Wednesday 24 July 2013

Resipi Nasi Ayam Mandi (Mandi Dajaj)

Resipi Nasi Ayam Mandi ini adalah nasi arab dalam bentuk ayam. Orang Arab kurang menjadikan ayam sebagai makanan ini tetapi penyediaannya tidak rumit. Ayam kampung lebih bagus kerana boleh masak lama. Tips nasi mandi ialah Rempah mandi. Bukan spesial apa pun, cuma bahan wajib kena ada:
1 inci halia,
1 sudu serbuk buah pelaga,
1 sudu serbuk cengkih,
1 sudu kecil serbuk buah pala,
1 helai daun salam (Bay Leave).

kalau tak ada benda lain, cuma ada rempah di atas pun, dah boleh jadi nasi mandi. Ok kita teruskan dengan resipi.

Bahan-bahannya:
4 gelas besar beras basmati
6 gelas air tapis
1 ketul kiub chicken stok
1/2 ekor ayam
2 batang kayu manis
10 batang cengkih
10 biji cili hitam
10 biji biji sawi
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 helai daun salam
sesudu jintan manis
10 biji buah pelaga
1 sudu kecil thyme herbs
1 sudu kecil oregano
3 batang cili hijau
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 sudu minyak sapi
beberapa titik zafaran (boleh ganti dengan pewarna kuning telur)

Bahan BBQ
3 sudu serbuk kari digaul bersama serbuk rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 6 biji lada hitam, 2 cm kayu manis dan 3 biji cengkih ditumbuk kesemuanya)

Bahan Salatah Hara
3 tangkai ketumbar
3 tangkai pudina
5 batang cili hijau
3 biji tomato

Bahan Salad
3 tangkai pudina
1 batang terung
2 biji tomato
3 tangkai cili hijau
2 sudu cuka kurma/epal
2 sudu Yogurt

Cara menyediakannya:
1. Himpunkan bahan herba, kayu manis, cengkih, cili hitam, biji sawi, jintan manis, serbuk buah pala, buah pelaga, daun salam, thymes, oregano dan bahagikan kepada dua bahagian

2. Bahagian pertama, direbus terlebih dahulu hingga mendidih dengan 6 gelas air tapis

3. Kemudian masukkan ayam dan renehkan dalam 5 minit. Untuk menghasilkan stok ayam yang lebih kick, masukkan kiub chicken stok seketul. Kemudian angkat ayam dan keringkan ayam

4. Baki herba tadi pula ditambahkan dengan cili hijau, halia dan bawang

5. Dalam periuk nasi, masukkan minyak sapi

6. Tumiskan bahan herba tadi sampai naik bau dengan api yang kecil. Kita nak ekstrak dia betul-betul

7. Kemudian barulah masukkan air stok ayam bersama seketul ayam (saya bubuh kepak ayam dan leher ayam je)

8. Bila air dah didih, masukkan beras basmati. Kacau rata dan tutup periuk. Masak dalam 5 minit

9. Kemudian masukkan zaafaran. Yang pekat buat dua titik, yang cair buat 'X'. Tutup periuk sekejap

11. Buka periuk nasi dan gaulkan nasi. Masak dalam 10-15 minit bergantung jenis beras

12. Sementara itu, lumurkan ayam dengan 3 sudu serbuk kari digaul bersama serbuk rempah 4 sekawan. Tuangkan sesudu minyak zaitun dan tabur sedikit garam dan sesudu madu.

13. Panggang ayam, kita guna pemanggang ajaib je

12. Sediakan bahan salad dan potong dadu

13. Kemudian campurkan daun pudina, gaul sebati dengan cuka kurma/epal. dan kalau suka, dengan yogurt atau mayonis

13. Ini pula bahan salata hara

14. Hanya kisar dengan blender je

15. Dah siap nasi kita. Yang udang seketul tu resepi lain ye, kurma pun hiasan je tu, al-maklumlah bulan puasa.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment