Friday 28 October 2011

WAJIB BACA: TIPS DAN NASIHAT UNTUK BLOGGER ^_^

SALAM semua..



Ok. sis takmahu berlengah lagi, sis tahu ramai dah buat entri mcmni, tapi sis tetap nak kongsi jugak sebab 
sebenarnya ramai yang masih di takuk lama :)


salah silap harap diampun, its nice to be nice :)
  • BLOG BERAT -  sis rasa awak semua tahu apa penyebabnya..banyak sangat widget2 dan gambar bsaiz besar di kiri kanan atas bawah..awak kena faham line internet waima P1 pun kadang-kadang lembab..jadi cuba buang sebab percayalah blog berat faktor utama orang malas datang..tak percaya blog awak berat, mari timbang blog dekat sini..

  • POP UP WELCOME BOX - ini terbukti perempuan ramai buat sebab terlebih rajin..kalau awak nak tahu orang letih nak tekan "ok" bila nak masuk, tu kalau tak banyak soalan lah, lepas tu bila nak komen, lagi box komen yang ada word verication, dia akan pop up sampai lah aku keluar daripada blog tu..?

  • RUANG KOMEN -  rajin edit blog..edit html pulak tu..banyak kerja kan, nak kena copy paste kod la apalah..tapi benda paling penting awak tak buat..WORD VERIFICATION..tolong tukar setting komen, jangan papar pengesahan perkataan tu..kenapa tak ada orang komen entri? sebab tu lah..oh ye, lagi 1 buat POP UP BOX KOMEN ye ..rasanya terlalu banyak blog buat tutorial  ni..cepat2 tukar setting :)

  • TULISAN DAN WARNA DALAM BLOG - aku juga pernah ditegur mengenai isu ni..dan aku ambil semuanya dari sudut positif..maknanya ada orang take care lah dengan kita dan blog kita ye dak? seeloknya, gunakan warna yang sedang2 cerah dan gelapnya..untuk entri, warna terbaik untuk tulisan ialah hitam.  jangan menggunakan terlalu banyak warna dalam blog dan carilah tulisan yang lebih mudah untuk dibaca.. :)

  • ISU LAGU - ini hak masing-masing..cara paling senang nak atasi isu ni, buat lagu yang siap dengan button pause..tolong jangan guna GRATISAN MUSIC..aku kalau buka blog memang sampai 7,8 tab baru..bayangkan tahi telinga aku boleh meleleh dengar aneka lagu tu..cepat, pergi usha tutorial :)

  • BLOG SARAT DAN SERABUT - bagi aku biasanya blog yang agak sarat ni bila terlalu banyak gambar yang berderet-deret..cara nak atasi, buat slideshow..jimat ruang dan nampak kemas..cepat google, siap boleh edit2 lagi gambar tu tau :)

  • ENTRI TERLALU PERIBADI- ini susah nak cakap..pendapat peribadi..aku kurang gemar blog yang terlalu memaparkan kisah-kisah peribadi iaitu kisah cinta pakwe makwe..maaf, bukan cemburu..tapi err rasanya ramai setuju dengan pendapat aku *cepat angguk! haha..maaf lagi, memang tak salah untuk meluahkan rasa cinta dan rindu tapi rasanya tak  perlu cerita secara detail dan siap tunjuk mesej b sayang baby..ohhhh i'm really sorry to said that..lebih baik awak simpan, tak perlu beritahu umum :)

  • JAGA TAIPAN ANDA - kalau awak tengah marah gila-gila pun, harap maaf..tidak dibenarkan kata-kata cacian, makian seperti bab1 di dalam blog anda..mesti cakap "blog aku,suka hatilah..blog awak tu awak sibuk dok suruh orang follow, follower tu nak baca kata cacian awak eh ? :(

  • TUTORIAL TAPI DISABLE RIGHT CLICK - haha ni aku agak bengang ok? nama pun tutorial kan? awak pun nak buat tutorial tu baca dari blog orang lain kan? jadi tak payah kedekut ilmu sangatlah..bayangkanlah kod panjang berjela nak suruh orang salin dalam buku 555 ke?aku malas la nak cakap memang ramai pun buat termasuklah blogger famous amous ops! hehe..apa susah aku printscreen terus lalala :)

  • ITS NICE TO BE NICE - siapa yang belum baca entri nice boleh baca sekarang..dunia blog tak besar mana..ringkas jangan sombong dan cari pasal sesama blogger :)

  • ok, done! gila panjang kan? tapi ikutkan lagi panjang haha..harap maaf, tolong ambil tips dan nasihat ni dari sudut positif..kalau awak nak ramai orang folo, ramai orang komen, ramai orang nak kawan dengan awak..jom laju-laju ikut tips-tips ni.. :) tahniah jika berjaya baca entri terpanjang aku nih :)  sekali lagi aku mohon maaf, aku tahu pasti ada yang tersentap, tapi ini untuk kebaikan kita bersama :) bacalah dan fikirlah dari sudut positif, yey jangan risau aku bukan marah tau , jumpa malam nanti ye ?:)

ehemehem..kepada sha-myheart, masa taip entri ni baru teringat saya tak tukar warna shoutmix lagi .aduyai pun ..:P awak semua juga boleh komen untuk penambahbaikan blog saya ni,,:)

No comments:

Post a Comment