Thursday, 13 October 2011

Perihal berbuat baik :)





SALAM...
hari ini hari jumaat, penghulu segala hari..seperti biasa aku mengetuk-ngetuk pantas pada papan keyboard tapi hari ini dengan penuh keseriusan..
hanya ingin berpesan-pesan kepada kalian..berbuatl baiklah sesama kita..
berbuat baik bukannya susah, tak perlu bayar cukai 6%, betul tak?


aku kaitkan dengan dunia blogging kita..dunia blog bukan besar sangat..pusing2 jumpa orang dan blog yang sama..jadi bukankah lebih superduper bagus kalau kita saling berbuat baik..sama-sama berkawan, sama-sama bagi pendapat,, sama-sama bagi sokongan, sama-sama berkongsi pengalaman..bukankah itu lebih indah?

aku pun masih hijau disini..masih tercari-cari..tapi aku pun berusaha..bukan duduk diam tambah lemak kat perut..tanyalah pada diri sendiri ..

berblog bukan setakat nak promote blog sendiri..bukan setakat nak tambah follower ribu-riban, bukan setakat nak dapat BE yang lumayan dari nuffnang comel, bukan setakat nk dapatkan sokongan kawan2..tapi ia lebih manis kalau kita saling mengenali, saling menjaga hati dan perasaan kawan-kawan blogger yang lain..simple, its nice to be nice..

berbuat baik pun ada maknanya..ada juga yang buat kebaikan dalam kepalsuan..itu semua fitrah manusia..semua orang pun buat silap sebelum berjaya..jadi kan lebih baik kita saling tegur menegur mana yang kurang,

mana yang perlu penambahbaikan,

mana yang perlu dikekalkan...

ambil semua teguran dan pandangan dari sudut positif ..

ikhlas..insyaallah kalau awak ikhlas dalam setiap perbuatan, maka dapatlah hasil yang setimpal..

senang je kan?  aku pun berusaha untuk jaga hati kawan2 lain..walaupun aku suka mengacau kawan2 tapi aku masih tahu hadnya..aku  masih menghormati kawan2..aku sedar ramai kawan2 yang lebih senior dari aku..oleh itu, jangan sombong..sebolehnya aku balas jejak tapak kaki yang kawan2 tinggalkan..yang tak datang pun aku pergi terjah dan main cak-cak dengan mereka, jangan malu nak pergi usha-usha kawan2 yang famous amous, baca entri kawan2, kongsi pandangan..lebih-lebih lagi kalau awak newbies..



penat tak awak baca..*ok rehat sebentar bersama Snickers, nyum3 :)



macam mana nak buat orang suka kat kita? nah, nilah jawapannya, berbuat baik, berbuat baik dengan niat yang ikhlas..hati kita senang, hati kawan2 pun eksaited je nak lebih kenal dan berkawan dengan kita..kan?



umur aku 19 tahun, kadang-kadang aku seperti kanak-kanak ribena, ada masa aku serius macam orang dewasa lain jugak :)  happy blogging kawan2, its nice to be nice ^_^









No comments:

Post a Comment