 8 biji pisang emas (pisang apa pun boleh)
~ 5 sudu breadcrumbs (guna 5 keping roti kering yang dihancurkan pun boleh)
~ 1 cawan susu segar (susu sejat pun boleh)
~ 2 biji telur ayam
~ 1 sudu gula
~ garam secubit
~ 2 sudu tepung gandum

Bahan sampingan
- pengukus
- 2 biji loyang bersalut minyak

Cara-cara:
1. Sediakan bahan. Potong pisang halus-halus. Standby didihkan air dalam pengukus.

2. Masukkan barang untuk dikisar iaitu telur, breadcrumbs, pisang, gula, garam dan susu segar

3. Tuangkan bahan dikisar dalam mangkuk. Masukkan dua sudu tepung gandum dan gaul sebati

4. Sapukan loyang dengan minyak/mentega. Tuang adunan ke dalam loyang. Kita guna dua loyang kecil

5. Tutup loyang dengan plastic wrap atau aluminium foil. Masukkan dalam pengukus yang sudah siap mendidih airnya

6. Kukus selama 20 minit. Bila dah masak, sejukkan dulu loyang

7. Telangkup adunan dalam pinggan. Sejukkan dalam peti ais atau terus makan

8. Ini tekstur dalamannya (klik untuk zoom). Boleh dimakan panas atau sejuk.
SELAMAT MENCUBA



Tuesday, 28 May 2013

ResipiMasakanKini - Asam Pedas Ikan Tongkol

Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol bersaiz sedang
1 cawan lada kisar
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 inci belacan * - dibakar sekejap
1 sudu besar rata ketumbar biji * - disangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 batang serai * - dihiris 
2 batang bunga kantan
1 ikat daun kesum 
Belimbing buluh secukupnya - dibelah dua
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis

( Bahan bertanda * di blender halus)

Cara menyediakan :

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan blender hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak masukkan air dan kacau sebentar kemudian masukkan ikan, asam gelugor dan biarkan hingga mendidih. 
4. Bila dah mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum, belimbing buluh, garam dan sedikit gula kacau rata.
5. Biarkan sebentar, kemudian perasakan dan bolehlah matikan api. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

ResipiMasakanKini - Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
1/2 biji jus lemon
1 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak

Bahan Kisar Halus :
1 inci halia segar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

3/4 cawan cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 inci belacan bakar - larut dengan sedikit air asam jawa
1 sudu besar kicap manis


Cara menyediakan :

1. Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit jus lemon dan perap 15 minit. Bilas toskan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, daun limau purut, bahan kisar halus dan kacau sehingga wangi.
3. Masukan cili kisar serta bahan-bahan yang lain dan gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam gaul rata sehingga bersatu dengan rempah dan perlahankan api. Bila ayam berubah warna, masukkan air dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat sedikit, perasakan dengan garam dan bolehlah diangkat dan taburkan dengan kacang pis. Hidangkan.

ResipiMakanKini - Daging Gulai Darat

Bahan-bahan :
300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub
1 sudu kecil pes asam jawa
2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
2 biji kentang - potong dadu besar
3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit hidup
1/4 cm lengkuas

Cara menyediakan :

1. Campurkan bahan kisar halus bersama daging, santan, cili kisar dan pes asam jawa dalam kuali. Dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api sederhana.
3. Sebelum diangkat perasakan dan masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat. Hidangkan.

Ayam Opor Hijau

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12

2 biji terung bulat - potong dadu besar
2 1/2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1/4 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :
100 gm cili hijau - buang bijinya
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
4 tangkai daun ketumbar
2 cm halia
2 batang serai
2 helai daun limau purut - buang uratnya
1 inci belacan 
2 sudu besar ketumbar biji - sangrai dan ditumbuk kasar
1 sudu besar jintan manis - sangrai dan ditumbuk kasar
1 sudu besar rata lada putih biji - ditumbuk kasar

2 batang cili merah - belah dua
Daun ketumbar - hiris kasar

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga terbit baunya. Masukkan ayam kacau rata, tutup periuk dan biarkan 5 minit biar ayam serap rempah dan empuk.
2. Masukkan santan dan biarkan mereneh selama 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan terung, bahan tumbuk kasar, cili merah dan daun ketumbar. Teruskan memasak selama 3 minit atau lebih.
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Angkat dan hidang dengan nasi kegemaran.

Monday, 27 May 2013

Resepi Paprik Ayam (sayur Kubis)

Biasanya orang makan paprik sayurnya kubis bunga, kacang panjang, tomato. Tapi kali ini kita nak masak guna kubis sayur dan bukan kubis bunga. Best tak? Try dulu.. kalau tak minat, gunalah kubis bunga hehehe.

Bahan-bahan:
~ 4 ulas Bawang merah dihiris ->tumis
~ 2 ulas bawang putih dihiris dan ketuk ->tumis
~ 1 inci halia dihiris ->tumis
~ 1/2 biji bawang besar
~ 2 sudu sos tiram
~ 2 sudu sos cili
~ 2 sudu cili boh (chili paste)
~ 1 sudu kicap pekat
~ 2 sudu cukup rasa (atau 2 cubit garam dan 1 cubit ajinomoto secukup rasa)
~ 1 sudu gula (tak suka manis, jangan bubuh ya))
~ sayur-sayuran (biasa orang guna kubis bunga, lobak merah, bawang besar, kacang panjang, tomato, cendawan dan kubis sayur)
~ 400 gram ayam (ayam bandar, ayam hutan, ayam serama, ayam katik, ayam belanda semua boleh)
~ 1-2 helai daun limau purut

Cara-cara:
1. Standby barang tersebut

2. Tumis bawang yang kena tumis tu. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan ayam dan goreng. Bukan goreng sampai keemasan, tapi goreng sampai masak.

4. Masukkan ramuan sos kita tadi (sos tiram, cili boh, sos cili, kicap pekat) dan gaul sampai rata

5. Masukkan cukup rasa dan gula

6. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul sampai didih

7. Dah siap untuk dihidangkan. Bolehlah makan.
Nampak simple sebab sayur kite bubuh kubis sayur dan bawang besar je.
Tapi best... walaupun sayur tak 'grand' hehehe
SELAMAT MENCUBA


ResipiMasakanKini - Daging Masak Beriani

Bahan-bahan :
600 gm daging lembut 
4 sudu besar rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 cawan yogurt plain
2 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
3 biji buah tomato - mesinkan dengan 2 cawan air
8 biji buah tomato ceri
2 batang lada merah - belah dua
2 batang lada hijau - belah dua
2 labu bawang besar - hiris bulat
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
garam secukup rasa

Bahan kisar halus :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari

sedikit minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan :
1. Daging dibersihkan, potong kiub dan tos airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan bahan kisar dan rempah berani yang  dibancuh dengan sedikit air serta daging tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
6. Masukkan buah tomato ceri, lada merah dan lada hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Perasakan garamnya dan angkat.
7. Hidangkan dengan nasi beriani atau nasi kegemaran yang lain.

Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum
1 1/4 cawan air - tambah juka perlu
Sedikit pewarna hijau 
1/2 sudu kecil pandan emulco
Gula kabung/Gula melaka - dipotong kecil-kecil untuk inti 
1 biji kelapa parut putih 
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

Cara menyediakan:
1. Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka.
2. Air dicampur dengan pewarna hijau dan pandan emulco, kacau rata.

3. Tuang air kedalam tepung pulut dan gaul tepung pulut sehingga adunan boleh digentel. Tuang air sedikit demi sedikit, secukupnya.
4. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
5. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
6. Salut buah melaka dengan kelapa parut yang telah dikukus dahulu dan di campur dengan sedikit garam, gaul rata. Hidangkan.

ResipiMasakanKini - Kuzi Kambing

Bahan-bahan:
2 kg daging kambing
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar [dihiris]
1 cawan minyak masak
100 gm badam goreng [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji limau nipis [diambil airnya]
4 biji tomato [dibelah empat]
4 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia [dikisar]
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau [ditumbuk kasar-kasar]
10 tangkai cili merah [ditumbuk kasar-kasar]
2 biji bawang besar [dikisar]

Cara menyediakan:
1) Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam.
2) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk.
3) Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, badam goreng, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.

Reupdated : Berhati-hatilah dengan hati


Salam semua :)









http://instagram.com/nurfaezah92





Yang dipegang tiga ratus enam puluh lima


Yang kelima dalam dua belas


Yang keenam bakal datang


merenggut memoir lepas yang berpiket







Teleku kejap-kejap





Katup rapat


Simpan kunci


Kepada Tuhan


Aku pulangkan


Tapi



Yang kerdil masih tak putus harap



Terima kasih Allah


atas sebaik-baik perancangan-Mu






__________________________





aku = lost