Tuesday 21 May 2013

Resepi Puding Karamel (Custard Puding) Gula Hangus

Resepi Puding Karamel atau Custard Puding atau Gula Hangus atau creme brulee atau taik itik. Apa sahaja panggilannya, ia tetap sama :)
Bahannya:

~ 1 cawan besar susu segar/susu cair (lebih kurang 200 ml)
~ 1 sudu besar gula halus
~ 2 biji telor
~ secubit garam
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan untuk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air

Bahan sampingan
-Alat mengukus
-Aluminium foil/plastic wrap
-cawan kaca comel
-good morning towel

Cara-cara


1. Masak Bahan untuk karamel dulu.
2. Gerenti jadi hangus macam ini
3. Bila dah siap masak, masuk dalam cawan kaca

4. Lepas itu pukul 2 biji telur

5. Masukkan susu segar atau susu cair ikut selera masing2

6. Masukkan sesudu besar gula

7. Masukkan secubit garam dan esen vanila

8. Tuang adunan dalam cup yang ada karemel tadi slow2

9. Nah bubuh kat kuali mengukus yang dah siap dengan air panas, bawahnya letak towel putih karang terbalik cawan kita hehehe

10. Cover cawan dengan aluminium foil atau plastik wrap

11. Tutup la kuali tadi. Kukus selama 30-40 minit bergantung pada besarnya api. Saya kukus 15 minit je, sebab air dah mendidih awal lagi. Kalau air belum mendidih, 30 minit la kena kukusnya :)


12. Nah dah siap

13. telangkup kat pinggan dan patuk terus mamam
update 26 Mei 2013: ramai tanya berapa nisbah sebenar telur dengan susu. Jawabnya, kena tahu nisbah telur dan susu, nisbahnya 1 telur = 100ml susu
SELAMAT MENCUBA

gambar update 26 Mei 2013: ramai beritahu kalau buat besar, tapi tak jadi. Macam biasa, tipsnya 1 telur = 100ml susu. Ini yang sy buat besar

bukan satu, tapi dua biji puding. Guna 400ml susu dan 4 biji telur

ini tekstur dalamannya, klik untuk zoom besar


No comments:

Post a Comment