Wednesday 31 July 2013

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Pulut Seri Muka Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi resipi pulut seri muka sedap, resipi warisan turun temurun dari keluarga. Seri muka adalah makanan tradisi melayu yang popular terutamanya di bulan Ramadan, juadah istimewa untuk berbuka puasa. 

Penyediaan : 30 Minit | Memasak: 45 Minit
75 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 1

Bahan-bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
  • 250 gram beras pulut
  • 200 ml santan (sederhana pekat)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
  • 60 gram tepung gandum*
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 70 gram gula pasir
  • 2 biji telur Gred A
  • 225 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
  • Pewarna hijau(optional)

Cara menyediakan:


Cara-cara untuk lapisan bawah
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
  2. Toskan beras pulut seketika
  3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
  4. Kukus selama 30 minit
  5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
  6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Cara-cara untuk lapisan atas
  1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
  2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
  3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
  4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
  5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap
  6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas . - iResipi.

Resipi Biskut Chocolate Chip

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Biskut Chocolate Chip. Rangup, sedap dan senang untuk disediakan.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan baking soda, garam dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Sayur Sawi Masak Air Ceria

Bahan-bahannya
sekeping tempe
3 bAtang cili api (iktu kepedasan masing-masing)
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 gelas air tok ayam
segenggam sayur sawi
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Hiris halus semua barang

2. Goreng dan tumis semua bahan

3. Tuangkan air rebusan ayam/chicken stok

4. Masukkan sayur sawi

5. Yes, dah siap. Kacang je tapi sedap
SELAMAT MENCUBA

Resepi Sup Ikan Ceria

Bahan-bahannya:
6 tangkai cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
daun sup, daun bawang
1 inci halia
1 cawan air
ikan (ikut apa ikan pun boleh)
1 biji tomato dipotong dadu
sos ikan atau sos budu pun boleh
kalau suka, daun kesing (daun ketumbar) pun boleh bubuh
kalau suka, sesudu cuka buah
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Hiris semua bahan di atas

2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun

3. Kemudian masukkan cili api

4. Masukkan segelas air

5. Masukkan serai

6. sesudu sos ikan

7. Biarkan didih. Dah didih bubuh daun sup dan daun bawang. Kalau suka, boleh masukkan daun ketumbar

8. Masukkan halia

9. Kemudian barulah ikan. Biarkan didih lagi sekali. Dah didih baru letak tomato, kalau suka masukkan cuka buah. Perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa

10. Sup ikan siap dijamu
SELAMAT MENCUBA

Tema dan Trend Warna 2013 & 2014


Assalamualaikum w.


   Hai, khabar super riang-ria untuk anda yang sedang mencari trend warna yang hot untuk tahun 2013. Tak kisahlah cari warna tema pertunangan,nikah,resepsi perkahwinan, warna cat rumah untuk raya, nak cari baju kahwin, warna aksesori, warna tema harijadi, warna tema blog, warna baju pakai hari-hari, warna-warni aidilfitri. Eh berapa banyak warna lah? Hahaha. Untuk tahun 2013, warna banyak didominasi oleh warna-warni pastel dan ceria. Hihi ayuhle kita mencuci mata dan merabak duit. Check it outttt !








1) Mint Green 


 


Oh Comel !













2) Coral Peach 







Oh Manis!










3) Tiffany Blue







Oh Cool !










5) Monaco Blue







Oh Klasik !










6) Dusk Blue 




Oh Blog Ku Haha!







7)  Emerald Green, Hijau Zamrud 




Oh Stail !










7) Yellow Lemonade Zest 




Oh Nice !






8) Poppy Red







Oh Seksi !










9) African Violet







Oh Lovely !










10) Pastel Dusty Pink




Oh Sweety !






  Yeayyyy! Ok sila jangan over eksaited. Ya paham semua color trend kat atas lagi cantik menarik tertarik. Ape pun awak semua haruslah pilih warna yang betul-betul sesuai untuk diguna pakai. Paling penting selesa ( untuk fesyen dan aksesori) dan sejuk mata memandang (untuk dekorasi rumah, bertunang, wedding etc). Oh ya, don't forget to grab hot promotion dan macam-macam lagi barang yang comel lagi hot di Ikea Malaysia untuk sambutan Aidilfitri ! Semoga tips warna ni dapat tolong awak semua sikit-sikit apa yang patut. Kredit gambar dan info  : color 2013








  • Ehem ! Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua blogger dan pembaca. 

  • Baju raya dah siap? Berapa pasang ? Ke beli tunjuk-tunjuk saje ?

  • Kuih raya banyak tak buat? Ada kuih apa? Ke beli tunjuk-tunjuk saje ?

  • Puasa cukup tak ? Kalau tak cukup aaaa eemmm nanti kena ganti. Jangan ponteng puasa tahu ?

  • Sile lah bagi ucapan selamat hari raya dekat komen hahaha. ok bai ! :)


















Tuesday 30 July 2013

Resipi Biskut Mama Carey

ResipiMasakanKini berkongsi resipi biskut Mama Carey, resipi biskut hari raya yang sangat popular.  

Penyediaan : 20 minit | Memasak: 20 minit
40 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 48

Bahan-bahan:

  • 200 gm mentega, premium Anchor butter
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm susu tepung*
Bahan untuk aising:
  • 1 biji telur putih
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara menyediakan:



  1. Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  2. Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
  4. Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
  5. Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
  6. Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.
Cara-cara untuk aising:
  1. Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi London Almond

ResipiMasakanKini berkongsi resipi London Almond ini adalah resipi kuih/biskut raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya. Setiap tahun saya pasti akan menghasilkan London Almond ini.

Penyediaan : 30 minit | Memasak: 25 minit
55 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 48

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
Bahan untuk disalut
  • 450 gram coklat masakan
  • 1/2 sudu besar lemak sayur
  • Badam cincang, dibakar dlm oven
  • Paper cup bersaiz kecil

Cara menyediakan:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

Monday 29 July 2013

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Biskut Semperit/Samperit

ResipiMasakanKini berkongsi resipi biskut semperit/samperit untuk juadah di hari raya, walau pun simple tetapi tetap menjadi tarikan ramai yang meminatinya.

Penyediaan : 25 Minit | Memasak: 30 Minit
55 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 8

Bahan-bahan:

  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah untuk hiasan
Cara menyediakan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berwarna putih, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga masak

ResipiMasakanKini Menghidangkan Resipi Biskut Makmur

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Biskut Makmur, resipi kuih raya yang tradisional boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 50

Bahan-bahan:


Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup
Bahan untuk inti:
  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing
Cara menyediakan:
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Sunday 28 July 2013

Resipi Cendol Ceria

Bahan-bahannya:
1 peket cendol
400ml santan
6 sudu besar gula merah (yang kurang manis)
1 biji gula melaka (satu inci)

hiasan:
pulut
jagung manis dalam tin
kacang
rumpai laut
dan lain-lain

Cara menyediakannya:
1. Panaskan santan

2. Bila nak dekat didih, masukkan gula merah

3. Kemudian masukkan gula melaka. Bila dah didih, sejukkan kuah dalam peti ais

4. Sediakan cendol dan bahan hiasan

5. Tuangkan santan yang telah kita masak tadi. Hmmm... best
SELAMAT MENCUBA

Kerang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya:
1 1/2 kilo kerang
3 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar (kisar/tumbuk)
2 biji bawang merah (kisar/tumbuk)
1 sudu serbuk kunyit atau i inci kunyit hidup
garam dan ajinomoto
3 batang serai dititik
5-10 tangkai cili api
400ml santan  (200ml santan pekat, 200ml air tapis)

Cara menyedakannya
1. Rebus kerang sampai terbukak cengkerangnya hehehe. Kemudian perisikan dia. Nak guna kerang ekspres pun boleh

2. Tumis serai, kunyit, bawang putih dan bawang merah. Percaya tak, tumis benda ni dengan air? bukan dengan minyak masak :)

3. Lepas itu tuangkan santan

4. Masukkan cili padi yang ditumbuk, garam dan ajinomoto

5. Nah lauk sudah siap dimasak
SELAMAT MENCUBA