Friday, 28 October 2011

HATI berbunga-bunga jumpa incik Fizz Fairuz ^_^



Salam semua..


               

   Pertama sekali aku mohon ampun maaf malam semalam aku tak pergi terjah dan balas jejak..petang nanti baru aku mulakan jejak kasih edisi blogger :p nak tahu aku ke mana?  aku pergi beronok-ronok ke funfair..sumpah seronok! ^_^


Sesiapa yang belum tahu, pemilik diari canggih berasal dari Johor.. kisahnya funfair tu dekat Plaza Angsana..kebetulan malam semalam ada event sempena Festival Filem Malaysia dekat Dataran Angsana ..lepas  habis mengopakkan duit dengan senang hati dan berseronok macam kanak- kanak ribena,kononnya nak balik lah..jam pun dah pukul 11 lebih..lalu sepupu aku mengajak menjengah aktiviti sempena FFM tu.. ramai artis yang datang..sebab aku lambat menjengah yang aku nampak cuma Maimon Mutalib (pakai sari pewwitt ), hantu Kak Limah( sorry aku lupa nama beliau ), sheera iskandar ( halimah jongang), ana rafali ( aku tak minat dia, huhu ) dekat banner ada gambar Mia Sara, tapi tak pastilah budak comel Mia tu datang ke tak..paling rugi aku tak dapat jumpa Aaron Aziz :( tsk wa nak jumpa Aaron woi. tapi hati aku berbunga kembali sebab dapat jumpa pujaan hati si Adam Nur Kasih beb si Fizz Fairuz lalala :) *lompat2*






Saya pun eksaited dapat jumpa awak Ieja n_n





patutla aku tengok ramai yang dok kerumun, rupanya calon menantu idaman semua ibu di Malaya.


 last minute tu aku tengok dia dah nak gerak, tapi dia macam free, sempatlah aku gambaran dengan beliau..kakak dan sepupu aku je yang tak sempat , kunun2 malu ,arghhhh rugi-rugi :P 


tapi aku tak dapatlah tepek gambar tu kat sini eh..saya ni pemalu. bhaha.







Awak jangan risau, saya pegang tangan bebudak je k





Sebelum balik sempat lagi akak aku singgah KFC , nyum3...sampai rumah kul12 lebih ..memang tak larat aku nak bukak lappy..ok tamatlah kisah keterjaan aku tu. oh ye, terima kasih atas komen dan pandangan entri tips dan nasihat untuk blogger..


insyaallah akan ada edisi kedua lalalaa ..get ready ok ?





saya dah merindui awak incik Fizz Fairuz. tsk *meneteskan air mata* ahhh sudah..:P








aku main cak-cak kat google terjumpa pulak gambar hot Fizz Fairuz ni,haha :P






WAJIB BACA: TIPS DAN NASIHAT UNTUK BLOGGER ^_^

SALAM semua..



Ok. sis takmahu berlengah lagi, sis tahu ramai dah buat entri mcmni, tapi sis tetap nak kongsi jugak sebab 
sebenarnya ramai yang masih di takuk lama :)


salah silap harap diampun, its nice to be nice :)
  • BLOG BERAT -  sis rasa awak semua tahu apa penyebabnya..banyak sangat widget2 dan gambar bsaiz besar di kiri kanan atas bawah..awak kena faham line internet waima P1 pun kadang-kadang lembab..jadi cuba buang sebab percayalah blog berat faktor utama orang malas datang..tak percaya blog awak berat, mari timbang blog dekat sini..

  • POP UP WELCOME BOX - ini terbukti perempuan ramai buat sebab terlebih rajin..kalau awak nak tahu orang letih nak tekan "ok" bila nak masuk, tu kalau tak banyak soalan lah, lepas tu bila nak komen, lagi box komen yang ada word verication, dia akan pop up sampai lah aku keluar daripada blog tu..?

  • RUANG KOMEN -  rajin edit blog..edit html pulak tu..banyak kerja kan, nak kena copy paste kod la apalah..tapi benda paling penting awak tak buat..WORD VERIFICATION..tolong tukar setting komen, jangan papar pengesahan perkataan tu..kenapa tak ada orang komen entri? sebab tu lah..oh ye, lagi 1 buat POP UP BOX KOMEN ye ..rasanya terlalu banyak blog buat tutorial  ni..cepat2 tukar setting :)

  • TULISAN DAN WARNA DALAM BLOG - aku juga pernah ditegur mengenai isu ni..dan aku ambil semuanya dari sudut positif..maknanya ada orang take care lah dengan kita dan blog kita ye dak? seeloknya, gunakan warna yang sedang2 cerah dan gelapnya..untuk entri, warna terbaik untuk tulisan ialah hitam.  jangan menggunakan terlalu banyak warna dalam blog dan carilah tulisan yang lebih mudah untuk dibaca.. :)

  • ISU LAGU - ini hak masing-masing..cara paling senang nak atasi isu ni, buat lagu yang siap dengan button pause..tolong jangan guna GRATISAN MUSIC..aku kalau buka blog memang sampai 7,8 tab baru..bayangkan tahi telinga aku boleh meleleh dengar aneka lagu tu..cepat, pergi usha tutorial :)

  • BLOG SARAT DAN SERABUT - bagi aku biasanya blog yang agak sarat ni bila terlalu banyak gambar yang berderet-deret..cara nak atasi, buat slideshow..jimat ruang dan nampak kemas..cepat google, siap boleh edit2 lagi gambar tu tau :)

  • ENTRI TERLALU PERIBADI- ini susah nak cakap..pendapat peribadi..aku kurang gemar blog yang terlalu memaparkan kisah-kisah peribadi iaitu kisah cinta pakwe makwe..maaf, bukan cemburu..tapi err rasanya ramai setuju dengan pendapat aku *cepat angguk! haha..maaf lagi, memang tak salah untuk meluahkan rasa cinta dan rindu tapi rasanya tak  perlu cerita secara detail dan siap tunjuk mesej b sayang baby..ohhhh i'm really sorry to said that..lebih baik awak simpan, tak perlu beritahu umum :)

  • JAGA TAIPAN ANDA - kalau awak tengah marah gila-gila pun, harap maaf..tidak dibenarkan kata-kata cacian, makian seperti bab1 di dalam blog anda..mesti cakap "blog aku,suka hatilah..blog awak tu awak sibuk dok suruh orang follow, follower tu nak baca kata cacian awak eh ? :(

  • TUTORIAL TAPI DISABLE RIGHT CLICK - haha ni aku agak bengang ok? nama pun tutorial kan? awak pun nak buat tutorial tu baca dari blog orang lain kan? jadi tak payah kedekut ilmu sangatlah..bayangkanlah kod panjang berjela nak suruh orang salin dalam buku 555 ke?aku malas la nak cakap memang ramai pun buat termasuklah blogger famous amous ops! hehe..apa susah aku printscreen terus lalala :)

  • ITS NICE TO BE NICE - siapa yang belum baca entri nice boleh baca sekarang..dunia blog tak besar mana..ringkas jangan sombong dan cari pasal sesama blogger :)

  • ok, done! gila panjang kan? tapi ikutkan lagi panjang haha..harap maaf, tolong ambil tips dan nasihat ni dari sudut positif..kalau awak nak ramai orang folo, ramai orang komen, ramai orang nak kawan dengan awak..jom laju-laju ikut tips-tips ni.. :) tahniah jika berjaya baca entri terpanjang aku nih :)  sekali lagi aku mohon maaf, aku tahu pasti ada yang tersentap, tapi ini untuk kebaikan kita bersama :) bacalah dan fikirlah dari sudut positif, yey jangan risau aku bukan marah tau , jumpa malam nanti ye ?:)

ehemehem..kepada sha-myheart, masa taip entri ni baru teringat saya tak tukar warna shoutmix lagi .aduyai pun ..:P awak semua juga boleh komen untuk penambahbaikan blog saya ni,,:)

Thursday, 27 October 2011

Resepi Sup Ekor Special

Bahan-Bahan:
1 kg ekor lembu
2 sudu makan rempah sup
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 helai daun pandan
2 biji kentang (dibelah 4)
1 btg carrot (dibelah 4)
3 biji tomato (dibelah 2)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & rempah sup sehingga beraroma. Masukkan air diikuti ekor lembu. Rebus sampai empuk.
3. Setelah ekor lembu agak empuk, masukkan kentang, carrot dan tomato sehingga masak.
4. Masukkan garam & serbuk perasa jika mahu.

Resepi Mee Bandung Tulang.


Bahan -bahan:
500 gram mee kuning
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang puting
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering
100 gram udang biasa
300 gram tulang lembu(direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah)
100 gram sawi
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan tulang lembu beserta air rebusan dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sawi dan udang tadi, tambahkan gula dan garam secukup rasa.
4. Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.

SPONTANEOUS THURSDAY: Hujan ^_^





bila hujan turun 
ramai di antara kita mengeluh dan merungut
habislah hasil menoreh getah
alamak baju tak kering
siaran piring Astro dan internet terganggu
kekasih lewat tiba masa dating
bapak suruh tutup segala tv dan komputer sebab takut kena petir
dan lain-lain lagi ..
tapi sedarkah kita bahawa
 hujan itu membawa rezeki
hujan itu tanda Tuhan mendengar doa hambanya
hujan itu membawa ketenangan dan kedinginan 
di waktu ketiak basah dek pancaran matahari
hujan itu menyuburkan tanaman di muka bumi


hujan itu membawa rahmat...




ok nama sebenar Rain ialah Jung Ji-hoon :) 

Monday, 24 October 2011

CONTEST : Awesome Blog Design ^_^



Salam semua..
hari ini sis akan update semua entri hanya untuk contest dan segmen saja hehe :)


terima kasih kepada cik must sebab tag sis..mahu join juga walaupun blog saya taklah seowesome mana :P
kalah ke menang ke, itu adat pertandingan ye dak..yang penting dapat tambah kawan & beramah mesra :)


Syarat-syarat contest :
  • WAJIB follow mereka iaitu : SYAH ZAHARI &  AFIQ MD ALI.

  • Like page FB SYAH ZAHARI(tak wajib)

  • Sesiapa boleh join

  • Blogger Malaysia.

  • Tag sekurang-kurangnya 2 orang bloggers yang lain.

  • Buat entry khas untuk contest ni and make sure letak banner contest

  • Bila dah siap,letak link entry korang di komen mereka

  • Designer Template: AFIQ MD ALI.

  • Blogskins n Classic Template :  SYAH ZAHARI

  • Hanya 4 pemenang akan dipilih

  • No voting and random in this contest

  • Contest begin on 20/10/11-20/12/11



ok sis tag kamu bertiga ye :






ok mari join laju-laju seperti saya :P

Sunday, 23 October 2011

WAJIB BACA :BLOG SAYA DIREMOVED APA NAK BUAT ???



SALAM SEMUA..
semput saya ! diari canggihku ini tiba-tiba je diromoved tadi..wuu gila cuak beb!
nasib baik dah back up blog..
kalau tidak mungkin kita tak bertemu lagi kawan-kawan..sobsob :(
ok mari belajar cepat..backup blog anda sekarang, ye sekarang!
  1. pergi ke papan pemuka> tetapan> tetapan asas > eksport blog

  2. ikut arahan...ingat!  jangan lupa kat mana file awak simpan backup blog tu ok?



sudah back up, belajar cara nak kembalikan sekarang


pertama, bila sign in dekat blogger.com..dia akan suruh masukkan password..
kedua, ikut saja arahan..dia akan suruh verify password dengan masukkan nombor telefon bimbit awak..bagi je untuk dapatkan kod verify untuk blog awak ..
ketiga..lepas dah terima mesej mengandungi kod verify, masukkan kod tu kat tempat yang disediakan..
keempat, awak dah back up blog kan, jadi bila blogger.com dah sahkan verify kod tu..
pergi ke tetapan> tetapan asas> import blog
kelima, masukkan file backup blog awak tu dah awak akan dapat blog semula ok..




ok sekian terima kasih :)






                             




GAME: TAG, ASK AND ANSWER :)



  • you must post this rules

  • each person must post 11 thing about themselve in their journal

  • answer the question the tagger set for you in their post and create 11 new questions to the people you tag for answer

  • you have to choose 11 people to tag and link them on the post

  • go to their page and tell them you have tag HIM/HER

  • no tag back!

  • no stuff in the tagging section about '' YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS '' YOU LEGITIMATELY ( a.k.a REALLY , TRUST , WITH ALL HONESTLY ) have tagged 11 people .

Salam semua..aku telah ditag oleh Gades semasa untuk bersama-sama join game ni..

ok ini jawapan utk soalan beliau :





  • makanan kesukaan korang ?




  • -semua makanan pun aku suka sebab aku memang kuat makan..paling suka ayam hehe :)





  • sukan apa yang korang suka ?




  • -aku tak suka bersukan..dulu waktu sekolah paling benci bila ada sukantara nak kena lari depan lelaki,

    hampeh..main tiup belon lepastu duduk kasi pecah aku suka dan permainan seangkatan dengannya :)





  • kalau diberi peluang untuk bejumpa dengan Perdana Menteri apa korang nak buat ?




  • -pertama sekali aku ucap terima kasih , kedua mintak izin nak amik gambar banyak2 tanpa isteri beliau :)





  • benda yang korang benci dan tak kan buat ?




  • -merampas hak orang lain :) aku rasa hati aku bagai disiat-siat kalau ada orang cuba rampas apa-apa yang sememangnya aku punya waima sebatang choki-choki :)





  • sapa rakan baik korang ?




  • -masih belum ada rakan baik..kawan2,geng, member, memang ramai..yg bernama sahabat belum ditemui :)  kamu semua juga kawan cutie mutie saya :)





  • korang suka buat apa pada masa lapang ?




  • -kuat makan dah bagitahu tadi:)..blogging sudah pasti :) korek telinga boleh kata tiap2 hari :)





  • besday korang bila dan apa korang buat pada hari besday korang ?




  • -hari lahir aku 26 September 1992 sebab tu nama aku sis92..tahun ni roomate aku belanja KFC, gila masyuk beb :)





  • hadiah yang korang nak pada lahir korang ?




  • -hadiah tu aku tak kisah..yang penting tak lupa dan lagi seronok dapat hang out sama-sama..roomate aku bagi tabung sebab diorang tau aku isi duit syiling 10sen dalam tin nescafe :)





  • sape tokoh yang korang sanjung ?




  • -soalan macam biodata masa sekolah haha..tokoh mestilah junjungan besar Nabi Muhammad :)





  • korang pernah hadiahkan ape untuk GF/BF korang ?




  • -aku hadiahkan hati..sebab benda yang tak terlihat oleh zahir akan lebih dihargai :)

    -aku hadiahkan kad hari lahir buatan tangan yang original, belang2 hijau..sebab buatan tangan akan lebih dihargai:) ye, aku cukup sayang orang yang menghargai aku :)





  • korang nak pasangan hidup yang macam mana ?




  • -aku tak nak jawapan strerotaip*betul ke aku eja..

    aku nak sahabat yang ada masa aku gembira dan sedih, kekasih yang setia dan jujur dan blablabla..suami yang baik untuk isterinya, ketua keluarga yang bertanggungjawab,  seorang bapa yang amanah terhadap isteri,zuriat dan kaum keluarganya :)

    wee ok done :)  ini 11 soalan utk korang, aku tag kamu 11 orang yang superduper istimewa :)

    soalan:

    1. nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?

    2. bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasaan tu?

    3. umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?

    4. jenama laptop yang kamu guna sekarang?

    5. hobi dan minat kamu?

    6. bakat terpendam dalam diri kamu?

    7. masih solo atau tidak..nyatakan sebab..

    8. kenangan waktu sekolah yang paling kelakar

    9. cerita kartun kegemaran?

    10. lagu  yang kamu paling benci?

    11. rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya..berikan jantina berlawanan..

    ok,,jumpa lagi..dah siap jawab bagitahu tau..aku nak baca jugak :)

      Saturday, 22 October 2011

      blogku sudah merajuk!

      salam..

      wuu nak nangis..serius apakah yang telah berlaku pada blogku?

      kawan2 perasan tak dia dah bersepah-sepah..macamana sidebar kanan aku tu boleh jadi kat bawah pulak..aku tak usik apa2 pun..tiba-tiba tadi aku tengok dah jadi macam sekarang..aku dah check setting ikut setting lama tapi beliau tetap begini..tak boleh tukar sidebar tu punya tempat tapi kat setting dah betul dah ciss..





      help me ! help me!  serius aku tak usik apa2..:(((((((



      grrrr bengang betul ni korang tengok ni




      ini guna mozilla firefox





      ini guna internet explorer




      aku sudah tiada mood lagi titik.

      SEGMEN : Afzalsukasuki bloglist supersengal :)





      Salam semua..sambil angkat-angkat kening macam ziana zain penyanyi balada popular..aku update entri laju-laju lagi..ini semua gara-gara incik afzal artis baru lelaki paling sengal nak buat bloglist :) mari join laju-laju seperti saya..



      nama i afzal..i orang original kuatan, pahang..
        i tercalon sebagai pelakon baru lelaki paling sengal oleh sis92 
      tetiba dan tak semena-mena budak pink ni main tembak-tembak dgn gaya mcm comel sebelah i tau..
      walhal
      dekat di lubuk hati nurani, i nak ambil beliau jadi bibik untuk emak di rumah sahaja, fullstop.
      (cakap dengan gaya kumat-kamit)

      CONTEST: ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

      SALAM awak semua yang super kacak dan cantik :)







      ehem2..malam ini saya laju-laju join contest dari cik pen merah..

      hadiah memang berbaloi-baloi..

      apa tunggu lagi.. ramai-ramai join laju-laju seperti saya hehe..

      tarikh tutup ialah 10 November 2011..

      nak join..klik sini.. ^_^







      nak tag kamu :)

      cik marie pinky 

      cik mira gojess

       cik nafiqah





      Video panas sempena hari kanak-kanak :)

      Sunday, 16 October 2011

      soalan dan jawapan



              Salam semua..selamat malam..aku taip entri baru ni laju-laju walaupun line internet tak laju..lepasni aku nak pecut bw n main cak-cak dengan kawan2 macam biasa..ada seorang budak perempuan bertanyakan soalan sebegini :



      SOALAN:              Ape maknanya kalau kita asyik ingat kat seseorang..fikir pasal dia setiap masa,rindu n kadang2 mimpi pun pasal dia..kadang2 tu tido tak lena.. help me..adakah itu namanya jatuh cinta atau just suka sebagai kawan?







      JAWAPAN AKU:  Normal la perasaan macamtu..bila jantina berlainan baik dengan kita..mulalah rasa suka, asyik terbayang, rindula, tidur tak lena lah sampai termimpi2...kalau orang tu solo n rasa benda yang sama its ok lah suka sama suka..tapi kalau orang tu dah berpunya n dia layan biasa je tak payah nak sibuk2 fikir pasal dia lagi n tak payah layan sangat perasaan tu..nak kepastian cubalah tanya orang tu..memang rasa suka n rindu kat orang tak salah tapi kalau suka n rindu pada orang yang salah, lupakan jelah..mainan perasaan je tu..



      ok,.soalan ini ditanya oleh gadis berusia 18 tahun..terbaik tak jawapan aku..soalan2 macam ni sangat biasa sangat ditanya bila dah akil baligh ..perubahan hormon la katakan ye dak?hehe ..apa pendapat korang?  komen sikit :)

      ok, selamat malam semua..aku nak terjah korang ni, ready...go :)

       


        

      Friday, 14 October 2011

      Blogger jadi panda comel lalala :)




      geng blogger panda comel :)

       

                 Jam menunjukkan pukul 3:40a.m. lagi sekali 3:40a.m.
      aku berasa sungguh teruja aka eksaited sebab terdapat beberapa orang blogger kita mjadi panda comel hari ini..serius, aku rasa begitu seronok berblogwalking ditengah malam sampai ke pagi..
      sebab masa ni tak ramai sgt yg bw, jadi peluang nak beramah-mesra itu lebih luas ye dak?
      boleh tanya soalan panjang-panjang dan borak gila-gila..





      di blog artis baru popular :)


                 kadang-kadang pagi2 kalau aku lambat sign in blogger, kelam kabut jugaklah sebab dah ramai yang menjenguk aku..kelam kabutla aku buka sampai 8 tab baru..amekaw! jadinya ayat dia pendek jela, setakat nak balas jejak tu..tapi kalau sikit yang bw, dapatlah borak-borak dengan lebih menjela, sakat-menyakat dan bergurau senda..haha..aku sampai senyum sorang-sorang sebab pergi kat shoutmix blogger lain nama-nama semua orag yang sama pusing-pusing..


                incik roti telur yang tak pernah berborak ngan aku pun terjebak sama , haha..paling eksaited tentulah cik mira..beliau dengan aku bergabung dan sepakat mengacau rakan2 blogger yg lain..owh ye, lagi sorang geng tak join , beliau ada hal penting katanya, rugila cik luvender  tak terjebak sama..hehe ..geng baru join kami ialah cik ayuni .. aku pun turut dibuli oleh amy poyo, kwn ucu dan incik izad haha tapi aku layankan je..blogger lain yang turut terjebak sama  gaban.. faizlaster amin..tuan puteri ,cik ana, hehe tapi sorry saya dah tertidur..mata aku dah nak terlelap si suka kereta pulak datang intai aku..pun sorry saya dah berdengkur haha..



               haha apasal entri aku hari ni macam karangan, siap perenggan-perenggan lagi..ha, ni semua ajaran si hatibatu.. nama yang tidak tersenarai, minta maaf eh..yang penting korang semua memang sporting haha..faizlaster dengan gaban ialah orang yang sama ..wahaha ^_^

      oklah..jumpa lagi ye, chill :)

      Thursday, 13 October 2011

      Perihal berbuat baik :)





      SALAM...
      hari ini hari jumaat, penghulu segala hari..seperti biasa aku mengetuk-ngetuk pantas pada papan keyboard tapi hari ini dengan penuh keseriusan..
      hanya ingin berpesan-pesan kepada kalian..berbuatl baiklah sesama kita..
      berbuat baik bukannya susah, tak perlu bayar cukai 6%, betul tak?


      aku kaitkan dengan dunia blogging kita..dunia blog bukan besar sangat..pusing2 jumpa orang dan blog yang sama..jadi bukankah lebih superduper bagus kalau kita saling berbuat baik..sama-sama berkawan, sama-sama bagi pendapat,, sama-sama bagi sokongan, sama-sama berkongsi pengalaman..bukankah itu lebih indah?

      aku pun masih hijau disini..masih tercari-cari..tapi aku pun berusaha..bukan duduk diam tambah lemak kat perut..tanyalah pada diri sendiri ..

      berblog bukan setakat nak promote blog sendiri..bukan setakat nak tambah follower ribu-riban, bukan setakat nak dapat BE yang lumayan dari nuffnang comel, bukan setakat nk dapatkan sokongan kawan2..tapi ia lebih manis kalau kita saling mengenali, saling menjaga hati dan perasaan kawan-kawan blogger yang lain..simple, its nice to be nice..

      berbuat baik pun ada maknanya..ada juga yang buat kebaikan dalam kepalsuan..itu semua fitrah manusia..semua orang pun buat silap sebelum berjaya..jadi kan lebih baik kita saling tegur menegur mana yang kurang,

      mana yang perlu penambahbaikan,

      mana yang perlu dikekalkan...

      ambil semua teguran dan pandangan dari sudut positif ..

      ikhlas..insyaallah kalau awak ikhlas dalam setiap perbuatan, maka dapatlah hasil yang setimpal..

      senang je kan?  aku pun berusaha untuk jaga hati kawan2 lain..walaupun aku suka mengacau kawan2 tapi aku masih tahu hadnya..aku  masih menghormati kawan2..aku sedar ramai kawan2 yang lebih senior dari aku..oleh itu, jangan sombong..sebolehnya aku balas jejak tapak kaki yang kawan2 tinggalkan..yang tak datang pun aku pergi terjah dan main cak-cak dengan mereka, jangan malu nak pergi usha-usha kawan2 yang famous amous, baca entri kawan2, kongsi pandangan..lebih-lebih lagi kalau awak newbies..



      penat tak awak baca..*ok rehat sebentar bersama Snickers, nyum3 :)



      macam mana nak buat orang suka kat kita? nah, nilah jawapannya, berbuat baik, berbuat baik dengan niat yang ikhlas..hati kita senang, hati kawan2 pun eksaited je nak lebih kenal dan berkawan dengan kita..kan?



      umur aku 19 tahun, kadang-kadang aku seperti kanak-kanak ribena, ada masa aku serius macam orang dewasa lain jugak :)  happy blogging kawan2, its nice to be nice ^_^









      SEGMEN 1: BLOGLIST CUTIE MUTIE

       * INI STICKY ENTRY YE CUTIE MUTIE..ENTRY LATEST DI BAWAH INI, TQ ^_^





       


      dgn ini saya sis92 mengumumkan segmen Bloglist Cutie Mutie terbuka untuk awak2 smua tak kira lelaki mahupun perempuan, mulai malam ini ok..
      mari join laju2 ye , sis mencari 25 blogger cutie mutie untuk mjayakan segmen ni.. ^_^


      SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

      • Letakkan banner di atas dgn tajuknya Segmen:  Bloglist cutie mutie

      • Berikan 5 point tentang blog ini dan jangan lupa linkkan ke blog sis..

      • Letakkan blog sis dalam bloglist awak juga :)

      • Copypaste link entri awak dalam entri ni..

      • Tarikh tutup 23 Oktober 2011

      • Siap!



       yeah, mudah kan!  harap awak2 semua bagi sokongan ye , trimas!





      UPDATED TERBARU : SENARAI 25 BLOG SUDAH CUKUP DAN 5 EXTRA BLOG SUDAH MENCUKUPI..

      Jadi sis awalkan sedikit tarikh tutup pada hari ini ye ..

      kepada yang tak sempat join, nanti sis buat segmen lagi ye :)



      wee trimas atas sokongan anda, majulah blog untuk blogger! hehe ^_^ 








      

      Wednesday, 12 October 2011

      Spontaneous Thursday





      salam w.b.t.




      "Sesungguhnya jangan mudah terpedaya dengan kebaikan yang bertopengkan kepalsuan"




      happy blogging everybody, oyeahh!

      Adik Mia Sara Nasuha kantoi korek hidung..lalala...




      iklan terbaru Mia Sara comel :)




      selamat malam!
      wanshang hao!
      aku nak puji diri sendiri boleh..*nak jugak nak jugak
      aku rasa aku bukan main rajin lagi update entri hari ni..
      kalau korang stalker setia, pasti korang mendapati aku telah update 4 entri..
      * tmasuk entri special adik aku yg comelll sgt ni..hehe..
      amboi, kemain lagi mia sara sekarang, famous amous budak kecik ni..
      sekarang kat mana2 pun semua nk mia sara..mak bapak sekarang pun sibuk nk namakan anak nama mia sara jugak..hehe hebak betul pengaruh Amani ni..
      lalala, kalau mia sara kantoi korek hidung pun..jgn risau adikku..lubang hidungmu ttp mjadi pujaan hatiku ..*ini semua gara2 kau tlalu comel,  aku gagal menahan cemburu..eceh ^_^


      ok, sampai di sini saja tahap kerajinanku.. selamat malam semua :)

      sorry ye mia sayang, gurau2 manja :)












      OLYMPUS CONTEST by NUFFNANG: MY HAPPIEST MOMENT



      hai bloggers!  tadi aku dating lagi dgn iincik nuffnang comel  dan klu korang perasan..ada 1 contest baik punya dari olympus..klik sini!!





      join di sini
      aku teringin juga nk mengjoinkan diri, gambar dah ada..masalah skrang beliau suruh letak logo kat bawah ni sekali ...


      ada sesiapa tahu macammana nk letakkan logo ni dlm gambar kita?
      macam logo tu kt tpi sudut dlm gambar kita..
      oh please! kang ada jugak aku letak asing2..haha takut kena reject pulak kang..
      korang yg nk join, jomla join laju2..hadiah gempakz, memang klass kau olympus! hehe

      owh ye..aku pun tak pasti samaada entri yg perlu dibuat tu boleh buat bahasa melayu ke tak..

      beta tak teror sangat la nak speaking..huhu
      klu awak tau caranya, bagitahu kita ea *ayat zmn sekolah rendah..lalala


      tarikh tutup 12 November 2011 jam 12.00 malam.. 

      GUYS, give me some idea please..^_^

      jumpa lagi, chill ya?

















      Tuesday, 11 October 2011

      SEGMEN : NICE BLOG NICE DIARY ^_^



      semenjak dua menjak ni rajin betul aku mengjoinkan diri dengan segmen yg pelbagai ..
      ok kali ni aku join segmen dari blogger zyla ^_^



      tuan punya segmen di sini
      klu nk join cepat2 klik kt  sini..wee eksaited betul aku..walaupun blog aku ni sedang-sedang saja dan tak secomel blog tuan segmen,
      aku tetap menyayangi kau wahai diari canggihku..
      apa yang penting, awak semua yg cutiemutie tetap mberikan sokongan dan saya terharu* mata sparkling2..haha
      kalian lepak dalam diari canggihku , korang automatiknya sbgai cutiemutie..wee ^_^
      ok, apa tunggu lagi, joinla laju2..tarikh tutup lagi 2 minggu ..




      note:  semalam dating dgn incik nuffnang comel, beliau ckp dia tak sabar nk bagi duit gaji beliau, wee ^_^






      WORDLESS WEDNESDAY: kami blogger kampung!

      AKU DISERANG CARPAL TUNNEL SYNDROMS DAN AKAN DIBEDAH?









      Pertama sekali, aku ucapkan terima kasih atas sokongan padu u all, join segmen ptama aku tu, datang bkunjung ke sini pagi, petang, siang, tengah mlm.  tak lupa jugak yg mjadi follower blog aku yg sedang2 saja ni..eh apahal aku punya ucapan dah mcm wakil rakyat, ok apapun terima kasih banyak2 cutie mutie ^_^



      baca dah tajuk entri aku harini..matahari dah nak tbenam kau baru update entri, apa nk jadi ni?

      aku bmonolog sndrian..semenjak cuti sem yg mbuatkan aku beronok-ronok bblogging tanpa henti...aku merasakan mungkin aku boleh diserang carpal tunnel syndorms.  korang tak tahu apa itu cps?






      wayar2 kt pgelangan tangan aku dah sengal2
      aku pun tak arif nk terangkan scara detail..ringkasnya sindrom ni menyerang kt bhgian pgelangan tangan korang bila korang tlalu lama mggunakan lappy..lagi2 klu tak guna mouse..urat2 kat dlm tu btepek-tepek, bgumpal  dgn cecair ape tah nama dia, lama2 dia bselirat dan menyebabkan rasa sakit yg amat..klimaksnya tangan akan dibedah utk buang benda alah tu..





      benda alah tu dah slmt dibuang


      aku taip aku yg seram hahaha
      mana taknya, lepas sarapan zasss bukak lappy, log in blogger, bw n satu hari ni aku pergi menerjah blog kawan2 kita dlm segmen cik skytech, gila banyak! tu pun aku dah start dari malam tadi..
      haa sekarang padanla muka aku..sbg salah seorang pelajar OFFICE MANAGEMENT & TECHNOLOGY
      sepatutnya aku jaga tangan aku dpd diserang dgn risiko kesihatan akibat penggunaan komputer..
      sekarang ni aku taklah disahkan nk kena bedah, tapi simptom2 mmg ada..
      korang pun tak mustahil boleh kena klu tak amalkan cara pggunaan komputer yg betul..
       nasihat saya:  jgn dok hadap lappy lama2 sgt mcm saya, rehat, buat senaman ringan 
      kt tangan dan guna mouse..
      ok, jumpa lagi..sayang awk semua. :)










      Sunday, 9 October 2011

      SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER

      SALAM semua..aiyakk..sis mau join ini segmen laju2..apa pasal laju? sbb tarikh tutup hari ni 10/10/11 pukul 10 malam..

      walaupun sis pun ada buat segmen , sis tetap jgak nk join segmen ni sbb nak menambah kenalan & mengeratkan silaturahim ^_^

      nak tahu lebih lanjut ayuh ke blog tuan punya segmen..






      blog tuan segmen   
       

      semoga kita semua dapat bkenal-kenalan & bermesra-mesraan..jumpa lagi cutie mutie..

      love u all ^_^



      AWARD 2 , 3 & 4 : THANK YOU JEJAKA INI & GADIS ITU & JEJAKA ITU ^_^

      SALAM semua..btemu lagi di blog ulat bulu ..hehe..hari ni mood aku riang ria cornflakes..

      lalala aku nk bagi AWARD YG KE 2, 3 & 4 utk folower aku yg cutie mutie..award ni sbgai tanda phargaan la gitu,,aku nak bagi sijil kang, tak laku pulak sijil tu hehe..trimas ye cutie mutie, aku mharapkan sokongan awak smua..saya blogger baru..sobsobs hehe..ok jom kita terjah mereka ramai-ramai ok..



      AWARD KE 2 :  FOLLOWER KE 333



      JEJAKA INI






      apsal muka teddy bear ni monyok , hehe


      wish :  saya penat tumbuk awak sbb awk mmg budak nakal, keep blogging ye! ^_^ tq!







      AWARD KE 3 :  FOLLOWER KE 343



      GADIS ITU






      geng blogger pinky mmg comel hehe


      wish:  saya nak tart n muffin awak..mata sparkling2..keep blogging ye! ^_^ tq!







      AWARD KE 4 :  FOLLOWER KE 345



      JEJAKA ITU



       


      wish:  saya suka orang yg kuat makan sebab saya pun kuat makan , hehe





      ok, sekali lagi terima kasih..trimas utk cutie mutie yg lain juga! setia lah dgn sis92, jgn curang tau hehe

      tatatitutu :)





















      Saturday, 8 October 2011

      HARGA SEBUAH BLOG..LELONG-LELONG!

      SALAM awak2 smua..amboi bronok-ronok di hari minggu ye..awak2 semua, tahukah anda berapa nilai blog kamu hari ini?



      aku baru saja pergi check harga blog ksayangan beta ni..sob sobs..sadis n sentap hati saya..murahnya harga blogku ini ..






      terubat hati aku mamat tu ckp i love you, hahaha



       ha, tunggu apa lagi..jomla nilai harga blog awak semua klik sini laju2..

      update tbaru tentang segmen:  masih ada kekosongan, sesiapa yg tak join lagi, laju2 la join ok ..happy weekend everybody ^_^



      credit to cik naurah

















      Durian Belanda Goreng

      Kalau sesiapa ada tanam durian belanda, tentu banyak yang tak tahu tentang durian belanda juga boleh digoreng. Meh jenguk resipinya


      Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

      1/4 cawan tepung gandum
      1/4 cawan tepung beras
      1/4 cawan tepung jagung
      sedikit serbuk kunyit dan garam
      air untuk membancuh
      sebiji durian belanda muda sederhana besar (potong kiub)
      minyak utk menggoreng

      Cara-cara
      Campurkan semua bahan di atas mengikut turutan (kecuali durian belanda). Kacau sebati. Bancuhan tepung menggoreng janganlah terlalu cair.
      Celupkan potongan durian belanda ke campuran tepung rata-rata.
      Goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kekuningan. Angkat dan hidang.
      * Setelah digoreng, durian belanda akan lembut, lebih kurang rasa mcm pisang goreng. Boleh juga guna tepung goreng serbaguna yg ada di pasaran.


      Friday, 7 October 2011

      ULAT BULU NAIK DAUN!

      salam semua..topik kita hari ni pasal ulat bulu..minta maaflah ye, walaupun korang & ulat bulu sering dikaitkan bsama mcam ni:   "hati-hati Peah oi, si Mail tu ulat bulu nak naik daun, blablabla potpetpotpet"



      hahaha, begitulah ibaratnya lelaki dan ulat bulu, kasihan kan?  ok crop, sesiapa yg pernah kena ulat bulu msti fobia gila ngan  menatang tu kan,,jadi tpulangla sesiapa yg geli geliman boleh scroll laju2..aku nk share gamba2 cik ulat bulu yg menarik, tertarik kau mmg deboom..pasti kau org tak berkelip mata menatap wajah cik ulat bulu , jom main cak-cak dgn beliau






      merah makngah



      gendang gendut tali kecapi



      ulat bulu paling cun!





      gila tajam tanduk dia



      versi kuning



      aduhai, semput aku



      mcm pakai singlet kan haha



      oii, bangun! tidur je keje kau







      betapa indahnya ciptaan Tuhan..tak sangka ulat bulu pun dah mcm pelangi, colourful!

      ada pglaman & komen tentang cik ulat bulu , jom sharing is loving..