ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Tart Nenas Gulung, adalah antara kuih raya yang paling popular dan menjadi satu kemestian ada pada setiap rumah kerana ianya menjadi kesukaan ramai.
Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi kalau kita mencuba.
Penyediaan : 30 | Memasak: 60
90 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 36
Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi kalau kita mencuba.
Penyediaan : 30 | Memasak: 60
90 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 36
Bahan-bahan:
Bahan untuk jem:
- 2 biji nenas, parut dan toskan air
- 600 gram gula
- 1 batang kayu manis
- 2-3 titik pewarna kuning
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu air
- Setitik pewarna kuning
- 125 gram butter, premium Anchor butter
- 1 sudu besar gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 3/4 cawan tepung gandum*
- 1/4 cawan tepung jagung*
- 1 sudu besar tepung kastard*
- 1/2 sudu kecil garam halus
Cara Membuat:
Cara-cara untuk jem nenas:
- Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
- Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
- Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
- Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
- Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
- Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
- Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
- Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
No comments:
Post a Comment